Monday 17 December 2018

Pregnancy Journey

Assalamualaikum.

This week dah masuk 36 minggu.
Perkara paling mencabar adalah setiap hari pergi kerja dalam keadaan pening dan mengantuk.

Tapi hari ni paling tak boleh tahan, rasa macam bila-bila masa boleh terlelap.

Aku memang setiap malam susah untuk lelapkan mata, kebanyakannya tidur ayam je.
Pernah demam sebab tak cukup tidur, sebab badan dah tak boleh tahan. Doktor bagi mc 2 hari sebab suhu badan tinggi sangat, nasib baik tak warded :(

Pernah rasa penat sangat, sampai nak resign.
Pernah rasa nak ambil cuti sebulan sebab nak rest kat rumah.

Tapi bila fikir balik, duduk rumah pun takde buat apa, bosan juga.
Lagipun siapa nak tolong suami, kalau bukan isteri.
Dan tak best kan kalau takde duit sendiri, sebab memang dari kecil, suka usaha sendiri, kalau dapat earn income sendiri lagi bermakna.

Orang kata, tak apa, tahan, lagi beberapa minggu je baby dah nak keluar.
Seram juga, tapi tak sabar nak jumpa baby.

Semoga Allah permudahkan semua :)

Please please please! Appreciate our mother.

Thursday 9 November 2017

I have me

At the end I only have myself to depends on.

Only myself.






Saturday 22 July 2017

#iSad

Hai. Assalamualaikum..

Jaranglah post sini.
Taip bila tak tau nak luah macam mana, kat siapa.

Lately selalu sangat bercanggah pendapat, terasa hati, alaa yang cliche tu apa... Tak bersefahaman...

Tapi tulah, maybe paling lama pun sehari dua je berdiam diri, bagi satu sama lain ruang, hm ataupun sebenarnya ego. Entahlah.

Satu yg aku perasan setiap kali ada salah faham ke, bergaduh ke, terasa ke, mesti dia first yg minta maaf, then baru aku minta maaf jgk. Skrg okaylah, sebab masing-masing perasaan sayang tu masih kuat, dua2 pun senang sejuk, senang minta maaf, senang memaafkan.

Boleh ke fikir jauh sikit?

Nanti kalau rasa sayang tu dah takde, senang ke nak minta maaf, senang ke nak memaafkan? Sorry sebab aku fikir negatif. Perempuan kan, mestilah takut ditinggalkan. Lelaki senang, hilang rasa sayang, boleh ada nombor 2, 3 dan 4. Perempuan?

Okay, tak nak merepek dah.
Doa yang baik-baik je.

*sedih*
*tengah cari kekuatan diri*

Okay, sambung sikit..

You know it's really disturbing when you cant even make your own decision. Yes, i know maybe he does that because he's worried. Yes. One thing, he never think abt my feeling when he says something. Yes, i know dia mmg jenis berterus terang but i do have feelings too. Janganlah pandang rendah walaupun aku mmg rendah orangnya. Yakin dgn aku please. Sbb i really need that. Sebab semangat aku pun dah hilang ni sebenarnya cuma aku je push diri aku, kalau bukan aku siapa lagi. Aku ada aku je. Dia pun nak down kan aku, so aku ada aku je. Bye.

Sunday 5 March 2017

My Critical Thoughts

"Kau kenapa?"
"Takde apa."

Padahal dalam hati..

Umur dah 25 ni memang rasa something wrong bila attend kenduri kahwin member.

Yelah, member sebaya kan..

Memanglah tu rezeki dorang..

Tapi tulah, rasa down. Nak kahwin, parents tak bagi, awal lagi. Boyfriend pun tak mampu lagi nak masuk meminang. Jadi, kita duduk jelah diam-diam.

I am sad, very sad. Mungkin period ni buat emosi tak stabil.

I'm having a fight with my boyfriend because I've made him mad for not telling what I feel inside, for keep hiding things. I know its my fault. But i think he should not forget what we've been discussed in the morning, dia macam "weh baru pagi tadi kot discuss, takkan dah lupa" I know I am so keras kepala, so ego, but he should know how to control his own emotions too. Aren't men are better in controlling their emotion than women?

I know all of this is my fault but ya i know i keep put the blame on him. Whatever, self.
I just not in the good state now.

I hate myself.


Sunday 25 October 2015

Teary Pieces

Hai.

I admit i stalk you everyday. It's like my habit now.

Masih rasa sakit, jadi maksudnya perasaan sayang tu masih ada.

Kalau kau baca ni, aku doa yg baik-baik je untuk kau, walaupun kadang-kadang meluat. Weh, aku masih menangis sebab kau walaupun menangis dalam hati, tapi still consider menangis kan?

Weh, dua kali kau buat aku macam ni. Tak sedar ke? Takpelah.

Weh, kalau aku tak maafkan kau, aku berdosa tak? Aku kena maafkan kau juga kan? Okaylah, fine.

Weh, terima kasih tau bagi pengajaran kat aku. Aku tak tau aku mampu kuat lagi ke tak kalau lepas ni aku jumpa orang lain dan orang tu pun buat macam yg kau buat kat aku. Aku tak tau weh.

Tapi takpelah, terima kasih sebab pernah singgah.


Sunday 6 September 2015

Kahwin?

Hai. Lagi sekali.

Hm kahwin?

Entah. Bila topik kahwin ni keluar aku speechless. Tak rasa apa.

Aku ada negative thoughts pasal kahwin.
Mungkin sebab sekeliling aku kebanyakannya marriage life failed. Aku jadi takut. Banyak contoh tak baik depan mata, sejak kecil. So, what I supposed to think? Of course lah aku jadi takut.

Tapi takut juga, macam mana kalau yang kita tolak tu, sebenarnya jodoh dari Tuhan? Macam mana kalau sebenarnya tak baik asyik tolak jodoh? What I supposed to do now?

For me, kahwin ni sebuah tanggungjawab yang besar. Bukan setakat nak halalkan apa yang haram. Boleh tak kau ada komitmen untuk aku? Untuk mak ayah aku? Untuk adik-adik aku terutamanya. Adik-adik aku tanggungjawab aku. Memang, aku cuma kakak, tapi keluarga aku bukan keluarga senang. Sebab tu aku tak boleh selfish. Tanggungjawab aku berat. Boleh tak terima?

This is serious matter, you know. Kita kahwin nak kekal sampai bila-bila, kalau boleh sampai syurga. Bukan macam main pondok-pondok tu, kejap-kejap je.

Boleh tak layan emosi aku? Boleh tak faham aku? Jaga hati aku? Hormat aku? Bimbing aku? Terima kelemahan aku? Sayang aku? Boleh tolak ansur tak?
Bukan senang tau hidup berdua. Bukan senang apa-apa yang berkait dengan hati dan perasaan. Complicated. Kau boleh tak hadapi 'complicated' itu bersama aku?

*Dah lama simpan dlm draft*

Saturday 5 September 2015

THANKS

Hai. Lagi sekali.

Beberapa minggu ni rasa down sangat sebenarnya.
Pasal macam-macam.

Mostly soal hati.

Aku tak tau siapa je yang baca blog ni.
Dan aku tak tau apa korang fikir pasal aku.
Mungkin ada antara korang, kawan-kawan aku, kan?
Aku ni jenis nak luah, tak tau nak luah macam mana.
Sebab tu bila ada masalah, aku diam je, aku simpan je, sorang-sorang.
Sorry okay kawan.

Aku jenis tak suka kacau orang sebab aku tak suka orang kacau aku.
Aku jenis buat hal sendiri sebab aku tak suka orang sibuk hal aku.
Aku jenis pendiam, bercakap hal yang perlu je.
Jadi, aku tak nampak apa relevannya ada juga yang suka kacau tepi kain aku.

Apa perasaan bila kawan-kawan boleh sangka buruk pasal kau?
Rasa teruk, kan?
Takpelah, aku ambil positif je.
Setiap orang ada bahagian masing-masing.
Selagi kau hidup, orang akan sentiasa menyibuk hal kau.
Padahal masa kau susah, bukan dorang tolong pun.
Makan ke tak ke, mana dorang kisah.
Dorang kisah hal tepi kain kau je.

Seriously, aku depressed pasal ni.
Sorry. Aku terasa. Tapi takpelah. Mungkin korang ambil berat, kan?
Thanks sebab ambil berat.