Monday 31 December 2012

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum..

Hari ini hari terakhir dalam tahun 2012, so what's the plan pada siapa-siapa yang masih bercuti, macam aku? Kalau aku, aku tak ke mana-mana hari ini, penat hokeyh, seminggu berjalan. Melekat di rumah cuma 2 hari saja, okey tipu, 3 hari sebenarnya.

Esok bermulalah angka 2013. Tahun baru sering dikaitkan dengan azam baru. So, apa azam baru awak semua? Ke sama je macam tahun sebelumnya? Kalau aku, aku tak set apa-apa azam pun, tak tipu ni. Cuma, adalah juga checklist untuk tahun depan, kira macam impian dan harapanlah, bukan azam. Ke itupun dikira sebagai azam? Argh! Mana-mana jelah.

Selalu akhir-akhir tahun ramai yang pergi bercutikan? Betul tak? Tak nak cerita panjang lebar, tengok gambar jelah, boleh? Hee.

Taraa ~ eh, nak pergi mana ni? Cuba teka.

Dengan Cik Mimi ku sayang :)
Dapat teka tak? Ini khemah tempat aku tidur, of course dengan family :)

Antara peralatan yang kami bawa.


Muka happy tak sabar nak mandi. Baru bangun tidur ni. Hee.



Model tersohor Port Dickson. Ihik :)

Khemah jiran sebelah. Okay, ini sepupu sepupu dan pakcik. Teka mana satu pakcik muda aku?

Model khemah terkenal. Boleh call beliau untuk sebarang perkhidmatan.

Tengok, khemah kami berhadapan. Boleh bermesyuarat khemah. Haha.

This is my lovely little sister :)
Ini gambar selepas bermandi manda di waktu pagi :)


Milik siapakah selipar ini?



Pasir pantai dan istana tidak dapat dipisahkan.

Tengok! Betapa ramainya manusia.

Para remaja ni adalah pelawat pantai yang menarik perhatian aku. Sebab, mereka singgah kejap je.


Penghilang dahaga paling setia, mungkin.

Tandas awam kat belakang tu hah. Mandi seringgit, buang air limapuluhsen. Hee. 
 Trip kami 2 hari 1 malam, 24 dan 25 Disember yang lalu. Ini antara gambar yang aku sempat ambil hari tu. Selebihnya ada dalam Facebook :)
 
Sampai sini saja. Terima kasih singgah :D Eh, selamat tahun baru 2013 juga!

Bila Azmil Further Study ~

Assalamualaikum dan hai, hello :D

Sudah sekian lama rasanya blog ini ditinggalkan. Eh, yeke? Hmm, okay, so this time I'm gonna share something about my brother, Mohd Azmil or Mel, the name that I used to called him.
Inilah orangnya :)

Awal bulan Disember 2012 beliau telahpun melanjutkan pelajaran beliau di salah sebuah kolej yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Sebelum mengambil keputusan yang penting dalam hidup, beliau mempunyai sedikit konflik, dengan perasaan keliru sendiri. Okay, aku tak nak cerita panjang panjang, nanti aku lupa nak cerita apa then of course ianya akan menjadi bosan.

Memanglah rindu sebab kami makin jauh, jarak memisahkan kami adik beradik. Hey hey, airmata please jangan jatuh, tak macho nanti. Hmm, tapi bila difikirkan balik, inilah hidup dan inilah juga pengorbanan. Kenapa perlu bersedih? Dia pergi menimba ilmu, salah satu dari kewajipan seorang muslim, ye tak? Dia juga melakukan itu untuk masa depan yang lebih cerah kelak.

Memang rasa lain macam sikit bila berjauhan. Bukan sikit sebenarnya, tapi banyak. Hari tu aku ada main edit-edit gambar tau, nak tengok? Taraaaa ~
 
Okay, aku rendah, dia tinggi.


Ada paparazzi skodeng kami. Senyum jelah :)


Hai, nama saya Azmil, boleh panggil saya Preety Zinta di Twitter. Ihiks.


Gambar favourite.
Jadi, ini sajalah rasanya. Nak bebel banyak-banyak pun, nak buat apa kan? Bo bo bo san san san. Hee :)
 
Terima kasih singgah. With love :)

Sunday 9 December 2012

Random Entry


Assalamualaikum..
Hai hai..
Termenung jauh betul kan? Kengkonon je ni. Haha.

Tengah aku diam-diam, menungkan masa depan sendiri, tiba-tiba otak aku terfikirkan word ini:
 "Sepuluh kebaikan akan kalah dengan hanya satu kejahatan"

Macam pening sikitkan, apalah maksud cerita aku kali ni.. Melalui apa yang aku pernah alami sendiri, dan apa yang orang-orang selalu cakaplah, bukan orang-orang kat sawah padi tu tau, merujuk kepada orang-orang sekeliling. Hee. Orang-orang selalu cakap, bila kita buat jahat sekali itu saja pun, masyarakat sekeliling akan ingat sampai bila-bila, tak kiralah sesiapapun, berkemungkinan juga orang-orang yang pernah rapat dengan kita akan mula menjauhkan diri dengan kita. Walau macam mana insaf sekalipun kita lepas tu tetap akan ada mulut-mulut yang memperkatakan kisah kejahatan kita tu. Mulalah dialog-dialog membisikkan kata-kata yang akan merebak secara perlahan-lahan seperti, “Dia nilah yang __________ tu”, dan macam-macam lagilah.

Bagi akulah kan, semua tu kisah silam masing-masing, semua orang pernah buat silap. Janganlah judge orang tu sampai macam tu sekali, ada yang sampai seumur hidup pula tu, janganlah kejam sangat. Lainlah kalau memang dia still buat perkara tak elok tu. Ada caranya, mungkin kita boleh tegur dia, tegur secara baik, kalau memang jenis yang tak 'makan saman', carilah alternatif lain, kita boleh doakan dia, bukan doa supaya dia ditimpa bala ke apa, tak baik macam tu, minta Allah swt lembutkan hati dia untuk berubah.

Lepas tu, bila seseorang tu memang dah berniat untuk berubah, kita layanlah dia dengan baik, lupakan apa yang pernah dia buat, tu silap dia dulu, mungkin dia pun tak bermaksud langsung nak buat macam tu kan. Yelah, kadang-kadang, bila dia tengok orang sekeliling macam tak sokong dengan perubahan dia, mungkin dia akan berjinak-jinak semula dengan perkara yang tak elok tu. Jadi, sebagai masyarakat yang prihatin, kita kenalah sokong, apalagi kalau dia merupakan saudara terdekat kita sendiri, siapa lagi nak sokong dia kalau bukan kita! Tiba-tiba terasa macam karangan pula cerita aku kali ni. Argh! Peduli apa. Nak cerita juga.

Lain pula kisahnya bila orang yang kita sayang, tak kiralah family, kawan, orang terdekat, yang memang kita sayang sangat-sangat, rapat dengan orang-orang yang buat perkara tak elok ni. Mestilah kita risau takut orang-orang yang kita sayang terjebak sekali. Siapa yang tak risaukan? Haihh.. 

Lagi, apa aku nak bebel tadi. Dah lupa dah. Haha. Hmm, tu sajalah gamaknya. Terima kasih singgah. See yahh! :D 

P/s: Weyh, ni random post je, tiada kena mengena dengan yang tengah tidur mahupun tengah makan.. Lagi tiada kaitan dengan games Malaysia malam. Hidup Harimau Malaya! Hee.

Saturday 8 December 2012

Motivator to ourselves?

Assalamualaikum..

Hari ini merupakan bad day aku, bila sebut laju-laju dengan kadar berbisik, mungkin akan terdengar seakan-akan birthday. Cuba try test. Hee :D

Actually, it just something that I feel really upset with myself. You know how it feels? Rasa macam nak menangis time tu juga. Tapi, takkan nak menangis dalam kelas kan? Tak macho langsung. So, apa yang aku buat? Haa, aku tarik nafas dalam-dalam dan senyum. Okay, memang tak berkesan sangat. Buat banyak-banyak kali, baru berkesan.

Tapi cara tu berkesan sekejap saja. Cara lain, kita cakap dengan diri kita sendiri, maksud aku cakap dalam hati. Karang awak pergi cakap sorang-sorang, memang orang akan fikir lainlahkan jawabnya. Mohon jangan buat macam tu. Haishh.. Cuba naikkan semangat sendiri dengan memberi kata-kata semangat, kata-kata positif. Selalu aku cakap dalam hati " takpe ayu, bukan teruk sangat pun, lain kali boleh cuba lagi" kemudian senyum. Memang bila kita tak dapat buat something, kita akan rasa kecewa, sekaligus nak menangis macam baby. Okay, mungkin aku je yang rasa macam tu *tertunduk, diam*
Mungkin menangis ala-ala baby ni. Kesian dia. Tehee.

Rasa kecewa memang sakit. Sakit teramat. Tapi, siapa lagi yang dapat pulihkan perasaan sendiri selain diri sendiri. Kan? Ada juga cara lain, minta tolong parents, adik-beradik, kawan-kawan. Haaa, kawan-kawan ni penting, sebab merekalah yang selalu dengan kita di saat kita bersendirian di rantau orang ni. Kan kan? Nak nak yang tercampak jauh beribu batu dari family, yang berjam-jam duduk dalam bas baru sampai. Haha, itu aku.
Peneman suka duka.

Dah nama pun bad day kan, takkanlah nak bergelak ketawa. Mestilah jawabnya bersedih duka. Amboiii.. Lepas je sampai rumah tempat aku berteduh di rantau orang ni, aku terus membuka laptop berwarna merahku. Ingin kuluahkan segalanya pada dia, tapi mendengarkah ia? Haha, okay, merepek. Takdelah, purpose aku untuk online, nak tahu apa yang jadi kat Malaysia mahupun luar negara<--- ini tipu!, dan ditemani lagu-lagu tangkap leleh habis. Aku online twittah, diari bergerak kebanyakan orang. Hee. Kadang-kadang twittah ni pun boleh jadi pengganti komik, berita tv3, majalah gosip, buku ilmiah dan bermacam-macam lagi. Tergelak wooo bila terbaca ekspresi-ekspresi mereka-mereka yang dizahirkan dengan hasil taipan masing-masing. Eh, taipan? Macam lipan pun ada, haa, cipan pun ada juga. Haha.

Sebenarnya, cerita aku ni dah terpesong jauh, sebab dah lupa nak taip apa. So, aku just taip apa yang bermain di fikiran aku buat masa ni. Tapi, ingin aku tegaskan di sini! Semua orang boleh jadi motivator yang terbaik untuk diri sendiri. Percayalah! Dan kita boleh lakukan dengan lebih baik lagi dengan hanya pemikiran yang positif.

P/s: Be a positive person. That's how you should treat yourself in overcoming the negative one. See you in the next entry. Love :*

Tuesday 4 December 2012

Aku bangga !

Assalamualaikum..

Haiiiiii.. Okay, aku tahu tajuk di atas agak mengelirukan sedikit. But, it is true! I'm proud of myself. Jyeahh! Haha.

Okay, okay.. Nak tahu sebab apa? Hmm, tapi malulah, nanti awak semua buat muka pelik, dan mungkin bermonolog dalaman "laaaa, tu jeee? seriously lah, minah ni.." Tapikan awak semua, it is good to be proud of ourselves, veeeryyyy goood actually. Sebagai motivasi kepada diri sendiri sebenarnya. 

Nak tahu kan sebab apa? Okaylah, aku bagitahu. Pada 3 Disember dalam pukul 11.50 pm, aku dengan rasminya berjaya meletakkan advertisement dalam blog aku ni *muka bangga*.. Dah banyak kali aku cuba, asyik fail je, aku tak tahu apa masalah aku sebenarnya. Masalah pening mungkin. Okay, lambat pick up, betul ke eja macam tu? Arghh, lantaklah. Tapi bunyi dia, pikap, lambat pikap. Cubaan yang kelima mungkin, akhirnya aku berjaya. Yey! *clap clap*

Di sini ingin aku utarakan pengakuan berani mati, bahawasanya, berblog ni bukan perkara yang agak senang. Ia memerlukan kerajinan dan kesedaran yang tinggi untuk meluangkan sedikit masa explore the whole thing, untuk lebih faham. Mungkin pada layout, pada template, font and everything

Ada juga aku cuba selitkan gambar kat header, dah cuba 4 kali, tapi tak berhasil juga. Apa yang aku maksudkan, di sebalik tajuk blog, ada gambar. Hmm, lebih kurang macam tulah. Ya, next time maybe. Perlu masa jugakan? Betul tak? 

Lagi satu, sebenarnya aku tak fixed dengan satu template. Mesti kejap kejap nak tukar. Sangat tak bagus okay! Nanti kena adjust balik. Perlu masa lagi. Dah mengadap laptop dalam beberapa jam. Eh, study nya, assignment nya macam mana? Ye tak? 
Tapi, hati dah suka, nak buat macam mana kan T_T <--- macam lari tajuk..

Lagi apa? Haaaa, actually nama blog ni pun tak fixed lagi, sekarang musim ketandusan idea. I'll update once I've the title. Hee. Menurut Cerita M. I. A tu aku baru saja tukar kepada AyuMiraei. Alang-alang tukar template kan, tukar nama sekali. Nanti bila tukar template lagi, aku tukar lagi nama blog yang baru. Haha, biar awak semua pening pening lalat.. 

Sampai sini saja kali ni. Pasal template, layout semua tu pun nak ceritakan, apalah. See yah! :D


Thursday 1 November 2012

Sebuah janji

Assalamualaikum..

Berdirinya saya di sini <---- tiba-tiba

Okay, first, aku nak bagitau pasal cuti mid sem aku. Aku tengah cuti mid sem sekarang ni, hmm tu jelah. Hee. Alhamdulillah, cuti pun kan, penat asyik baca buku je. Cuti ni aku jadi surirumah sepenuh masa, tak melancong ke mana-mana pun. Kerja aku, masak, basuh kain, sapu lantai, online, makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur dan tidur. Hmm, tu je. Tak menarik pun. 

Memandangkan bulan Oktober sudahpun berakhir, aku ingin berkongsi sedikit cerita mengenai aku dan sebuah janji. Aku pernah berjanji, janji yang aku betul-betul maksudkan dan janji itu belum terlaksana. Janji yang telah termaterai 7 tahun yang lepas. Cerita macam nak serius je kan.. Hehe..

Sejak tahun lepas aku dah macam resah gelisah sebab asyik teringatkan janji yang telah aku buat bersama dengan seorang sahabat. Sahabat baik ketika berada di sekolah rendah. Janji kami yang aku sendiri tak pasti boleh atau tidak kami realisasikan. Yang paling sadisnya, macam mana nak realisasikan? Contact number pun aku tak ada. Sebenarnya ada, tapi mungkin dia dah tak pakai number tu lagi. Start lost contact beberapa tahun yang lalu, masa tu aku form berapa tah, aku tak ingat, tapi memang dah lamalah tak contact dia. Aku ingat masa tu, Kelantan tengah banjir besar, selepas peristiwa banjir, aku cuba call dia, semua number family dia aku cuba contact, tapi tak dapat. Sejak dari situlah aku tak dapat hubungi dia langsung. Dulu kami selalu juga berutus surat, tapi aku tak tau kenapa boleh stop berutus-utus surat dengan dia. Mungkin sebab aku kot. 

Kisah perpisahan kami bermula selepas UPSR, dia berpindah ke negeri kelahirannya iaitu Kelantan. Sejak hari itu, kami tidak lagi bersua muka. Senyumannya sampai sekarang aku masih ingat, cara dia bercakap, cara dia menulis. Hmm, betapa aku merindui insan yang bernama Siti Munirah binti Shukri. Pada 9 Oktober yang lalu, dia telah pun genap berusia 20 tahun. Nak tahu kenapa aku resah gelisah menghitung hari-hari yang semakin menghampiri hari lahir dia? Sebab janji kamilah. Aku dan dia berjanji apabila usia kami mencecah 20 tahun, kami akan berjumpa. Tapi sekarang masing-masing sudahpun genap 20 tahun, macam mana kami nak realisasikan janji kami ni? Any idea please.. Seriously, sampai sekarang aku masih mencari dia. Aku takkan berputus asa sampailah aku dapat berjumpa dia lagi. 

     "Setiap pertemuan pasti ada perpisahan"

Memang ada benarnya pepatah ni. Tapi, selagi aku belum berjumpa dengan dia, aku takkan berputus asa. Cewahh, gitu kan. Hee. Eh, seriuslah. Mesti awak-awak yang comel pun berharap dapat berjumpa dengan mereka-mereka yang pernah menjadi sahabat sewaktu kecilkan? 

P/s: Terima kasih singgah :D




Wednesday 19 September 2012

Sedih lagi ~


Sekarang ni aku tak tau kenapa aku kerap sangat berasa sedih, cepat hilang mood. Sedih dia tersangat-sangat tau tak, yang amat. Sampai sebak yang aku rasa sakit kat bawah leher tu. Siapa tahu? Ada tak yang faham dan dapat bayangkan macam mana aku rasa? Never mind..

Aku tak taulah kenapa aku sensitif sangat ni. Rasa macam melampau pun ada. Kalau aku layankan perasaan aku ni, mahu menangis haaa. Haiya. Kang bertumbuk dengan perasaan sendiri kang. Susah pulakan. 

Aku pun tak faham dengan perasaan ni sebenarnya, tiba-tiba je hilang mood, terus jadi sedih. Faham tak? Dia secara tiba-tiba, ya, mungkin ada sebab, tapi sebab yang aku sendiri tak pasti. Oh, sungguh sadis rasanya :/ 

Mungkin juga disebabkan permulaan semester ni, ya mungkin. Awal-awal ni banyak pelaburan yang aku kena selesaikan, biasalah, untuk yuran, buku dan perbelanjaan harian. Permulaan ni memang fikir pasal pelaburan jelah, jujur aku cakap, eh, jujur aku taip, haha. Memang aku tak fikir sangat pasal pelajaran, ada berapa bab setiap subjek, aku sibuk kira duit je ha, tak tipu. Tidur pun dengan duit, okay, ni aku tipu, aku tidur dengan roomate akulah, apa tidur dengan duit pula. Haish. 

Sedih itu satu perasaan yang akan dirasai oleh setiap insan. Sedih tu boleh diungkapkan dengan pelbagai cara, contohnya, luahkan pada orang yang kita percaya. Kalau aku, aku jenis yang suka pendam, bukan suka sebenarnya, tapi susah nak luahkan, bila aku baru nak buka mulut, airmata dah mengalir dengan derasnya, tu yang tak best tu. Jadi, aku cuba hilangkan sedih tu dengan cara lain, selain meluahkan. First, aku cari sebab kenapa tiba-tiba jadi sedih, lepas tu, aku solat, doa pada Allah swt agar sentiasa tenangkan hati ni, then, dengar lagu, tak kisahlah apa jenis lagu pun. Part paling best, tidur. Tapi, selalunya susah nak tidur bila tengah sedihkan? Kalau susah nak tidur, aku buat apa tau, aku online. Kacau adik-adik dengan tweet-tweet yang akan buat dia terasa. Nampak kejam di situ. Hehe. 

P/s: Terima kasih singgah.  

Sunday 16 September 2012

Nasihat ~

Assalamualaikum, selamat sejahtera juga :)

Apa khabar? Hee..

Alhamdulillah, masuk minggu kedua menjadi student semester ni. Macam yang aku cakap sebelum nilah, aku 'sakit rumah' sangat-sangat ni. Serius! Ingat nak balik je, sedihkan? *sambil nangis guling-guling*

Minggu ni agak sedikit tertekan keadaan aku. Aku tak tau kenapa, kadang-kadang aku boleh rasa sedih secara tiba-tiba. Serius ni, tak tipu. Okay, aku tau aku pelik. Pelik sikit je. Dah diam!
Bila sedih, mulalah cari sesiapa yang berkenaan. Antara orang-orang yang berkhidmat time aku sedih ialah mama sendiri, nenek, chenta hati, adik-adik, kawan, pakcik, abang saudara dan ada lagi beberapa orang. Ni antara orang-orang yang berjasalah. 

Lepas sedih tu dah hilang, aku tak cari dah mereka-mereka ni <------ TIPU!!

Jujurnya, aku selalu perlukan mereka-mereka ni tak kiralah susah, senang, SELALU, faham tak? Tiba-tiba emo, haha. Banyak nasihat mereka-mereka ni bagi kat aku. Ada juga yang cuma mendengar, tak kurang juga yang membuat lawak mereka. Yela, bila sedih, kita cuma nak kongsi apa yang kita rasa dengan orang lain kan, boleh menangis sama-sama, sweet gitu. Haha. Kita rasa dihargaikan bila sentiasa ada orang bersama kita tak kira sedih dan gembira, takdelah rasa macam forever alone.Ye tak, ye tak? 

Nak kongsi cerita pasal nenek boleh? Hehe. I love her forever, and she is mine always. Please jangan nak berebut dengan aku. Haha, perasan cucu kesayanganlah ni. Padahal memang pun. lalala ~
Bila kongsi masalah dengan nenek, nenek akan beri nasihat secara non-stop okay. Mulanya kita cakap pasal masalah A, nenek akan nasihatkan untuk masalah A sampai Z, seriously. Dan aku cuma mendengar dan berkata " Ya nek".. Banyaaaakkkkk sangat nenek nasihat. Oh ya, sambil nasihat tu nenek akan selitkan sikit cerita dan pengalaman nenek. Best dengar nenek cerita, yela, nenek tinggal jauh, dunia teknologilah yang menghubungkan kami. Terima kasih kepada dunia teknologi, jasamu dikenang.
Nilah nenek :)

Nenek ni biasa je orangnya, paling best, nenek sangat peramah. Nasihat yang selalu nenek berikan adalah pasal solat, maruah diri, keluarga, pelajaran, pasal cinta pun boleh kongsi dengan nenek sebab nenek tersangatlah sporting. Nenek pun romantik orangnya sebab nenek selalu ucap "I love you" "I miss you" kat cucu kesayangan nenek ni. Haha.

P/s: Kalaulah adik-adik kakak baca ni, sila jangan jealous, kakak memang cucu kesayangan nenek. Hee. Peace!

Saturday 15 September 2012

Semester baru sudah ~


Assalamualaikum, selamat sejahtera juga..

Hai hai awak yang comel.. harap sihat hendaknya.

Semakin hari, malas menerpa sang pencerita iaitu aku. Hee. Malas yang sukar untuk dibendung, untuk membuka laptop dan menaip untuk berkongsi cerita dengan awak-awak yang comel. Okay, bermulalah cerita sebagai student di perantauan orang, jauh dari family dan sanak saudara. Hampir seminggu di sini membuatkan aku ‘sakit rumah’ a.k.a homesick, hee. Perosak bahasa here!!

Ya, aku tinggal jauh dari family, paling kurang pun 6 jam baru sampai sini. Tugas aku di sini adalah menimba ilmu. Itu yang pasti! Yang tak pastinya adalah tidur, tidur dan tidur. Aku tak tau kenapa sejak sampai sini, mata mengantuk memanjang. Oh, yela, di penghujung cuti hari tu, mama sibuk ajak anak sulung mama ni keluar menimba pengalaman, hehe. Itu salah satu sebab tak cukup tidur, dan sepanjang hari-hariku di sini, aku telah membalas dendam dengan tidur tak kira masa. Haha.

Minggu pertama aku lalui dengan perasaan excited. Okay, jujurnya excited untuk first day je. Mungkin rindu pemandangan kampus, siapa tahu kan. Macam-macam hal yang datang sebenarnya. Yang paling tak best, aku ada masalah nak log in student portal because of my password. Sangat tidak best di situ. Walau se’excited’ mana pun aku, yang peliknya aku tidak snap satu picture pun untuk dijadikan kenangan. Pelik bukan?

Bermulanya semester baru ini, macam-macam telah aku janjikan. Janji kepada diri sendirilah, of course. Talking about my parents, mereka tidak mengharapkan apa-apa, cukuplah sekadar yang termampu, tapi sebagai anak, mestilah kita nak buktikan yang kita ni anak yang boleh mereka banggakan, ye tak? Apa pun, aku akan cuba lakukan yang terbaik. Cuma, harapan aku, usaha aku ni diiringi dengan doa awak semua. 

Wednesday 5 September 2012

Berubah?


Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera juga..

Hai hai.. Diharapkan semua sihat hendaknya.

Apa yang berubah? Okay, yang berubah itu sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai sikap, aktiviti seharian dan juga cara. Berubah dari segi sikap, mungkin dari banyak bercakap kepada banyak berdiam. Aktiviti seharian pula daripada yang selalu dilakukan telah pun dikurangkan, mungkin. Perubahan dari segi cara ada pelbagai, mungkin dari segi cara berkomunikasi, cara makan, dan sebagainya. Mungkin awak-awak yang comel ni pun ada perubahan dari segi lain. TAPI, yang paling penting, perubahan itu mestilah ke arah kebaikan, itu merupakan perubahan termanis bagi seorang insan.

Cerita kali ini yang aku ingin kongsikan adalah mengenai perubahan yang sedikit pada diri aku. Ya, mungkin ada yang menganggap ini satu perkara yang remeh. Tapi persoalannya, perubahan itu akankah disokong oleh orang sekelilingku? 

Perubahan apakah itu? Hehe. Mestilah ke arah kebaikan. Banyak yang ingin aku ubah, tak kiralah dari segi sikap, aktiviti seharian mahupun cara. Tapi tu semua akan aku ubah secara perlahan-lahan. Paling penting, aku bermula dengan ibadah dan akhlakku. Okay, dah dah. Risau kalau-kalau disalahertikan. Awak yang comel semua doakan perubahan ini tidak hanya sementara, tapi selamanya. Aku cuma insan biasa yang mempunyai kelemahan.

Have a nice day :)

Wednesday 29 August 2012

Kecewa

Assalamualaikum..

Hai hai :)

Pernah rasa kecewa tak? Semua orang mesti pernah rasa kecewa, takde yang boleh lepaslah dari rasa kecewa ni. Macam-macam boleh jadi penyebabnya, tapi itu sendiri-sendiri punya rahsia kan? Ye tak?

Aku ni bolehlah dikategorikan sebagai spesis yang mudah rasa kecewa, bukan tu saja, mudah sakit hati, sedih dan macam-macam lagilah. Mungkin tu salah satu kelemahan aku, mungkinlah. Aku mudah rasa kecewa dengan diri sendiri dan juga orang sekeliling. Bukan nak malukan diri sendiri ke apa, sekadar nak berkongsi perasaan yang sukar untuk ditafsir, diterjemahkan dan difahami ni. 

Sebenarnya dulu lagi teruk, cehh, mengakulah ni kan. Sekarang dah berubah sikit, mungkin disebabkan faktor usia, tu tak pasti. Tapi yang pasti adalah atas nasihat kawan-kawan yang sentiasa ingin melihat kita berubah. Sekarang aku lebih banyak berdiam diri dan melebihkan senyuman di bibir comelku ini. Cewahh.

Perkara yang aku lakukan ketika kecewa? First, aku akan pasang earphone dan dengar lagu dengan volume yang bertahap maksimum, masa ni aku kat dunia aku sendiri. Dengarlah sampai aku bosan. Second, aku menyanyi. Menyanyi sepuas hati, ala-ala karaoke macam tu, dalam bilik sendirilah, kadang-kadang biarlah kalau orang dengar pun, aku nak nyanyi, tak kisahlah mereka-mereka yang dengar tu sakit telinga ke apa. Kejam kan? Haha. Third, aku keluar. Tak kisahlah kat halaman rumah je, asalkan keluar. Tapi selalunya, keluar sampai ke shopping mall lah. Sebab suka suasana shopping mall. Kalau awak-awak yang comel pula macam mana? Mesti ada cara masing-masingkan? Tak kisahlah apa cara sekalipun, yang penting tak memudaratkan diri sendiri. 

Ada juga aku terfikir, mungkin semua ni ada hikmah. Yelah, bila dah rasa kecewa, mesti kita akan terus mencuba kan? Perasaan kecewa ni juga akan menjadikan aku lebih mengingati Allah swt. Hmm, bukan nak berlagak alim ke apa, sekadar ingin berkongsi cerita.

Akhir kata, do appreciate yourself. Senyum selagi mampu untuk tersenyum. Ingatlah, Allah swt tak pernah lupa kepada hamba-hambaNya. 

Tuesday 28 August 2012

Sakit perempuan

Assalamualaikum..

Hello there!


Mungkin cerita kali ni agak sensitif sikit. Tengok tajuk pun dah tau kan.. apa yang aku nak ceritakan di sini adalah melalui pengalaman aku sendiri pada satu masa dahulu. Cewahh. Hee.

Okay, cerita dipendekkan, senggugut ataupun sakit perempuan ni cuma perempuan je yang rasa. Kalau ada lelaki yang mengalami sakit ni juga, no comment lahh.. Untuk pengetahuan awak juga, tak semua perempuan mengalami senggugut. Aku pun tak pasti senggugut ni sebenarnya normal atau tidak ketika datang bulan. Nanti aku try search info pasal ni. Sebenarnya banyak aku nak cerita ni, tapi Azmil (adik aku) tiba-tiba datang bawa gitar dan nyanyi lagu, langsung hilang idea ha. Apa motif dia pun aku tak tau. Haha. Okay, sambung balik.

Aku pernah ada pengalaman di mana pada hari tersebut aku mengalami senggugut yang teramat sakit. Lepas habis kelas, kawan-kawan bawa aku pergi klinik dalam kampus tempat aku belajar. Setahu aku masa tu masih dalam waktu pejabat, tapi doktor dah balik. Wah, nice. Aku rasa macam apa dah ni, dengan muka pucat, jalan pun tak larat, hampir nak mengamuk dalam tu, tapi masih ingat yang aku kat dalam kampus lagi. Okay, tak jadi nak mengamuk.

Setelah itu, mereka mencadangkan aku pergi hospital yang berdekatan dengan tempat tinggal kami. Pada mulanya aku tak nak pergi, tapi oleh kerana memikirkan bekalan ubat memang tak ada langsung, dan memikirkan larat atau tidak untuk pergi ke kelas malam, aku pun pergilah. Dahlah aku ni spesis manusia yang tak suka pergi hospital, apatah lagi berjumpa doktor. Masa tengah tunggu turn tu pun aku dah rasa macam berlagaknyalah pakcik-pakcik yang jaga kaunter tu. Tapi aku abaikan je. Yang ligat dalam otak aku ni, “nanti aku kat dalam tu dorang buat apa”, “kena injection ke tak”. Spesis penakutlah katakan.

Bila dah tiba turn aku, okey pembantu doktor ni pun boleh tahan berlagak. Yang paling sakit hati, boleh dia ajak kawan-kawan dia dalam tu gelakkan aku datang sana disebabkan oleh senggugut. Dalam hati aku ni dah mendidih dah, bukan menyirap lagi. Tapi aku sabar, aku faham spesis-spesis macam ni memang tau nak gelakkan orang je. Ingat sakit tu boleh main-main ke? Mungkin sebab dia tak rasa kan. Takpelah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Hmm, aku sempat report kat salah seorang staff dia, time hati tengah panas kan. lalalala ~

Cuma harapan aku, mereka-mereka yang bekerja dalam perubatan perlu diberi pengetahuan penting pasal ni. Memanglah tak ramai yang mengalaminya, tapi tolonglah, kalau tidak anda akan dimaki hamun. Sebagai contohnya, aku. Di sini aku mengaku yang aku telah memaki hamun pembantu tersebut, tapi harus diingatkan semua itu hanya kuluahkan kepada mama tersayang. Hehe. Memaki hamun atau mengadu dan menangis teresak-esak? Itu antara aku dan mama. Peace!

Sunday 26 August 2012

Dua kerja dalam satu masa?


Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda sedang berjalan, tak kira di mana saja, mesti anda akan terlihat kejadian di mana manusia memegang sesuatu alat iaitu telefon bimbit atau bahasa mesranya handphone. Tapi bukan semua, kebanyakannya, takpun sesetengah manusia. Eh, ayat kali ni macam pelik sikit, sorry. Hee.

Hmm *berfikir sambil pegang handphone* <------ takde kaitan

Kali ni memang benda yang dah lama aku ingin suarakan, yang tak mampu kuluahkan, sebab aku takut nanti family, kawan-kawan, mahupun orang terdekat  aku cakap, “eleh, kau pun sama”, dan aku cuma mampu, *buat muka tak bersalah sambil main-main jari*.

Cuba perhatikan di tengah-tengah bandar ketika kereta yang anda naiki berhenti di traffic light untuk memberi laluan masyarakat melintas jalan, pasti ada yang berjalan sambil taip mesej. Aku pernah mengalami situasi ini, *berdehem* aku yang dalam kereta, bukan yang melintas jalan. Ketika tu aku cuma mampu berkata dalam hati “wow, amazing!” banyak jugalah yang aku bermonolog dalaman. Aku cukup kagum dengan manusia seperti ini, mereka mampu membuat banyak tugasan dalam satu masa. Yelah, hebatlah tu, berjalan sambil menaip mesej dengan lajunya. Lagi terpesona bila manusia seperti ini berjalan tanpa jatuh atau terlanggar manusia yang lain atau tersadung kat batu ke apa ke kan. Kalau aku, dah lama jatuh tergolek depan khalayak ramai. Sedangkan aku berjalan dengan penuh hati-hati pun boleh terjatuh, inikan sambil membuat beberapa tugasan yang lain. Bila berjalan, aku kena fokus berjalan je. Pelik bukan? Ke biasa je? Abaikan, hee. Lagi best bila manusia seperti ini berjalan sambil menaip mesej, manusia yang lainnya memberi laluan untuk dia berjalan, aku pernah ternampak situasi ni, bukan cerita kosong je, dia berjalan penuh gaya dan aku macam “wow” bila nampak kejadian tersebut. Benda ni jadi tahun bila tah, dah lama sangat.

Anda pernah atau tidak ternampak kejadian macam ni? Yang taip mesej time drive tu dah biasa dah. Sangat biasa sebenarnya. Tapi itu pun kira amazing juga kan, buat dua kerja dalam satu masa. Tak ramai yang boleh macam tu. Aku lagilah, sebab drive pun tak reti, nikan nak drive sambil taip mesej, jauh sekali. Ya, tapi diharapkan manusia yang suka buat dua pekerjaan dalam satu masa seperti ini lebih berhati-hati. Bak kata iklan kat TV, ingatlah orang yang tersayang.

Yang paling penting sekali, kalau dah memang anda sedang berjalan-jalan dengan teman, elakkan memegang handphone all the time. Tak sopan okay, kena jaga hati dan perasaan mereka juga. Jangan sampai mereka bermonolog dalaman seperti “eh, budak ni, dia nak jalan ke nak mesej”, takpun “baik aku jalan sorang-sorang tadi” atau “kalau aku tau, aku tak ajak budak ni” atau “lain kali aku takkan ajak dia ni keluar dah”. Lebih kurang macam tulah. Terus terang aku cakap, aku pun macam ni juga, tapi aku cuba untuk elak, kalau penting je baru ada handphone di tangan. So, kiranya kalau anda nampak ada handphone kat tangan aku tu, pentinglah tu maknanya. Lalalalala~

Tamat.
P/s : perkongsian cerita semata-mata. Tiada niat melukakan hati sesiapa. Peace! 

Saturday 18 August 2012

Raya dah?


 Assalamualaikum semua..

Tengok tajuk kat atas tu pun dah tau aku macam terkejut kan? Mesti awak-awak yang comel pun terkejut kan? Ke langsung tak? Haha, kidding..

Kalau nak tau, aku macam takde mood nak raya. Nak tau kenapa? Ke tak nak ambil port pun? Lalalala~ tak kira, nak bagitau juga!

Firstly, cewahhh, macam karangan BEL la pulak. Sebab pertama, aku tak sihat. Kesian kan? Sangat kesian *sambil lap hingus*

Sebab kedua, nenek tak raya kat sini tahun ni. So sad.. *sambil lap air mata plak* Petang tadi ada call nenek tanya khabar, buat-buat happy sebab takut nenek pun nangis sama. Kesian nenek tak dapat raya dengan cucu kesayangan nenek ni (perasan di situ ye). Takpe takpe, yang penting cucu-cucu nenek kat sana layan nenek elok-elok ea. Kalau tak elok, meh sini kakak cubit sorang-sorang.

Teringat raya tahun lepas.. tahun lepas adalah tahun terakhir beraya bersama moyang iaitu ibu tiri kepada nenek. Apa yang aku harapkan semoga arwah moyang ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Raya tahun ni ala kadar je. Buat apa yang termampu. Kalau nak dibandingkan dengan negara yang tengah berperang sekarang, aku bersyukur. Kita tak perlu nak beraya dalam keadaan huru-hara. Mungkin di sana mereka tidak berbaju raya macam kita, kan? ----> iklan sebentar..

Malam ni malam raya. Aku tau awak-awak yang comel pun dah lama tau. Saja nak bagitau lagi. Lalalala ~ Apa perasaan awak-awak semua? Nak tau perasaan aku macam mana? Nak bagitau ni, hee. Rasa sedih, sebak dan bermacam-macam lagi rasa yang ada. Hal ini kerana hari ni merupakan Ramadhan terakhir tahun ni. Rasa takut kalau-kalau tahun akan datang kita tak berpeluang lagi untuk berpuasa pada bulan Ramadhan. Siapa tahu kan? Astaghfirullah al-azim.

Masa ni juga aku berfikir aku cuma ada beberapa hari saja lagi untuk menetap di rumah bersama keluarga. Bukan aku kena usir ke apa. Jangan fikir macam tu, tolong ea. Hehe. Stok cuti dah nak habis, sedih. Aku terfikir macam manalah hidup aku nanti, dahlah jauh. Makan ke tidak kat sana nanti, ni tipu. Hehe. Tapi apa pun, hidup perlu diteruskan, tetiba.

Akhir kata, selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin. 

Bertudung atau tidak?

Assalamualaikum..


"Buat apa tu?" Okay, tu ayat biasakan? "Sedang berbuat apakah? Makan ke?" Ayat sedikit kurang biasa time puasa. Tapi bukan itu yang aku nak tanya sebenarnya. Soalan sebenar ---> Pernah tak awak-awak semua terasa bosan menggayakan fesyen tudung yang sama? Ataupun kekurangan idea untuk menggayakan? Atau tak tahu macam mana nak pakai selendang or tudung yang baru saja dibeli? Sorry, terbanyak soallah pula. 

Mesti awak-awak yang comel akan singgah ke laman Youtube kan? Baik ngaku cepat! Aku buat camtu kot. Kiranya kita sama jelah. Lalalala ~ 

Beberapa hari yang lepas, aku ada beli satu tudung bawal ni tau, untuk rayalah kononnya. Tengah jadi model depan cermin, tiba-tiba terfikir, macam tak mencabar je asyik pakai gaya yang sama. Dengan rasa bangganya aku pun pergi ke arah laptop dan membuka laman youtube untuk mencari segala tutorial yang ada. 

Nak dijadikan cerita (dipendekkan cerita sebenarnya), aku tengok seorang gadis ni punya video. Orangnya comel dan manis. Dalam video si gadis ni tadi, dia takdelah melontarkan sedikit suara pun, it just a tutor and ada subtitle di bawahnya. Si gadis ni jugak ada masukkan elemen lawak dalam video tu, memang lawak okay, tak tipu. Tapi, tak taulah kalau aku je rasa lawak dia tu. 

Nak dijadikan cerita lagi, ada beberapa orang yang comment, biasalah kan, positif banyak dan negatif sikit. Ada seorang hamba Allah ni, dia kutuk bukan main tau, memang bikin panas tahap max. Aku pantang betul orang yang kuat comment pada benda yang tak sepatutnya. Bukannya tak boleh comment, tapi cara dia memang salah tau, dia sorang je plak tu. Aku pun macam tak faham. Apa masalah dia ni kan? Dengki ke apa? Argh! Never mind. Let it be. Eh, “it”? Betul ke? Lalalala~ tak kisah pun. 

Melalui comment terhadap video ni, aku berfikir sejenak (konon-konon je ni). Memang sebelum-sebelum ni ada juga ternampak dalam youtube, ada beberapa orang ni buat video macam memerli gadis-gadis yang post video macam ni. Tapi, bagi akulah kan, tak salah mereka-mereka ni nak berkongsi ilmu. Kalau ada yang tak puas hati tu, senang je, jangan tengok. Hehe. 

Memanglah the way dorang bertudung tu tak tutup sepenuhnya. Tapi itu hak individu kan? Lagipun, mereka-mereka ni takde niat lain selain berkongsi ilmu. Most importantly, orang tak berubah secara mendadak, mereka juga perlu diberi ruang untuk berubah sedikit demi sedikit. Jadi sebagai masyarakat yang awesome, janganlah tahu comment je. Nasihat secara baikkan boleh. Tak susah pun. Just say a nice word. It will be great actually. 



Maaf, kalau ada tersilap bahasa juga percampuran bahasa. Terima kasih untuk singgahan awak :)

Wednesday 15 August 2012

Tidur

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Hye there! Sekarang jam sudah pun menunjukkan belangnya iaitu 4.06 pagi. Jyeah! Okay, saja je nak singgah sini kejap. Bukan ada apapun. Sebenarnya ada, aku mengalami kesukaran untuk tidur (tak tau ayat ni betul ke tak). Tadi ada benda nak cerita, tapi dah lupa. Ni boleh mendatangkan geram ni!

Aku rindukan seseorang sebenarnya. Walaupun tinggal di bawah satu bumbung,tapi rindu tahap melampau-lampau. Nak je masuk bilik seseorang tu dan peluk beliau sampai aku pun terlena. Mungkin itu salah satu sebab aku mengalami kesukaran untuk tidur. Tapi mesti awak-awak yang comel tak peduli pun sebenarnya. lalalala ~
Dan lagi satu sebab, dah tidur dah tadi sebenarnya. Macamlah awak-awak yang comel nak tau sangatkan. lalalala ~

Aku tak tau macam mana nak tunjukkan perasaan aku ni sebenarnya. Takkan nak buat tunjuk perasaan pulak. Bawak sepanduk bagai. Tak betul, tak betul cara tu. Buat kena gelak je.

Mungkinkah juga aku cuma perlu berdiam diri dan feel rindu sorang-sorang. Siapa tahu melalui cara ni, beliau akan faham dan dapat rasa. Akhirnya hati kami bertemu dan berbicara. Romantik bukan? Eh, apa ni? Ni lagi tak betul. Pengaruh filem komedi romantis lah ni. Cis!

Atau, aku patut memulakan semuanya. Memeluk beliau dari belakang dan mengatakan bahawa aku merinduinya, selepas itu mengambil tangan kanan beliau dan mengucupnya lama sambil meminta maaf. Pasti saat itu airmata mengalir bagaikan air terjun yang tiada hentinya. Aku rasa cara ni okay, tapi boleh ke aku ni? Macam tak yakin je boleh buat semua tu. Arghh! Rasa nak menjerit.

Mesti awak-awak yang comel ni ligat berfikir, apa yang aku ceritakan. Sebenarnya cerita ini mengisahkan hubungan kekeluargaan. Sekian. Hee. Peace!

Monday 13 August 2012

Cemburu

Assalamualaikum..

Jangan tertipu dengan tajuk di atas. Ianya adalah perasaan terhadap seorang individu yang aku fikirkan cuba merampas MAMA AKU dari aku. Tak taulah, mungkin perasaan aku je. Takkan perasaan aku pun nak mengucing aku kan. Pelik ni!

Pada aku, wanita yang bernama mama itu hak aku seorang saja. Percaya atau tidak! Terima atau tidak! She's mine! Betapa sakitnya hati bila ada yang lebih rapat dengan mama. Nak tau rasa macam mana? Sampai rasa tak boleh langsung nak pandang individu tersebut. Walaupun dah cuba banyak kali. Macam..yeah, benci. Memanglah tak baik benci orang, tapi nak buat macam mana kan? Dah cuba banyak kali okay. Tapi..tapi..tapi.. hmmm :(

Apa yang aku cuba ceritakan di sini, perasaan cemburu itu akan menghasilkan satu perasaan benci. Sesungguhnya benci-membenci itu tidak bagus ye awak-awak yang comel semua. Kalau boleh elak membenci tu, better kita elak. Yelah, sedangkan Nabi kita pun memaafkan orang yang berbuat jahat pada baginda, inikan kita yang kerdil ini. Haihhh. Bukan bajet alim ke apa, ini nasihat untuk diri sendiri je sebenarnya.

Kalaulah ada sesiapa yang boleh tolong aku hilangkan rasa cemburu ni kan bagus. Okay, takpe, aku tolong diri sendiri je. Hee. Ohh ye, antara salah satu cara nak hilangkan rasa benci adalah dengan mengingati kebaikan individu berkenaan. Contohnya, kita membenci dia dengan 1 sebab, mungkin dengan 9 kebaikan yang individu tersebut dah lakukan kat kita, rasa benci tu dah berkurang. Hmm, nak trylahhh.. Ada lagi satu, cuba elak untuk bersemuka dengan dia. Persoalannya, mungkinkah berkesan? Haha.

Selamat mencuba.
P/s: Cuba je walaupun dah lari tajuk sebenarnya. Peace!

Ibadah dan Keluarga


Assalamualaikum..

Hari ni sudah masuk berapa Ramadhan? Siapa tahu? Haha, gurau je. Tanya macam ni bukan bermaksud aku dah lupa tarikh hari ni. Yelah, mesti kamu-kamu di luar sana pun excited menghitung hari. Nak rayalah katakan. Tanpa kita sedar, sekejap sangat Ramadhan singgah dan bertemu dengan kita semua, dalam masa 5 hari saja lagi kita akan dikunjungi oleh Syawal pula. Ye tak? 

Tapi..ada tak kita sedar berapa banyak masa kita dah luangkan untuk Allah s. w. t, begitu juga dengan family kita? Bukan nak bajet alim ke apa. Aku terus terang cakap ni, aku pun bukan baik sangat, serius ni! Percayalah, please. Haha, over. Tapi, tulah yang aku rasa, rasanya memang tak banyak masa yang kita luangkan untuk Allah s. w. t., maksud aku kat sini, dengan beribadah pada Dia. Aku akui terkadang aku malas, memang bukan mudah nak melawan rasa malas kat diri aku ni, serius, tak tipu. Bab family plak, memang terkadang aku MACAM tak involve sangat, duk dalam bilik, baca buku (komik sebenarnya) takpun online. Okay paling worse, gayut. Lalalala~

Oleh itu, tolonglah jangan jadi macam aku ni. Cuma satu harapan aku, aku harap sangat tahun ni bukan Ramadhan yang terakhir bagi aku. Aku harap sangat dapat jumpa Ramadhan lagi tahun akan datang dan akan-akan datang lagi. Of course lah, semua orang nak benda yang sama macam aku kan? Baik ngaku! Jangan nak malu ke apa. Ngaku cepat! Semoga apa yang kita semua harapkan akan didengar Allah s. w. t.. InsyaAllah.

Tang family plak, aku bersyukur aku ada mereka semua, yang selalu ada untuk aku. Tapi sejujurnya aku tak suka cakap pasal family kat sesape, tak tau kenapa, macam susah nak buka mulut bila masuk tang family. Sebab hal privasi kan, of course lah.. Cuma lepas ni aku ada azam yang penting, aku takkan abaikan mereka-mereka lagi, walaupun kadang-kadang adalah juga merajuk, tapi tak naklah jadi selfish, merajuk lama-lama sampai mereka-mereka terasa kan. Tak baik buat orang. Hee. Apa pun aku sayang mereka semua. Sape tak sayang family kan? Walau apa pun salah faham yang dialami, cubalah untuk selesaikan secara baik, tak kiralah siapa betul siapa salah. Ni nasihat untuk diri sendiri je ni. Lagipun tak lama lagi raya kan, macam mana nak sambut raya kalau masing-masing masih merajuk. Kesian Syawal, dahlah Syawal datang setahun sekali je.

Sekian, repekan kali ini


Saturday 11 August 2012

KRU la uolsss !

Hari ni tetiba terdetik nak dengar lagu KRU. Rindu zaman sekolah rendah dulu kot. Eh, mana salam aku? Astaghfirullah al azim. Akibat excited sangat.

Assalamualaikum.
Hello there! KRU fans here *sambil lambai-lambai ala-ala diva hot*

First tadi nak dengar lagu Dibius Cinta by Melly Goeslaw and Yusry. Boleh plak lupa tajuk dia tadi, then aku search jela kat youtube one of the lyrics which is 'kau membiusku dengan cinta', tapi tak jumpa. Tetiba ada seorang makhluk yang comel sikit jelah datang, dia cakap "tajuk dia kan Dibius Cinta", dia cakap dalam keadaan marah okay! Haha. Dia fanatik lagu tu kot. Opps, sorry. Hehe. 



Nilah lagu yang aku nak dongar sangat tadi.


Dengan secara tak sengajanya aku click lagu Ucapkanlah by Erra dan Yusry. Rasa macam zaman muda-muda dulu, sekarang pun muda okay, sila jangan salah faham. Best tau lagu ni, tapi macam jiwang sikit. MACAM lah. 



Lepas tu secara sengajanya aku click lagu yang lain plak. Nak tau lagu apa? Sila tengok di bawah, terima kasih. Hee. Yang kat bawah ni lagu favourite sangat. Ingat lagi masa standard 5, sampai bawak lirik lagu tu ke mana sahaja. haha. Minat punya pasal. Hafal okay lagu ni sampai sekarang. Kertas tu sampai tak rupa kertas dah, hari-hari bawak pegi sekolah, memang sentiasa ada di sisilah katakan. 

Yang ni my favourite!

Banyak lagi lagu KRU macam Jangan Lafazkan, Perpisahan Terasing, Fanatik, Terhangat di Pasaran, Babe dan banyak lagi.

Sekian buat waktu ini. 
P/s: Sambil menaip sambil nyanyi lagu KRU. 




Baru . . .

Assalamualaikum..

Hello there! This is my first entry. And yes, I'm new in blogging stuff. Thats why tajuk dia Baru dot dot dot, eheh. Dah lama nak berkecimpung dalam arena blogging ni tapi almaklum sajalah, rasa rendah diri teramat dan malas melampau yang tak dapat dielakkan. Sebut pasal rendah diri, aku sampai nak buat blog yang pemilik dia adalah unknown, hmm akulah tu kononnyalah kan. Tapi fikir punya fikir, tak jadilah nak buat macam tu, macam leceh plak. Ye dok? Mungkin blog akan diupdate time aku cuti macam sekarang nilah, student kan, busy memanjang, konon-konon je ni. Haha.

Sebelum ni keinginan nak buat blog sendiri sangat membuak-buak. Nak tau kenapa? Sebab macam banyak benda yang aku nak kongsi dengan orang. Tapi macam ada orang bacakan. Tak kira! Nak share jugak!

Tadi belek-belek benda alah ni, susah jugak tau sebenarnya. Tapi takdelah susah sangat. Boleh belajar slowly, kan? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Hee.. Salah satu sebab nak berblog ni adalah kerana nak menghilangkan rasa tertekan dan sedih. Yeah! Aku ni selalu sangat rasa tertekan. Bukan aku yang nak pun jadi tertekan ni, cuba baca betul-betul, TERTEKAN. TER bermakna bukan sengaja. So kiranya aku tekan secara tak sengaja. Eh, apa ni? Haha. Lagi satu sebab, aku suka merepek. Nak merepek, takde sape yang dengar, mungkin kadang-kadang mereka-mereka tak faham apa yang aku repekkan. Haihh.. Maaf kepada mereka-mereka semua.

Sekian :)