Wednesday 19 September 2012

Sedih lagi ~


Sekarang ni aku tak tau kenapa aku kerap sangat berasa sedih, cepat hilang mood. Sedih dia tersangat-sangat tau tak, yang amat. Sampai sebak yang aku rasa sakit kat bawah leher tu. Siapa tahu? Ada tak yang faham dan dapat bayangkan macam mana aku rasa? Never mind..

Aku tak taulah kenapa aku sensitif sangat ni. Rasa macam melampau pun ada. Kalau aku layankan perasaan aku ni, mahu menangis haaa. Haiya. Kang bertumbuk dengan perasaan sendiri kang. Susah pulakan. 

Aku pun tak faham dengan perasaan ni sebenarnya, tiba-tiba je hilang mood, terus jadi sedih. Faham tak? Dia secara tiba-tiba, ya, mungkin ada sebab, tapi sebab yang aku sendiri tak pasti. Oh, sungguh sadis rasanya :/ 

Mungkin juga disebabkan permulaan semester ni, ya mungkin. Awal-awal ni banyak pelaburan yang aku kena selesaikan, biasalah, untuk yuran, buku dan perbelanjaan harian. Permulaan ni memang fikir pasal pelaburan jelah, jujur aku cakap, eh, jujur aku taip, haha. Memang aku tak fikir sangat pasal pelajaran, ada berapa bab setiap subjek, aku sibuk kira duit je ha, tak tipu. Tidur pun dengan duit, okay, ni aku tipu, aku tidur dengan roomate akulah, apa tidur dengan duit pula. Haish. 

Sedih itu satu perasaan yang akan dirasai oleh setiap insan. Sedih tu boleh diungkapkan dengan pelbagai cara, contohnya, luahkan pada orang yang kita percaya. Kalau aku, aku jenis yang suka pendam, bukan suka sebenarnya, tapi susah nak luahkan, bila aku baru nak buka mulut, airmata dah mengalir dengan derasnya, tu yang tak best tu. Jadi, aku cuba hilangkan sedih tu dengan cara lain, selain meluahkan. First, aku cari sebab kenapa tiba-tiba jadi sedih, lepas tu, aku solat, doa pada Allah swt agar sentiasa tenangkan hati ni, then, dengar lagu, tak kisahlah apa jenis lagu pun. Part paling best, tidur. Tapi, selalunya susah nak tidur bila tengah sedihkan? Kalau susah nak tidur, aku buat apa tau, aku online. Kacau adik-adik dengan tweet-tweet yang akan buat dia terasa. Nampak kejam di situ. Hehe. 

P/s: Terima kasih singgah.  

Sunday 16 September 2012

Nasihat ~

Assalamualaikum, selamat sejahtera juga :)

Apa khabar? Hee..

Alhamdulillah, masuk minggu kedua menjadi student semester ni. Macam yang aku cakap sebelum nilah, aku 'sakit rumah' sangat-sangat ni. Serius! Ingat nak balik je, sedihkan? *sambil nangis guling-guling*

Minggu ni agak sedikit tertekan keadaan aku. Aku tak tau kenapa, kadang-kadang aku boleh rasa sedih secara tiba-tiba. Serius ni, tak tipu. Okay, aku tau aku pelik. Pelik sikit je. Dah diam!
Bila sedih, mulalah cari sesiapa yang berkenaan. Antara orang-orang yang berkhidmat time aku sedih ialah mama sendiri, nenek, chenta hati, adik-adik, kawan, pakcik, abang saudara dan ada lagi beberapa orang. Ni antara orang-orang yang berjasalah. 

Lepas sedih tu dah hilang, aku tak cari dah mereka-mereka ni <------ TIPU!!

Jujurnya, aku selalu perlukan mereka-mereka ni tak kiralah susah, senang, SELALU, faham tak? Tiba-tiba emo, haha. Banyak nasihat mereka-mereka ni bagi kat aku. Ada juga yang cuma mendengar, tak kurang juga yang membuat lawak mereka. Yela, bila sedih, kita cuma nak kongsi apa yang kita rasa dengan orang lain kan, boleh menangis sama-sama, sweet gitu. Haha. Kita rasa dihargaikan bila sentiasa ada orang bersama kita tak kira sedih dan gembira, takdelah rasa macam forever alone.Ye tak, ye tak? 

Nak kongsi cerita pasal nenek boleh? Hehe. I love her forever, and she is mine always. Please jangan nak berebut dengan aku. Haha, perasan cucu kesayanganlah ni. Padahal memang pun. lalala ~
Bila kongsi masalah dengan nenek, nenek akan beri nasihat secara non-stop okay. Mulanya kita cakap pasal masalah A, nenek akan nasihatkan untuk masalah A sampai Z, seriously. Dan aku cuma mendengar dan berkata " Ya nek".. Banyaaaakkkkk sangat nenek nasihat. Oh ya, sambil nasihat tu nenek akan selitkan sikit cerita dan pengalaman nenek. Best dengar nenek cerita, yela, nenek tinggal jauh, dunia teknologilah yang menghubungkan kami. Terima kasih kepada dunia teknologi, jasamu dikenang.
Nilah nenek :)

Nenek ni biasa je orangnya, paling best, nenek sangat peramah. Nasihat yang selalu nenek berikan adalah pasal solat, maruah diri, keluarga, pelajaran, pasal cinta pun boleh kongsi dengan nenek sebab nenek tersangatlah sporting. Nenek pun romantik orangnya sebab nenek selalu ucap "I love you" "I miss you" kat cucu kesayangan nenek ni. Haha.

P/s: Kalaulah adik-adik kakak baca ni, sila jangan jealous, kakak memang cucu kesayangan nenek. Hee. Peace!

Saturday 15 September 2012

Semester baru sudah ~


Assalamualaikum, selamat sejahtera juga..

Hai hai awak yang comel.. harap sihat hendaknya.

Semakin hari, malas menerpa sang pencerita iaitu aku. Hee. Malas yang sukar untuk dibendung, untuk membuka laptop dan menaip untuk berkongsi cerita dengan awak-awak yang comel. Okay, bermulalah cerita sebagai student di perantauan orang, jauh dari family dan sanak saudara. Hampir seminggu di sini membuatkan aku ‘sakit rumah’ a.k.a homesick, hee. Perosak bahasa here!!

Ya, aku tinggal jauh dari family, paling kurang pun 6 jam baru sampai sini. Tugas aku di sini adalah menimba ilmu. Itu yang pasti! Yang tak pastinya adalah tidur, tidur dan tidur. Aku tak tau kenapa sejak sampai sini, mata mengantuk memanjang. Oh, yela, di penghujung cuti hari tu, mama sibuk ajak anak sulung mama ni keluar menimba pengalaman, hehe. Itu salah satu sebab tak cukup tidur, dan sepanjang hari-hariku di sini, aku telah membalas dendam dengan tidur tak kira masa. Haha.

Minggu pertama aku lalui dengan perasaan excited. Okay, jujurnya excited untuk first day je. Mungkin rindu pemandangan kampus, siapa tahu kan. Macam-macam hal yang datang sebenarnya. Yang paling tak best, aku ada masalah nak log in student portal because of my password. Sangat tidak best di situ. Walau se’excited’ mana pun aku, yang peliknya aku tidak snap satu picture pun untuk dijadikan kenangan. Pelik bukan?

Bermulanya semester baru ini, macam-macam telah aku janjikan. Janji kepada diri sendirilah, of course. Talking about my parents, mereka tidak mengharapkan apa-apa, cukuplah sekadar yang termampu, tapi sebagai anak, mestilah kita nak buktikan yang kita ni anak yang boleh mereka banggakan, ye tak? Apa pun, aku akan cuba lakukan yang terbaik. Cuma, harapan aku, usaha aku ni diiringi dengan doa awak semua. 

Wednesday 5 September 2012

Berubah?


Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera juga..

Hai hai.. Diharapkan semua sihat hendaknya.

Apa yang berubah? Okay, yang berubah itu sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai sikap, aktiviti seharian dan juga cara. Berubah dari segi sikap, mungkin dari banyak bercakap kepada banyak berdiam. Aktiviti seharian pula daripada yang selalu dilakukan telah pun dikurangkan, mungkin. Perubahan dari segi cara ada pelbagai, mungkin dari segi cara berkomunikasi, cara makan, dan sebagainya. Mungkin awak-awak yang comel ni pun ada perubahan dari segi lain. TAPI, yang paling penting, perubahan itu mestilah ke arah kebaikan, itu merupakan perubahan termanis bagi seorang insan.

Cerita kali ini yang aku ingin kongsikan adalah mengenai perubahan yang sedikit pada diri aku. Ya, mungkin ada yang menganggap ini satu perkara yang remeh. Tapi persoalannya, perubahan itu akankah disokong oleh orang sekelilingku? 

Perubahan apakah itu? Hehe. Mestilah ke arah kebaikan. Banyak yang ingin aku ubah, tak kiralah dari segi sikap, aktiviti seharian mahupun cara. Tapi tu semua akan aku ubah secara perlahan-lahan. Paling penting, aku bermula dengan ibadah dan akhlakku. Okay, dah dah. Risau kalau-kalau disalahertikan. Awak yang comel semua doakan perubahan ini tidak hanya sementara, tapi selamanya. Aku cuma insan biasa yang mempunyai kelemahan.

Have a nice day :)