Tuesday 23 April 2013

Cerita Cuti #2

Assalamualaikum..
 
Kita sambung cerita cuti yang kedua. Hihi. Sepanjang cuti yang dah 5 hari ni, baru hari ni aku "melekat" kat rumah. Jadinya, nak cerita pasal aktiviti semalam which is Sunday. My sunday is spent very well, cehh.. Hihi. Bangun je dari tidur, Mimi cakap "nak pergi Jusco, kalau nak ikut, siap cepat." Aku ni dahlah jenis malas nak bangunkan, godaan tilam yang empuk tu kuat sangat, susah nak lawan. Cehh, ayat tak boleh blah. Okey, dipendekkan cerita, we went to Jusco, actually nama dia dah tukar jadi AEON. Tapi, lagi selesa panggil Jusco or JJ. Malas nak belitkan lidah sebut AEON tu. Kihkih :p
 
Sampai je, terus menuju ke Popular. Tempat yang akan membuatkan aku tersenyum lebar. Tak tahu kenapa, bila masuk kedai buku, rasa dia semacam. Tersengih sorang-sorang, ambil buku itu, ambil buku ini, tapi, satu jelah fail, tak suka novel. Macam tak boleh terimalah novel ni, tak tahu kenapa. Misi semalam nak menghabiskan baucar buku. Mula-mula seronoklah sebab nak beli buku, tapi bila fikir balik, I'm about to finish my voucher, then macam mana nak shopping buku lagi? Tskk :'( Sedih yang amat, tahu! Pastukan, tahun depanlah last dapat baucar buku lagi(kalau ada lagilah). Okey, sedih lagi. Sobs :'(
 
Dalam seronok, ada juga penat, sebab nak kena cukupkan yang 20% 80% tu. Dah prosedur macam tukan, terpaksalah ikut je. Kan best kalau boleh pilih sama ada nak guna 20% 80% tu. Okey, nampak situ tak bersyukur. Maaf maaf. Hee :) Lama juga kat dalam Popular tu, kesian mama penat tunggu. Dalam 3 jam lebih kot. Nak tahu mama buat apa? Mama duduk kat foodcourt sambil layan games dia. Haihh, mama mama. Hihi. Sorry mama :)
 
Dipendekkan cerita lagi, lepas shopping buku, ada lagi satu tugasan, iaitu carikan hadiah birthday girl. Peninglah juga nak fikir hadiah apa nak beli, then I saw something that a girl at 12 years old might loves very much. Taraaaa! Sekejap je cari hadiah tu, tak sampai sejam pun. Selepas itu, kami pun bergegas balik ke rumah. Sebab lepas Isyak kami sekeluarga dijemput untuk pergi birthday party. Dan kenapa ayat macam skema sangat ni? Ketandusan idea kali. Hikhik.
 
Dalam pukul 9 lebih macam tu kami sampai di rumah birthday girl which is mama dia adalah kawan mama. Hmm, tu jelah rasanya nak cerita pun, mata dah mengantuk ni, idea pun mana entah menghilang, semangat nak update blog pun tak tahu ke mana pergi. Hish hush hash (mengeluh). Ending cerita ni, dalam 11 lebih baru "melekat" kat rumah balik. Penat tak penatlah hoi! Hihi..
 
Sampai ketemu lagi. Selamat malam. Terima kasih singgah :)
 
 
 
 
 
 
 

Sunday 21 April 2013

Cerita cuti #1

Assalamualaikum. Hai. Hello :D
 
Okey, nenek baru je call, and tiba-tiba mood sedih. Banyak sangat masalah yang singgah dalam keluarga kami baru-baru ini. Eh, but, wait! Bukan masalah, lagi manis kalau panggil ujian, kan? Dah, stop cerita pasal sedih-sedih ni, takkk nakkkk ceghita :p
 
Semalam Adik ajak keluar esok, which is hari nilah kan. Nak dijadikan cerita, hari ni aku pun keluarlah dengan dia. Bukan main susah lagi nak bangunkan dia dari tidur, aku punyalah plan nak keluar pukul 10, dia bantai tidur lagi. Macam-macam cara aku buat, bisik kat telinga, peluk kuat-kuat. Semua tak jadi juga. Bila dah fed up, aku cakap kat Adik yang tengah nyenyak tidur ni "Adik ni bangunlah. Semalam adik juga yang ajak kakak keluarkan, ni Adik juga yang tak bangun-bangun lagi." *ZUPPP* Dia terus bangun, duduk, berdiri dan terus pergi mandi. Ohh, macam ni rupanya nak bagi dia bangun. Baru tahu -.-
 
Sampai je tadi terjumpa ex-classmate, amboi, muka macam abang sepupu aku pun ada. Tadi macam teramah sikit dengan dia, padahal time sekelas dulu takdelah aku ni peramah sangat. Okey, dah habis! Hee :)
 
Aktiviti tadi, jeng jeng jeng.. Karok!! Mula-mula tak plan pun nak karok, cuma nak bawa budak kecik tu jalan-jalan. Tapi, tak tahu macam mana, terdengar lagu favorite time karok, kaki pun terus drive pergi Kotak Hijau (translate please :p). Cakap dengan Adik, nak tanya harga dulu, sebab duit dalam purse ghaib. Kenalah jimat cermat. Serius, tak tipu. Duit dalam purse ghaib. Aku pun pelik. Memang aku ingat lagi, sepatutnya ada kepingan duit tu dalam purse aku, sekali ghaib daaaa. Tapi, takpelah, bukan rezeki namanya. Hm, tapi macam mana boleh ghaib? -.-
 
Karok tadi 3 jam je, cehh, lama jugalah tu kan? Itupun still tak puas lagi tu. Aneh je perangai. Hm, memang susah nak buang minat karaoke ni, nanti dah bersuami boleh kot buang minat ni. Hihi. Okey, over lagi -.- 
 
Lepas dah habis 3 jam tu, kami berdua pun pergilah berjalan-jalan, pusing satu mall, nak ukur berapa panjang dan lebar mall tu, memang kerja akulah tu. Aku, si pengukur shopping mall. Haiyaaa..
 
Penat kerja mengukur ni. Tiba-tiba faham perasaan tukang ukur (takde kena-mengena). Aku pun duduklah kejap dengan si Sara ni haa. Taklah kejap pun. Sempatlah juga pucuk muda mengorat tadi. Haihh, kenapalah tak tanya umur dulu sebelum mengorat dik? Akak tengok muka pun tahu awak tu sekolah lagi. Tapi, akak hargailah juga niat adik tu sanggup naik eskalator tu banyak-banyak kali semata nak senyum kat akak. Thanks dik, sweet sangat. Haha, kengkonon comellah ni, ish perasannya diri sendiri. Sorry, in case ada yang termuntah baca perenggan ni. Hihi :p
 
Tak lama lepas scene usha-senyum adik tadi tu, ada seorang abang ni datang. Terkejutlah, tiba-tiba je muncul depan mata. Dari mana dia datangkan? Nasiblah tak kena heart attack. Abang ni jual cd tau, bukan cd movie Karipap-karipap Cinta, Avengers ke apa, abang ni jual cd mp3 ayat-ayat suci. Murah dari harga asal. Harga asal abang tu cakap RM25, untuk jualan amal dia jual RM10 je. Haa, sempat lagi aku promote.
 
Aku tak tahu kenapa aku jadi ramah semacam bila dengan orang yang tak pernah jumpa, mungkin sebab nervous. Hasil nervous tu bertukar jadi peramah. Eh, macam tu pun ada? Punyalah sembang dengan abang tu macam dah kenal lama, macam kengkawan. Agak-agak bahaya tak, ada perangai yang macam ni? Risau juga. Tak bahaya kot, kan?
Bukti berjalan hari ni. Gelang Green Box, cd mp3 30 juzuk dan gambar kami berdua. Haa, dengan spek mata baru dan favorite shawl ever :p
 
Okeylah, sekian sahaja bed time story malam ni. Hihi. Selamat malam. Terima kasih singgah :)
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday 20 April 2013

Cerita Sebelum Midsem

Assalamualaikum. Hai. Hello :D

Nak tahu, saya berada di rumah dan sedang bercuti midsem. Uhuii, bestlah jugak, 10 hari gitu uolls :)
Tapi, jangan haraplah kan bercuti tanpa bekal dari lecturer. Walaupun tak banyak, tapi still macam berat juga nak buat. Yela, cuti is cuti. Cuti kena relaks kan? Tolonglah sokong aku! Hehe.

Suasana di rumah walaupun kengkadang akan memberi sedikit ke"touching"an kepada aku, tapi tempat inilah yang memberi banyak erti kasih dan sayang. Hee. Semalam, belum sampai 24 jam di rumah, aku dah menangis kena buli dengan adik. Menangis teresak-esak macam kena pukul pun ada. Padahal, kena usik sikit je. Kenapa entah? 

Hmm, lagi apa ea? Haa, beberapa hari ni, aku ada menjalani pengalaman yang baru. Memang agak baru dan mengejutkan. Tapi, takdelah nak bagitahu detail sangat. Cukuplah sekadar berkongsi pengalaman. Hish, dah kenapa ayat macam artis ni? 

Pernah rasa macam mana orang permainkan perasaan kita? Aku baru je rasa, baru sangat. Haa, tu jelah yang aku boleh share pun. Kihkih. Sorry :p

Lagi satu, aku dah buat spek mata baru, ganti yang lama punya (ni pun nak bagitahu ke?). Berwarna hitam, dan ianya bukan untuk ber"pesen-pesen" atau yang seangkatan dengannya. Tapi, disebabkan tahap rabun yang semakin meninggi di bahagian mata seksiku ini, aku terpaksa pakai (terpaksalah sangatkan). Mula-mula pakai macam happy tau, sebab terasa diri comel. Kihkih. Gurauan semata. Tapi bila esoknya, kepala pening-pening. Mula-mula ingat pening biasa je, tapi berlarutan sampai 3 hari. Ni apa kes pula ni kan? 

Memang rasa nak nangis (dah nangis pun sebenarnya). Mengadu kat mama, kawan-kawan lagi hari-hari dengar sampai bosan. Nasib baik mereka layankan je. Agak lama juga, berlarutan sampai seminggu lebih. Bila tengah pening-pening lalat, sempat juga otak ni berfikir sesuatu yang agak mengada-ngada. Boleh pula aku raba-raba perut, then cakap "ada baby ke dalam ni?" Haha, mengada sangatkan? Berangan tak sudah. Nasib cepat tersedar, kalau tak sampai esoknya berangan. Haihh, over over. 

Itu saja cerita buat waktu ini. Terima kasih singgah. And ya, maaf kalau ada entry-entry yang macam puisi terlampau. Hee, itu pepoyo namanya :)



Friday 19 April 2013

Sayang Itu Gurauan

Assalamualaikum..

Sayang itu gurauan?
Sayang itu ungkapan?
Sayang itu perbuatan?
Sayang itu apa sebenarnya?

Jangan singgah jika ianya cuma sementara,
Aku bukan tempat persinggahanmu,
Aku bukan tempat cubaanmu,
Aku juga bukan tempat meluahkan kata manismu,
Bukan.

Aku juga punya hati, seperti kau,
Kenapa kau tidak merasakan akan kepahitan ini?
Apa semua yang kau rasa manis?
Maniskah permainkan hati insan selemah ini?
Maniskah?

Aku ingin tempat tertinggi di hatimu,
Aku ingin dihormati, disanjungi,
Yang aku pasti, semua hawa menginginkannya,
Sukarkah untuk kau fahami semua itu?
Sukarkah duhai adam?

Jangan diremehkan hati si hawa,
Kelak dia diam membisu seribu bahasa,
Kau juga yang merana,
Minda kau juga yang tertanya-tanya.

Ini bukan cuma kisahku,
Aku punya kisah yang lain,
Jangan ditanyakan apa yang terjadi,
Tanyalah apa yang menguatkan aku.

Terlalu banyak yang terpendam di lubuk hati,
Cuma aku yang rasa,
Manisnya sayang bertukar menjadi pahitnya benci,
Ini bukan rekaan semata, ini pengalaman yang mendewasakan.

Sayang itu kurniaan Ilahi,
Yang pastinya bila-bila masa,
Tanpa mahu atau izin si pencinta,
Nikmat sayang itu akan perlahan-lahan ditarik,
Sedarkah kita semua itu?
Yang punya iman, menyelesaikan dengan berhemah,
Pada yang kurang iman di dada, bagaimana?

Aku bukan penceramah,
Aku cuma insan yang terkesima,
Terkesima dengan pengalaman hidup yang baru,
Demi untuk zaman kedewasaan.

Terkadang aku terfikir,
Apa ini bayaran untuk zaman kedewasaan,
Atau cuma secebis kesedaran,
Bahawa cinta Allah saja yang kekal abadi.

Aku tidak minta semua ini terjadi,
Cukuplah setakat ini,
Jangan lagi disesali,
Mana yang kurang akanku perbaiki.

P/s: Nukilan cuma. Part of it may have sentimental value, but.. Hey! This is me. And this is my place! Terima kasih singgah :D






Friday 12 April 2013

Jangan ~

Assalamualaikum.

Bila seorang manusia yang aku hormat, yang memang jarang tegur aku (atau boleh dikatakan tak pernah), tiba-tiba tegur "JANGAN" sekian sekian sekian, aku terpana, aku down untuk seketika. Mungkin aku tak pernah rasa akan ke'ambilberat'an dia. Sebak dada :'(

Bila seorang manusia yang aku letak dia tertinggi darjatnya di hati menegur untuk kesekian kalinya, aku terfikir, apa salah selama ini perkara itu di matanya? Kenapa pada mulanya dia tidak menegur? Mungkin dia inginkan kepastian. Aku sendiri tertanya-tanya.

Bila seorang manusia yang aku tidak pasti nilai sayangnya pada aku sedalam mana, yang aku jarang dapat merasai kasihnya, yang aku sendiri terkeliru, aku sedih. Kenapa? Kenapa baru sekarang?

Mungkin aku tidak patut menyalahkan dia. Dia insan yang aku hormat, jauh di sudut hati aku, dia antara insan yang aku sayangi. Jangan. Jangan salahkan dia.

Anggap ini ujian. Setiap kejayaan, hadirnya ujian sebagai penentu selayak manakah kau untuk mendakap bahagia. Senyum pada ujian, jangan ditangisi. Ucapkan syukur :)