Sunday 28 December 2014

In love & Obsesi

"In love" adalah satu perasaan yg susah nak 'describe'
Tapi yang pasti kita akan tersenyum saat kita bangun dari tidur
Tidur yang kadang lena dan kadang tak
Dan sebelum melelapkan mata kita turut tersenyum disebabkan satu perasaan yang 'undescribeable'

Saat ini kegemaran kita adalah tersenyum sepanjang masa
Saat ini juga kita seperti berada di awangan 
Tanpa sedar kita tidak merasa kewujudan insan di sekeliling kita
Percakapan mereka bagaikan angin lalu
Perbuatan mereka bagaikan eh-aku-tak-nak-ambil-tahu

Kelibat dia selalu ada di fikiran
Nama dia selalu menjadi sebutan di mulut dan juga hati
Selalu terlihat insan yang seakan menyerupai dia
Padahal kau tahu itu bukan dia
Kau tahu dia jauh

Kau mula ada 'instinct' berkenaan dia
Dia 'okay' atau tak kau boleh rasa
Kadang keberadaan dia pun kau boleh tahu
Hebat penangan "in love"

Kau juga sudah pandai menjadi 'informer'
Setiap apa yang kau buat atau rasa
Bagaikan menjadi sebuah kewajipan untuk dikongsi bersama
Setiap hari

Dia sakit, kau pun sakit sama
Dia bermasalah, kau pun turut merasa
Ada masa dia hilang, kau terus hilang arah
Semua tempat kau 'moody'
Kau tutup perasaan, tapi 'still' terbuka
Yang rapat mulai curiga ada sesuatu yang tak kena
Mereka pun bertanya apa yang tak kena
Kau jawab dengan sekuntum senyuman pahit
Berat rasa di dada, kau seorang yang rasa

Mendengar nama yang sama dengan dia cukup meruntuhkan jiwa
Kau tidak tahu ingin berbuat apa
Perasaan ini sememangnya datang tanpa diduga
Puas kau menidakkan, tapi hati tetap mengiyakan
Sakit menahan, sakit lagi jika diluah

Dia menjadi suatu obsesi buat kau
Semakin lama kau menjadi semakin lemah
Dek kerana perasaan yang disembunyikan
Perasaan yang dinafikan
Puas kau pesan diri sendiri untuk berhenti
Tapi perasaan itu makin juga mendesak

Akhirnya kau nekad untuk menjauhkan diri
Agar perasaan ini hilang sendiri
Tapi masih kau tak boleh tipu hati
Hati yang terlanjur sukakan dia

Hasrat untuk menjauhkan diri telah sampai ke pengetahuan dia
Bermacam alasan kau bagi
Tapi dia semakin memaksa
Akhirnya kau mengambil keputusan berterus-terang

Perbincangan berakhir
Dan kau masih nekad menjauhkan diri
Kerana obses ini semakin memburuk
Kau takut kau lupa Tuhan sebab dia
Dan kau takut kau belum bersedia
Kau lari, semua jenis komunikasi kau henti
Tapi masih gagal menipu hati sendiri
 



5 o'clock

Hai. Post ini ditaip melalui handphone saya. Dan saya sangatlah excited. 

Blogger.com ni ada apps kan? So, uninstall whatsapp utk jangka masa yg lama dan install apps ini so kita boleh share cerita hari-hari. Hm, siapa je yg baca? Haha.

Takpe, ini tempat persembunyian saya :) 

Mata panda, berhari-hari tak cukup tidur. Siapkan thesis. Serius seram. Seram.

Okay, bye. Happy sunday :)

Friday 26 December 2014

Random Post Lah!

Hai babe! I read your blog. And it was awesome, I like all your posts.
Ada satu ayat ni "jangan percaya orang yg baru kita kenal."
Yes, I agree that. Mama pun pernah cakap, sedangkan seorang ibu pun belum tentu "kenal" anak dia sendiri.
Kan?

Sebenarnya, banyak kerja ni. Kena settle kan thesis.
And all the variables are not significant. Stress gila rasa.
Otak denyut-denyut, serius ni!
Sebab tu kadang rasa macam "nak ber-blog kejaplah"
Kat sini tempat menyorok paling best, orang tak nampak tapi sebenarnya nampak.
Eh macam mana tu?

Sementara tu, mari sama-sama doakan saudara-saudara kita yg sedang menghadapi banjir.
Semoga Allah kuatkan hati mereka, semoga mereka redha.
Semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah, jauh dari bahaya.
Aku percaya doa itu ajaib, magic.
Setiap manusia, dugaan dia lain-lain, kan?
Keep strong. 

Hari ni, minda asyik berkata "take me as I am, or watch me as I go."
Selalu sangat diuji, diberi harapan, dimacam-macam lagilah.
Ya, mungkin mereka-mereka ni tak sengaja, saya maafkan.
Manusia mana yg tak buat kesilapan.
Oh no, ini bukan kisah sedih.

Sebab tu, sekarang memang suka menjauh, suka mengelak.
Kita tak tau niat orang, mungkin baik, mungkin jahat.
Kalau bukan kita yg nak jaga diri kita sendiri, siapa lagi?
Hati kita ni siapa nak jaga? Kita juga.
So, jagalah baik-baik.
Jangan bagi hati sakit.
Bila hati sakit, effect kat otak.
Bila sampai otak ni bahaya.
Sebab tu selagi boleh elak, kita elak.
Terutama perempuan.

Penatlah. I need rest.
Remember! Love yourself first before you love others.
Oh ya! You can call me Ayu because it is a new edition of me.
K gurau je. *sambung buat thesis*


Wednesday 24 December 2014

Senang Je?

Cakap senang
Tapi nak buat susah
Mudah je nampak
Sebenarnya tak
Kau apa tau?
Aku yang pijak
Kau cuma tengok
Tak rasa.


Tuesday 23 December 2014

Tweet Versi Blog

Perempuan, hati dia lembut
Sebab tu senang terluka
Lelaki pula, dia senang buang jauh perasaan dia
Mudah dia singkir perasaan yg dia rasa tak perlu.

Perempuan ni banyak fikir
Benda kecil pun dia boleh fikir dalam-dalam
Lelaki, selagi benda tu belum besar
Jangan harap diorang nak pandang pun.
Kan? (Based on my view only. Sorry)

Perempuan ni suka over
Mungkin kadang merimaskan lelaki
Tapi percayalah
"Over" ini yg kau cari nanti

Perempuan ni ada kuasa
Kuasa sixth sense
Instinct perempuan kuat
Bukan acah-acah 'care'

Perempuan ni lemah
Mudah jatuh dalam perangkap
Mudah lalai dalam perkataan manis
Mudah leka dengan perasaan

Sebab twitter punya words tak cukup untuk semua ini.
Sebab nak lari dari thesis kejap.
Sebab saja nak merepek dalam ni.
Sebab perasaan aku koyak.
Sebab terlalu banyak sebab.
Sebab tengah dengar "The Heart Wants What It Wants"

Memori 2014

Yesterday, or should I call it tonight. 
Because it is twenty two, on the way to twenty three of December.
If you know what I mean. Eheh.

Where should I start it?
Okay..
I have feelings to this one guy.
Which I think I shouldn't have this kind of feeling.
And I made up my mind that I should stay away from him.

Before that, he asked me why this and that.
So, I have told him what I suppose to tell.
I chose for being honest about my feeling.
Then, he can accept with his open heart and mind.
Eh, alih bahasalah senang.

Dia serupa macam aku, ada perasaan suka.
Tapi, dia belum bersedia.
Sebab bagi dia, perasaan itu adalah sebuah tanggungjawab.
Tanggungjawab untuk bernikah.
Aku hormat pendirian dia.
Aku juga tidak berharap yg terlalu tinggi.
Niat aku memang ingin menjauhkan diri.
Sebab aku dapat rasa perasaan ini terlebih dari yg sepatutnya.
Aku semacam obses dengan dia.
Memang tidak patut.
Sebelum aku jauh tersasar dari landasan yg benar, lebih baik elak.
Aku pegang prinsip; selagi boleh elak, kita elak.

Dalam hal macam ni, kita perlu matang.
Aku tersenyum sendiri bila terasa diri sudah semakin matang.
Ya, belum matang sepenuhnya.
Tapi aku belajar yg redha itu perlu.
Aku redha Allah hantarkan perasaan ini pada aku.
Dan aku bersyukur, perasaan ini jatuh pada insan seperti dia.
Yang tanpa sedar sebenarnya dia menarik aku dari perkara yg sia-sia.

Aku hormat dia, aku hormat cara dia.
Mungkin sebab itu hati ini terlalu lemah hingga jatuh tanpa sedar.
Mujur, masih terlalu awal.
Sempat untuk berpatah balik.
Aku tidak minta untuk sesiapapun faham situasi ini.
Aku yg jalani, maka aku jualah yg lebih memahami.


#PieceOfWork



Saturday 7 June 2014

Another Confession

Ke hadapan encik...

Wherever you're, take care.

I admit I started have feeling towards you,
But, I am not sure if it is for real or not,
I don't want to be hurt, anymore,
And I don't want to hurt you.

But, the way you treat me, like this, from the past 3 days,
It make me feel something had missing,
My level of stress had increase.

You know what, if something or someone can affects my whole day,
That something or someone has place in my life,
Now, I realized, but still I am not sure with it.

It's okay, I'm not blaming you,
Just be careful wherever you are,
Take care of yourself,
Sorry and thanks.

 

Friday 6 June 2014

Tak stress pun

Assalamualaikum.

Tak stress lah. Mana ada stress. Takpun.

Sebenarnya............... Kerja banyak, berlambak. Sampai rasa nak nangis. Ada tu sampai rasa nak buat balik sebab rasa macam tak perform sangat T___T

Ada masa-masanya rasa macam nak stop, sebab penat. Memang penat. Sem last punya aura ni pelik sikit. Homesick teruk tahap teruk sangat-sangat teruk lapan kuasa lapan. Haaaa.. Malas tahap tak sanggup berpisah dengan scandal-scandal (bantal, selimut dan tilam serta katil). Mengantuk tu jangan cakaplah, macam tiap masa mengantuk. Memang aura negatif je semua.

Dahlah memang jenis tak boleh tertekan sikit, nanti mulalah fikiran melayang tah ke mana, overthinking, cakap pun main cakap je, tak fikir dulu. Jasad je kat sini, fikiran tempat lain. Tapi still, mandi basah, makan terlebih kenyang cuma tidur jelah tak lena. Kih.

Time busy busy macam ni, memang susahlah nak jaga hati orang kan, sebab hati sendiri pun kita tak terjaga. Saya ni memang spesis kejam sikit. Tapi kadang-kadang je (kot), bukan selalu. Sampai adalah juga yang merajuk. Dahlah spesis kejam tak reti pujuk pula tu, memang parah sangat. Tapi... tulah.. Kerja banyak, malas pun banyak. Gane ni?

Yesza, alang-alang dah menaip kat sini, nak catatkan jugalah detik indah seminggu lepas. Cerita dia macam ni... Mengantuk.. Takpelah, nanti sambung.


Friday 30 May 2014

Soalan

Assalamualaikum. Hai. Hello.

Soalan je kali ni..

Antara orang yang kau sayang dan orang yang sayang kau, mana satu kau pilih?


Wednesday 28 May 2014

Pengakhiran dan Permulaan

Assalamualaikum. Hai. Hello.

Awkward lama tak publish apa apa kat sini setelah sekian lama. 

Adik selalu tanya kenapa tak main blog dah. Okey fine lah kan, NAH ambil ni!

Memandangkan ini tempat luahan cerita atau kisah aku, aku rasa tak salah berkongsi kat sini, kan? I have the right. Ecewah.

Mungkin post kali ni macam post ala-ala artis gitu. Haha..

Tak naklah, macam tak best je..

Mari kupas pengakhiran itu apa sebenarnya. Pengakhiran di sini membawa kepada pengakhiran hubungan aku dengan seorang manusia ini (of course lah manusia). Dan permulaan itu membawa maksud bermulanya kembali hidup tanpa adanya dia. Haa, senang je nak faham. 

Janganlah ungkit salah siapa, punca apa, kenapa, bila, di mana, bagaimana, cara-cara semua. Please no. Haha. Because I will not mention about it. Biarlah rahsia, haa gitu. Kalau nak tau juga, tanya orang terdekat dengan aku, kalau mereka rajinlah nak bercerita. Kehkeh.

Okey, mula-mula memang susahlah nak terima, tapi lama-lama insyaAllah everything will be fine. Normallah, mula-mula tak biasa macam "eh, mana dia ni tak contact aku? Oh okey, dah takde apa-apa." Alaaa normallah. Tapi sedihlah, siapa tak sedih tu memang tak normal. Hihi.

Lagi, mesti akan teringat tarikh penting, macam anniversary ke, birthday dia ke.. Mesti punya. Tempat-tempat yang selalu atau pernah pergi. Confirm teringat dan akan terberhenti kejap jantung tu (overnya). TAPI, hati kita, kita kena pandai kawal. Jangan jadi macam cerita sinetron, yang baik ambil pengajaran, yang tak masuk akal, kita gelakkan. Okey tak. Hehe..

Lagi, bila barang-barang dia ada lagi depan mata, mula-mula memang sakitnya rasa ternampak barang yang pernah dia bagi. Tapi lepas tu, eh dah okey dah. Maksudnya dah boleh terima kenyataanlah tu. 

Boleh lagi ke berkawan lepas ni? Eh, siapa cakap tak boleh. Boleh je, asalkan tak simpan dendam. Bahagiamu, bahagiaku jua. Kalau dia yang salah, maafkan, kalau kita yang salah, kita minta maaf. Memanglah macam susah sikit, tapi cuba, mesti boleh. Once kita dah maafkan, hati kita automatik akan rasa tenang je macam happy, dah boleh terima kenyataan. Memanglah tak semudah tu nak lupa, yang penting dah minta maaf dan memaafkan. Manusia mana yang tak buat silap, pacak dalam fikiran ayat ni. Dan lagi satu, sedangkan Nabi memaafkan orang yang buat jahat pada Baginda, kenapa tidak kita? 

Okey, macam pakar motivasi dah ni, tapi diri sendirilah pakar motivasi terbaik untuk diri sendiri. Haa.. Tak faham? Takpe, tak payah faham. Hee :p



Tuesday 4 March 2014

Sakit Rumah

Hai..

Seperti selalu, bila emosi tak stabil, ya di sinilah penamatnya. I just can't handle my feelings by myself, I need a space to express it. And there you go, here is it.

Selalu, lepas solat, kebiasaannya, tak tau kenapa, his face will appeared in my mind. Yes, my father. I don't know, kind of missing him. Or maybe, aku banyak dosa dengan dia. Yup..

Right now, I cry by myself. Bukan bermaksud aku tak rindu mama aku, bukan juga bermaksud aku tak banyak dosa dengan mama aku, bukan. Mama itu nyawa aku, tau kan?

Tahlah, mungkin aku rindu rumah. I meant homesick. Ya, sakit rumah -.-

I miss everyone. Semua orang, aku rindu T__T

Ke hadapan semua orang, aku rindu sangat-sangat. Boleh tak semua orang pindah sebelah rumah sewa aku kat Dungun ni, please T___T

I miss you, all of you :'(

Tuesday 25 February 2014

Ini Cerita Aku

Ada orang, baru grad, terus tunang. 
Ada orang, masih belajar lagi dah jadi isteri orang.
Ada orang, masih belajar dah ada anak sorang dua.
Aku orang yang masih belum tergolong dalam kumpulan di atas :)

Kalau dulu, aku ingin bernikah awal.
Kalau dulu, aku ingin belajar sambil ditemani suami.
Kalau dulu, aku ingin punya baby usia macam ni.
Tapi sekarang, tak naklah. Takut.

Sekarang dengan dulu banyak beza.
Dulu tak matang.
Sekarang matang sikit (lah).
Kalau aku tersasar tolong nasihat.

Fikiran sekarang pasal belajar.
Fikiran sekarang pasal masa depan.
Habiskan belajar dan kerja.
Bagi senang ibu bapa.

Bagi aku masa untuk tenang.
Bagi aku masa fikir pasal berpasangan.
Aku baru mengalami detik menghampakan.
Biar hati tenang setenangnya, baru fikir dalam sedalamnya.

Hati minta jangan tanya pasal dia.
Biar masa yg tentukan semua.
Bak kata omputeh Just go with the flow.
Jadi apa kata kita follow dengan tenang.

Bibir, aku minta kau terus tersenyum.
Minda, aku minta kau jangan fikir yang bukan-bukan.
Hati, elakkan berduka.
Agar aku terus hidup dengan gembira. 

Sekian cerita.


Sunday 16 February 2014

Kasih yang tak Tergapai

Penat kejar,
Penat tarik perhatian,
Aku disisih,
Bagai tiada kepentingan.

Aku sayang,
Aku kasih,
Aku cinta,
Lebih dari nyawa sendiri.

Kau duniaku,
Hilang kau aku mati,
Tolong aku,
Jangan pergi.

Saturday 15 February 2014

Hasil Tadahan Air

Hai, its almost 4 am. Still awake. Buat apa? Okey, aku tadah air tadi, pukul berapa tah tadi baru ada air balik, dahlah kecik cenonet je, kenalah tunggu dengan muka bosan iolls ni. Haha, taklah, tipu je. Aku suka tunggu besen tu penuh lama-lama. Serius :)

Hm, macam perli je -.-
Abaikan, please >_<

Dalam pukul 1.30 macam tu kot tadi baru ada air balik, time tulah terdengar jiran tetangga mandi gebush gebush bunyi dia. Seronoklah kan dah ada air, dah boleh mandi. Aku sengih sorang-sorang sebab aku dah mandi petang tadi. Pastu macam tersedarlah, berlagaknya haii aku ni.. (pasal mandi je pun -.-)
Aku dengan tergesa-gesanya basuh pinggan mangkuk apa semua sambil berulangkali tengok jam. Dalam hati, "eleh, macam tak biasa tidur lewat." Tapi still rasa macam aku kena tidur awal, tapi.. airrr.. Okey fine, aku mengalahlah.. Kali ni je..

Dah kenapa laptop ni pasang lagu jiwang. Haiyoh -_-

Petang tadi pun ada jugak main tadah-tadah air ni (konon rajin), time tulah aku terfikir sejenak, betapa berharganya setitik air. Amboiii.. Tapi betul ni, tak tipu. Aku kan suka cakap sorang-sorang, suka bermonolog dalaman, suka tersengih sorang-sorang, semua aku suka. Hahaha.

Aduhai..

Hari ni jugak (14 Feb) mood aku berubah-ubah. Ada banyak sebab.. sebab result exam, sebab rahsia dan sebab rahsia. Haa tulah antara sebab-sebabnya. Aku tak kuatlah nak hadap sorang-sorang, siapa nak teman? Hee..

Pasal result tu, aku boleh terima, rezeki masing-masing Allah dah tetapkan. Tanya balik kat diri sendiri "kenapa nak sedih? kenapa tak nak bersyukur?" Pasal rahsia tu, macam aku cakap tadi, aku tak kuat nak tempuh sorang-sorang, tapi aku tau aku kuat sebenarnya (saja buat readers keliru). Okey, yang last tu pula, aku rasa aku suka tapi aku tak suka. Keliru tak? Haha :p

Maaflah, masuk air sikit sebab baru habis tadah air kan (tiada kaitan).

Sampai sini dululah, sorry kalau banyak merepek. Dah lama tak merepek, selalu merepek depan Nani je. Nani jauh. Sobs :'(

Sabah sekarang ada tempat yang banjir teruk. Tempat aku membesar dulu pun kena, minta tolong jasa baik doakan family kat sana. Risau.

So, terima kasih kepada readers tetap dan tak tetap. I love you :)
Peneman 



Monday 10 February 2014

No Title

Hello :D

Sekarang kawasan aku (ceh, macam gangster), tengah mengalami masalah ketiadaan air. Lama dah, beberapa hari dah berlalu, sampai sekarang masih takde air. Tapi, alhamdulillah takdelah sampai takde air langsung. Kalau nak mandi ke apa, kenalah angkat air dari depan, bawak masuk dalam rumah.

Eee, tak tau kenapa rasa awkward cerita dalam ni, padahal pagi tadi okey je.. Why oh why?! -__-

Masa takde air, okeylah kot. Aku takdelah bising sangat, macam "bilalah air nak ada balik ni?" (padahal bising jugak sebenarnya). Time macam ni mengingatkan aku zaman-zaman time aku comel dulu (maksudnya masa kecik :p), time tu sumber air adalah perigi dan air hujan. Ini fakta. Okey, tak nak cerita pasal tu, nanti emo 
-____-

Allah SWT uji penduduk di beberapa kawasan di Selangor dengan nikmat air. Haa, nikmat panas pun sama, beberapa hari ni panas dia lain macam. Allah SWT baru uji sikit ni, lek lek (relax relax). 

Cuba bayangkan tempat yg memang takde air langsung. Macam manalah agaknya mereka hidup, kan? Nak makan, minum, mandi, semua payah. 

Sebenarnyakan, aku tak tau apa lagi aku nak merepek dalam ni. Tadi ada tau idea tu, nak menulis apa, tapi dah hilang T____T

Jadi, majulah Selangor dengan sumber air. Okey bye :/



Sudahlah.

Assalamualaikum. Selamat pagi :)
Lama dah tak conteng-conteng kat sini. Rindu, ghindu, windu :D

Kali ni nak share story, bukan niat nak aibkan sesiapa, takde. Jangan buruk sangka. Cuma nak share pengalaman. Pengalaman apa tu? Haaa..

Semua ada kisah masing-masing, kan? Aku tak tau aku nak mula macam mana sebenarnya. Malam tadi aku dah lepas semua kat mama, dan mama bagi pendapat yang berbunyi, "kalau dengan dia buat Ayang rasa tenang, bahagia, teruskanlah. Kalau bila dengan dia, makan hati, mengalah je yang banyak, baik berundur. Tapi, dalam hubungan, jangan dengar cakap siapa-siapa, Ayang lebih kenal dia." My tears burst out. 

Satu kelegaan bila berkongsi apa yang terpendam di hati dengan insan yang sememangnya di dunia ini, dialah satu-satunya yang menyayangi dan mengasihi kita lebih dari nyawanya sendiri. Aku tau jauh di lubuk hatinya tersimpan risau untuk aku. Maafkanlah anakmu ini yang sedang meniti zaman kedewasaan. 

I know my heart can't bear it anymore, when my friend asked me about him. Automatically, my tears drop. Argh tunggang langgang english aku (ada muet ni minggu depan). Tak guna aku berpura-pura happy bila orang tanya pasal dia, aku rebah. Aku menangis semahunya, tapi bila difikir balik, apa guna bazir airmata. Baik aku curah airmata dengan bersujud pada yang Esa. Rugi dah situ, kan?

YA, hidup memang ada pasang surut, kadang gembira, kadang sedih, kejap kat atas, kejap kat bawah. Tinggal kita je lagi nak usaha macam mana. Cumanya, pendapat akulahkan, kalau sesuatu perkara itu membuatkan hati kau sakit, kenapa tunggu? Baik pergi. Kenapa nak sakiti hati sendiri? Kita punya hati satu je, kalau hati tu selalu sakit, tak boleh ganti dengan hati lain, mana-mana kedai pun memang takde jual hati. Takde. Okey, dah merepek -.-

Buat masa sekarang, aku okeylah, dah boleh senyum balik. Menangis tu buat aku kuat, buat aku boleh berfikir rasional. Semua ada hikmah, kan? Kenapa nak bersedih, banyak lagi sebab untuk buat kita tersenyum bahagia. Jangan bertahan, kalau tak boleh. Jangan paksa, kalau tak sanggup. It's your life, babe. Live your life happily. I have my family, I have my friends, I have you (the readers). What else? Hmm.. I have everything, you know. Semua berharga, lagi-lagi diri sendiri. Cewahh

Hey, I'm 22 this year. I can't believe it. Lepas tu, 23, 24... Oh emgee.. Patut makin meningkat dugaan. Semakin meningkat usia, semakin banyak dugaan hidup. Hypothesis accepted or not? Haha, gurau je. Ujian itu tanda Allah SWT sayang, kan? Jadi senyumlah, Allah SWT masih sayang. Syukur alhamdulillah :) Ada lagi yang berat ujiannya, aku yang ujian cuma cenonet macam ni, dah sedih tahap apa. Sila malu, diri sendiri!

Rasanya sampai sini dulu. Buang yang keruh ambil yang jernih :)

Terima kasih kepada yang sentiasa support saya, I love you all to the moon and back :)