Tuesday 25 February 2014

Ini Cerita Aku

Ada orang, baru grad, terus tunang. 
Ada orang, masih belajar lagi dah jadi isteri orang.
Ada orang, masih belajar dah ada anak sorang dua.
Aku orang yang masih belum tergolong dalam kumpulan di atas :)

Kalau dulu, aku ingin bernikah awal.
Kalau dulu, aku ingin belajar sambil ditemani suami.
Kalau dulu, aku ingin punya baby usia macam ni.
Tapi sekarang, tak naklah. Takut.

Sekarang dengan dulu banyak beza.
Dulu tak matang.
Sekarang matang sikit (lah).
Kalau aku tersasar tolong nasihat.

Fikiran sekarang pasal belajar.
Fikiran sekarang pasal masa depan.
Habiskan belajar dan kerja.
Bagi senang ibu bapa.

Bagi aku masa untuk tenang.
Bagi aku masa fikir pasal berpasangan.
Aku baru mengalami detik menghampakan.
Biar hati tenang setenangnya, baru fikir dalam sedalamnya.

Hati minta jangan tanya pasal dia.
Biar masa yg tentukan semua.
Bak kata omputeh Just go with the flow.
Jadi apa kata kita follow dengan tenang.

Bibir, aku minta kau terus tersenyum.
Minda, aku minta kau jangan fikir yang bukan-bukan.
Hati, elakkan berduka.
Agar aku terus hidup dengan gembira. 

Sekian cerita.


Sunday 16 February 2014

Kasih yang tak Tergapai

Penat kejar,
Penat tarik perhatian,
Aku disisih,
Bagai tiada kepentingan.

Aku sayang,
Aku kasih,
Aku cinta,
Lebih dari nyawa sendiri.

Kau duniaku,
Hilang kau aku mati,
Tolong aku,
Jangan pergi.

Saturday 15 February 2014

Hasil Tadahan Air

Hai, its almost 4 am. Still awake. Buat apa? Okey, aku tadah air tadi, pukul berapa tah tadi baru ada air balik, dahlah kecik cenonet je, kenalah tunggu dengan muka bosan iolls ni. Haha, taklah, tipu je. Aku suka tunggu besen tu penuh lama-lama. Serius :)

Hm, macam perli je -.-
Abaikan, please >_<

Dalam pukul 1.30 macam tu kot tadi baru ada air balik, time tulah terdengar jiran tetangga mandi gebush gebush bunyi dia. Seronoklah kan dah ada air, dah boleh mandi. Aku sengih sorang-sorang sebab aku dah mandi petang tadi. Pastu macam tersedarlah, berlagaknya haii aku ni.. (pasal mandi je pun -.-)
Aku dengan tergesa-gesanya basuh pinggan mangkuk apa semua sambil berulangkali tengok jam. Dalam hati, "eleh, macam tak biasa tidur lewat." Tapi still rasa macam aku kena tidur awal, tapi.. airrr.. Okey fine, aku mengalahlah.. Kali ni je..

Dah kenapa laptop ni pasang lagu jiwang. Haiyoh -_-

Petang tadi pun ada jugak main tadah-tadah air ni (konon rajin), time tulah aku terfikir sejenak, betapa berharganya setitik air. Amboiii.. Tapi betul ni, tak tipu. Aku kan suka cakap sorang-sorang, suka bermonolog dalaman, suka tersengih sorang-sorang, semua aku suka. Hahaha.

Aduhai..

Hari ni jugak (14 Feb) mood aku berubah-ubah. Ada banyak sebab.. sebab result exam, sebab rahsia dan sebab rahsia. Haa tulah antara sebab-sebabnya. Aku tak kuatlah nak hadap sorang-sorang, siapa nak teman? Hee..

Pasal result tu, aku boleh terima, rezeki masing-masing Allah dah tetapkan. Tanya balik kat diri sendiri "kenapa nak sedih? kenapa tak nak bersyukur?" Pasal rahsia tu, macam aku cakap tadi, aku tak kuat nak tempuh sorang-sorang, tapi aku tau aku kuat sebenarnya (saja buat readers keliru). Okey, yang last tu pula, aku rasa aku suka tapi aku tak suka. Keliru tak? Haha :p

Maaflah, masuk air sikit sebab baru habis tadah air kan (tiada kaitan).

Sampai sini dululah, sorry kalau banyak merepek. Dah lama tak merepek, selalu merepek depan Nani je. Nani jauh. Sobs :'(

Sabah sekarang ada tempat yang banjir teruk. Tempat aku membesar dulu pun kena, minta tolong jasa baik doakan family kat sana. Risau.

So, terima kasih kepada readers tetap dan tak tetap. I love you :)
Peneman 



Monday 10 February 2014

No Title

Hello :D

Sekarang kawasan aku (ceh, macam gangster), tengah mengalami masalah ketiadaan air. Lama dah, beberapa hari dah berlalu, sampai sekarang masih takde air. Tapi, alhamdulillah takdelah sampai takde air langsung. Kalau nak mandi ke apa, kenalah angkat air dari depan, bawak masuk dalam rumah.

Eee, tak tau kenapa rasa awkward cerita dalam ni, padahal pagi tadi okey je.. Why oh why?! -__-

Masa takde air, okeylah kot. Aku takdelah bising sangat, macam "bilalah air nak ada balik ni?" (padahal bising jugak sebenarnya). Time macam ni mengingatkan aku zaman-zaman time aku comel dulu (maksudnya masa kecik :p), time tu sumber air adalah perigi dan air hujan. Ini fakta. Okey, tak nak cerita pasal tu, nanti emo 
-____-

Allah SWT uji penduduk di beberapa kawasan di Selangor dengan nikmat air. Haa, nikmat panas pun sama, beberapa hari ni panas dia lain macam. Allah SWT baru uji sikit ni, lek lek (relax relax). 

Cuba bayangkan tempat yg memang takde air langsung. Macam manalah agaknya mereka hidup, kan? Nak makan, minum, mandi, semua payah. 

Sebenarnyakan, aku tak tau apa lagi aku nak merepek dalam ni. Tadi ada tau idea tu, nak menulis apa, tapi dah hilang T____T

Jadi, majulah Selangor dengan sumber air. Okey bye :/



Sudahlah.

Assalamualaikum. Selamat pagi :)
Lama dah tak conteng-conteng kat sini. Rindu, ghindu, windu :D

Kali ni nak share story, bukan niat nak aibkan sesiapa, takde. Jangan buruk sangka. Cuma nak share pengalaman. Pengalaman apa tu? Haaa..

Semua ada kisah masing-masing, kan? Aku tak tau aku nak mula macam mana sebenarnya. Malam tadi aku dah lepas semua kat mama, dan mama bagi pendapat yang berbunyi, "kalau dengan dia buat Ayang rasa tenang, bahagia, teruskanlah. Kalau bila dengan dia, makan hati, mengalah je yang banyak, baik berundur. Tapi, dalam hubungan, jangan dengar cakap siapa-siapa, Ayang lebih kenal dia." My tears burst out. 

Satu kelegaan bila berkongsi apa yang terpendam di hati dengan insan yang sememangnya di dunia ini, dialah satu-satunya yang menyayangi dan mengasihi kita lebih dari nyawanya sendiri. Aku tau jauh di lubuk hatinya tersimpan risau untuk aku. Maafkanlah anakmu ini yang sedang meniti zaman kedewasaan. 

I know my heart can't bear it anymore, when my friend asked me about him. Automatically, my tears drop. Argh tunggang langgang english aku (ada muet ni minggu depan). Tak guna aku berpura-pura happy bila orang tanya pasal dia, aku rebah. Aku menangis semahunya, tapi bila difikir balik, apa guna bazir airmata. Baik aku curah airmata dengan bersujud pada yang Esa. Rugi dah situ, kan?

YA, hidup memang ada pasang surut, kadang gembira, kadang sedih, kejap kat atas, kejap kat bawah. Tinggal kita je lagi nak usaha macam mana. Cumanya, pendapat akulahkan, kalau sesuatu perkara itu membuatkan hati kau sakit, kenapa tunggu? Baik pergi. Kenapa nak sakiti hati sendiri? Kita punya hati satu je, kalau hati tu selalu sakit, tak boleh ganti dengan hati lain, mana-mana kedai pun memang takde jual hati. Takde. Okey, dah merepek -.-

Buat masa sekarang, aku okeylah, dah boleh senyum balik. Menangis tu buat aku kuat, buat aku boleh berfikir rasional. Semua ada hikmah, kan? Kenapa nak bersedih, banyak lagi sebab untuk buat kita tersenyum bahagia. Jangan bertahan, kalau tak boleh. Jangan paksa, kalau tak sanggup. It's your life, babe. Live your life happily. I have my family, I have my friends, I have you (the readers). What else? Hmm.. I have everything, you know. Semua berharga, lagi-lagi diri sendiri. Cewahh

Hey, I'm 22 this year. I can't believe it. Lepas tu, 23, 24... Oh emgee.. Patut makin meningkat dugaan. Semakin meningkat usia, semakin banyak dugaan hidup. Hypothesis accepted or not? Haha, gurau je. Ujian itu tanda Allah SWT sayang, kan? Jadi senyumlah, Allah SWT masih sayang. Syukur alhamdulillah :) Ada lagi yang berat ujiannya, aku yang ujian cuma cenonet macam ni, dah sedih tahap apa. Sila malu, diri sendiri!

Rasanya sampai sini dulu. Buang yang keruh ambil yang jernih :)

Terima kasih kepada yang sentiasa support saya, I love you all to the moon and back :)