Sunday 6 September 2015

Kahwin?

Hai. Lagi sekali.

Hm kahwin?

Entah. Bila topik kahwin ni keluar aku speechless. Tak rasa apa.

Aku ada negative thoughts pasal kahwin.
Mungkin sebab sekeliling aku kebanyakannya marriage life failed. Aku jadi takut. Banyak contoh tak baik depan mata, sejak kecil. So, what I supposed to think? Of course lah aku jadi takut.

Tapi takut juga, macam mana kalau yang kita tolak tu, sebenarnya jodoh dari Tuhan? Macam mana kalau sebenarnya tak baik asyik tolak jodoh? What I supposed to do now?

For me, kahwin ni sebuah tanggungjawab yang besar. Bukan setakat nak halalkan apa yang haram. Boleh tak kau ada komitmen untuk aku? Untuk mak ayah aku? Untuk adik-adik aku terutamanya. Adik-adik aku tanggungjawab aku. Memang, aku cuma kakak, tapi keluarga aku bukan keluarga senang. Sebab tu aku tak boleh selfish. Tanggungjawab aku berat. Boleh tak terima?

This is serious matter, you know. Kita kahwin nak kekal sampai bila-bila, kalau boleh sampai syurga. Bukan macam main pondok-pondok tu, kejap-kejap je.

Boleh tak layan emosi aku? Boleh tak faham aku? Jaga hati aku? Hormat aku? Bimbing aku? Terima kelemahan aku? Sayang aku? Boleh tolak ansur tak?
Bukan senang tau hidup berdua. Bukan senang apa-apa yang berkait dengan hati dan perasaan. Complicated. Kau boleh tak hadapi 'complicated' itu bersama aku?

*Dah lama simpan dlm draft*

Saturday 5 September 2015

THANKS

Hai. Lagi sekali.

Beberapa minggu ni rasa down sangat sebenarnya.
Pasal macam-macam.

Mostly soal hati.

Aku tak tau siapa je yang baca blog ni.
Dan aku tak tau apa korang fikir pasal aku.
Mungkin ada antara korang, kawan-kawan aku, kan?
Aku ni jenis nak luah, tak tau nak luah macam mana.
Sebab tu bila ada masalah, aku diam je, aku simpan je, sorang-sorang.
Sorry okay kawan.

Aku jenis tak suka kacau orang sebab aku tak suka orang kacau aku.
Aku jenis buat hal sendiri sebab aku tak suka orang sibuk hal aku.
Aku jenis pendiam, bercakap hal yang perlu je.
Jadi, aku tak nampak apa relevannya ada juga yang suka kacau tepi kain aku.

Apa perasaan bila kawan-kawan boleh sangka buruk pasal kau?
Rasa teruk, kan?
Takpelah, aku ambil positif je.
Setiap orang ada bahagian masing-masing.
Selagi kau hidup, orang akan sentiasa menyibuk hal kau.
Padahal masa kau susah, bukan dorang tolong pun.
Makan ke tak ke, mana dorang kisah.
Dorang kisah hal tepi kain kau je.

Seriously, aku depressed pasal ni.
Sorry. Aku terasa. Tapi takpelah. Mungkin korang ambil berat, kan?
Thanks sebab ambil berat.





September 5, 2015

Hai. Sekian lama menyepi.
Buat apa tu? Sedang berduka atau bahagia?

Saya? Macam biasa. Tak berduka sangat, tapi taklah bahagia sangat. Sedang-sedang je.

Oh ya, semalam tengok Amazing Spiderman 2. Tau lambat tengok, fine. HAHA.
Bukan apa tau, sebab Amazing Spiderman yang first tu pernah tengok dengan boyfriend tak jadi, time birthday pulak tu. Haa, boyfriend tak jadi? Alaa..boyfriend tak jadi ni macam, hampir-hampir jadi boyfriend tapi mula-mula dah rasa tak serasi, so kitaorang give up on each other, so itulah dia definisi boyfriend tak jadi. HAHA. Okay tutup kisah pasal dia. TUTUP.

Tu pasal semalam, hari ni saya tengok Cinta Paling Agung (CPA). Tak pernah-pernah tengok cerita macam ni sebab tak suka sedih-sedih. Okaylah, banyak pengajaran. Tapi serius masih terkesan dengan cerita spiderman sebab Gwen Stacy mati. Haih kenapalah dia kena mati?

Se dua tiga empat lima menjak ni kan, entahlah. Nantilah sambung. Ada orang kacau mood saya. Bye.