Monday, 10 February 2014

No Title

Hello :D

Sekarang kawasan aku (ceh, macam gangster), tengah mengalami masalah ketiadaan air. Lama dah, beberapa hari dah berlalu, sampai sekarang masih takde air. Tapi, alhamdulillah takdelah sampai takde air langsung. Kalau nak mandi ke apa, kenalah angkat air dari depan, bawak masuk dalam rumah.

Eee, tak tau kenapa rasa awkward cerita dalam ni, padahal pagi tadi okey je.. Why oh why?! -__-

Masa takde air, okeylah kot. Aku takdelah bising sangat, macam "bilalah air nak ada balik ni?" (padahal bising jugak sebenarnya). Time macam ni mengingatkan aku zaman-zaman time aku comel dulu (maksudnya masa kecik :p), time tu sumber air adalah perigi dan air hujan. Ini fakta. Okey, tak nak cerita pasal tu, nanti emo 
-____-

Allah SWT uji penduduk di beberapa kawasan di Selangor dengan nikmat air. Haa, nikmat panas pun sama, beberapa hari ni panas dia lain macam. Allah SWT baru uji sikit ni, lek lek (relax relax). 

Cuba bayangkan tempat yg memang takde air langsung. Macam manalah agaknya mereka hidup, kan? Nak makan, minum, mandi, semua payah. 

Sebenarnyakan, aku tak tau apa lagi aku nak merepek dalam ni. Tadi ada tau idea tu, nak menulis apa, tapi dah hilang T____T

Jadi, majulah Selangor dengan sumber air. Okey bye :/



Sudahlah.

Assalamualaikum. Selamat pagi :)
Lama dah tak conteng-conteng kat sini. Rindu, ghindu, windu :D

Kali ni nak share story, bukan niat nak aibkan sesiapa, takde. Jangan buruk sangka. Cuma nak share pengalaman. Pengalaman apa tu? Haaa..

Semua ada kisah masing-masing, kan? Aku tak tau aku nak mula macam mana sebenarnya. Malam tadi aku dah lepas semua kat mama, dan mama bagi pendapat yang berbunyi, "kalau dengan dia buat Ayang rasa tenang, bahagia, teruskanlah. Kalau bila dengan dia, makan hati, mengalah je yang banyak, baik berundur. Tapi, dalam hubungan, jangan dengar cakap siapa-siapa, Ayang lebih kenal dia." My tears burst out. 

Satu kelegaan bila berkongsi apa yang terpendam di hati dengan insan yang sememangnya di dunia ini, dialah satu-satunya yang menyayangi dan mengasihi kita lebih dari nyawanya sendiri. Aku tau jauh di lubuk hatinya tersimpan risau untuk aku. Maafkanlah anakmu ini yang sedang meniti zaman kedewasaan. 

I know my heart can't bear it anymore, when my friend asked me about him. Automatically, my tears drop. Argh tunggang langgang english aku (ada muet ni minggu depan). Tak guna aku berpura-pura happy bila orang tanya pasal dia, aku rebah. Aku menangis semahunya, tapi bila difikir balik, apa guna bazir airmata. Baik aku curah airmata dengan bersujud pada yang Esa. Rugi dah situ, kan?

YA, hidup memang ada pasang surut, kadang gembira, kadang sedih, kejap kat atas, kejap kat bawah. Tinggal kita je lagi nak usaha macam mana. Cumanya, pendapat akulahkan, kalau sesuatu perkara itu membuatkan hati kau sakit, kenapa tunggu? Baik pergi. Kenapa nak sakiti hati sendiri? Kita punya hati satu je, kalau hati tu selalu sakit, tak boleh ganti dengan hati lain, mana-mana kedai pun memang takde jual hati. Takde. Okey, dah merepek -.-

Buat masa sekarang, aku okeylah, dah boleh senyum balik. Menangis tu buat aku kuat, buat aku boleh berfikir rasional. Semua ada hikmah, kan? Kenapa nak bersedih, banyak lagi sebab untuk buat kita tersenyum bahagia. Jangan bertahan, kalau tak boleh. Jangan paksa, kalau tak sanggup. It's your life, babe. Live your life happily. I have my family, I have my friends, I have you (the readers). What else? Hmm.. I have everything, you know. Semua berharga, lagi-lagi diri sendiri. Cewahh

Hey, I'm 22 this year. I can't believe it. Lepas tu, 23, 24... Oh emgee.. Patut makin meningkat dugaan. Semakin meningkat usia, semakin banyak dugaan hidup. Hypothesis accepted or not? Haha, gurau je. Ujian itu tanda Allah SWT sayang, kan? Jadi senyumlah, Allah SWT masih sayang. Syukur alhamdulillah :) Ada lagi yang berat ujiannya, aku yang ujian cuma cenonet macam ni, dah sedih tahap apa. Sila malu, diri sendiri!

Rasanya sampai sini dulu. Buang yang keruh ambil yang jernih :)

Terima kasih kepada yang sentiasa support saya, I love you all to the moon and back :)


 


Thursday, 12 December 2013

Senyap

Senyap semua! Meh dengar kakak nak cerita..

Cerita dia macam ni, okey kalau kau nak senyap, aku fahamlah kau nak bagi masa untuk kau cool down ke, bagi aku cool down ke, tahlah tak faham. Lantak kaulah sana kan? Hmm..

Tapi beragaklah kalau nak senyap sampai sebulan, tu bukan senyap, tu bisu. Gah, penat kakak nak taip ni, hati membara je ni. Sabar sabar..

Cerita dia macam ni, kalau kau boleh buat, kenapa aku tak boleh kan? Betul tak? Bukankah itu yang telah disemat dalam jiwa sejak kita kecil lagi? Dengan slogan Malaysia boleh, terbitlah slogan baru kau boleh, aku boleh, semua orang boleh! Yeahh!

Hm tolonglah baca entry ini dengan bersemangat waja, sebab aku taip dengan penuh semangat. Hiks. Okey, satu pesanan sebelum tidur, jangan biarkan cinta manusia melebihi cinta Allah SWT. Good night.

Thursday, 5 December 2013

My Man

Assalamualaikum. Hai.. Hello.. Rasa kekok dah lama tak bercerita dalam ni. Hey yo semua! Senyum sikit :)

Today, here, right now, I wanna share something about someone who is one of important person in my life, my man. He is my father, whatever you call your father is; daddy, abah, ayah, bapak, papa, babah ke kan, sama je, right? Maksudnya, sama penting, sangat sangat penting. 

You know guys not really open with their feelings, so do our dad. He's silent but deep inside he's missing his little daughter, worried. Same goes to our mother, how they love you, miss you, worry about you, no one in this world could ever worried as they are. Okey, sebak rasa.

Wherever you go, you bring along their name, your parents' name. Do you ever think about it? Recognize it? Whatever you do, whether it is good or bad, orang akan tanya "baiknyalah, anak siapalah ni?" ataupun "apalah anak si polan ni, jahat sungguh", contohnya. Just try your best to make your parents proud okay (This is the real message here. Hello!) 

Tadi my man called, my man sempat cakap, "mudah mudahan kawan kawan tak jadi balik esok, takdelah kau duduk sorang sorang." Haiyoh, my man tak sedar agaknya anak dia ni kuat, siap ada "masel" lagi ni. Sekali tumbuk je, jatuh pengsan semua orang. Cewahh.. Tengok! Risau kan risau kan? Tapi secara sembunyi, tanpa sedar terkantoi ke"sweet"an nya. 

It's 12.30 am and I've class tomorrow morning. So, good night :) 

Friday, 23 August 2013

Kalau Aku Ada Anak?

Kalau aku ada anak,
Mestilah aku akan sayang sepenuh hati,
Tatang bagai minyak yang penuh,
Sayang sayang sayang sayang,
 
Kalau aku ada anak,
Aku takkan bagi dia rasa apa aku rasa sekarang,
Sebab aku sayang dia,
Ibu sayang awak, sayang.
 
Kalau aku ada anak,
Aku akan bagi dia cium bau badan aku since dia baby lagi,
Biar dia lekat je dengan aku,
Sampai besar dengan ibu je ye, nak.
 
Kalau aku ada anak,
Aku nak dia panggil aku IBU,
Sebab biar tak keliru dengan nenek dia,
Nenek awak ibu panggil MAMA, sayang.
 
Kalau aku ada anak,
Aku akan dengar kata hati dia,
Kalau awak bahagia, ibu pun bahagia, sayang,
Kalau awak sedih, ibu laagiiii sedih.
 
Kalau aku ada anak,
Masa baby ibu nak awak debab,
Nanti dah besar ibu teman awak diet,
Jangan risau, ibu ada sayang.
 
Kalau aku ada anak,
Mestilah kena ada BABAH dia dulu,
Haih, ibu kuat berangan, nak,
Sudah stop sampai sini je, bye :p

Wednesday, 21 August 2013

Sepetik Sedar

Assalamualaikum.. Yes, memang saya belum tidur lagi, syok je tengok adik dibuai mimpi dengan suasana bilik yang sejuk. Ehem, kipas baru bersihkan, well, sejuk dia macam baru lepas hujan. Hmm, okey, tak penting pun. Abaikan..

Sebenarnya baru saja lepas sahur, insyaAllah, nak start puasa enam hari ni, doakan :)
InsyaAllah, tahun ni masuk tahun kedua, aku start berpuasa enam, tahun lepas first time. Seronok perasaan dia, percayalah :)

Hmm, kali ni bukan publish sebab nak riak ke apa. Bukan. Cuma perasaan seronok yang ingin dikongsi dengan pembaca yang mungkin ada yang saya kenal, mungkin tidak. Hai, nice to meet you :) Seronok tau sebenarnya kongsi cerita dengan orang yang tak kenal ni. Bila kita cerita, mungkin *pooff* dia dah lupa. Hmm, yeke?

Lately, banyak perkara yang sukar diterima oleh hati sendiri yang berlaku. Memang aku bersedih dengan semuanya, mengakibatkan aku tak menikmati apa yang ada di depanku sekarang. Daaannn, mungkin juga aku telah menjadikan diriku sendiri seorang yang tidak redha dengan ketentuanNya, kadang tanpa sedar. Astaghfirullah al azim..

Apa yang aku tak harap terjadi, dah pun terjadi. Jadi, tugas aku sekarang adalah jalani semua yang dah tertulis. Mungkin ini yang terbaik. Lagipun, kenapa harus merunsingkan fikiran sendiri dengan perkara yang tak perlu difikirkan? Betul tak? I should live my life happily. Rugi kalau hidup hanya dengan kesedihan.

Lagi satu, hidup perlu ada matlamat, bak kata Kak Zura. Terkesan sebenarnya ayat ni Kak. Kbye :p
Hmm, tak tau nak cakap apa dah, tadi banyaaaakkk tau nak kongsi tapi.... Lupaaaaaa :(

Sampai ketemu lagi. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa :)




Monday, 19 August 2013

Satu satu

Satu satu masalah yang datang,
Terkadang terkilan,
"Apa lagi lepas ni?" selalu menjengah di kotak minda,
Tapi sama saja aku seperti tidak redha.

Jangan. Janganlah jadi hambaNya yang tak redha,
Ingatan buat hati sendiri saat terlupa.

Allah takkan bagi ujian yang hambaNya sendiri tak mampu,
Inilah yang sering menguatkan hati sendiri.

Banyak yang dikesalkan,
Tapi, redhalah, semua dah pun terjadi.

Cari sudut sudut bahagia sendiri,
Senyumlah hai hati walau terluka,
Jangan dikisahkan pada siapa yg tak kisahkan kau,
Teruskan hidup, lalui liku liku dengan senyuman.

Bismillah...