Wednesday, 19 September 2012

Sedih lagi ~


Sekarang ni aku tak tau kenapa aku kerap sangat berasa sedih, cepat hilang mood. Sedih dia tersangat-sangat tau tak, yang amat. Sampai sebak yang aku rasa sakit kat bawah leher tu. Siapa tahu? Ada tak yang faham dan dapat bayangkan macam mana aku rasa? Never mind..

Aku tak taulah kenapa aku sensitif sangat ni. Rasa macam melampau pun ada. Kalau aku layankan perasaan aku ni, mahu menangis haaa. Haiya. Kang bertumbuk dengan perasaan sendiri kang. Susah pulakan. 

Aku pun tak faham dengan perasaan ni sebenarnya, tiba-tiba je hilang mood, terus jadi sedih. Faham tak? Dia secara tiba-tiba, ya, mungkin ada sebab, tapi sebab yang aku sendiri tak pasti. Oh, sungguh sadis rasanya :/ 

Mungkin juga disebabkan permulaan semester ni, ya mungkin. Awal-awal ni banyak pelaburan yang aku kena selesaikan, biasalah, untuk yuran, buku dan perbelanjaan harian. Permulaan ni memang fikir pasal pelaburan jelah, jujur aku cakap, eh, jujur aku taip, haha. Memang aku tak fikir sangat pasal pelajaran, ada berapa bab setiap subjek, aku sibuk kira duit je ha, tak tipu. Tidur pun dengan duit, okay, ni aku tipu, aku tidur dengan roomate akulah, apa tidur dengan duit pula. Haish. 

Sedih itu satu perasaan yang akan dirasai oleh setiap insan. Sedih tu boleh diungkapkan dengan pelbagai cara, contohnya, luahkan pada orang yang kita percaya. Kalau aku, aku jenis yang suka pendam, bukan suka sebenarnya, tapi susah nak luahkan, bila aku baru nak buka mulut, airmata dah mengalir dengan derasnya, tu yang tak best tu. Jadi, aku cuba hilangkan sedih tu dengan cara lain, selain meluahkan. First, aku cari sebab kenapa tiba-tiba jadi sedih, lepas tu, aku solat, doa pada Allah swt agar sentiasa tenangkan hati ni, then, dengar lagu, tak kisahlah apa jenis lagu pun. Part paling best, tidur. Tapi, selalunya susah nak tidur bila tengah sedihkan? Kalau susah nak tidur, aku buat apa tau, aku online. Kacau adik-adik dengan tweet-tweet yang akan buat dia terasa. Nampak kejam di situ. Hehe. 

P/s: Terima kasih singgah.  

Sunday, 16 September 2012

Nasihat ~

Assalamualaikum, selamat sejahtera juga :)

Apa khabar? Hee..

Alhamdulillah, masuk minggu kedua menjadi student semester ni. Macam yang aku cakap sebelum nilah, aku 'sakit rumah' sangat-sangat ni. Serius! Ingat nak balik je, sedihkan? *sambil nangis guling-guling*

Minggu ni agak sedikit tertekan keadaan aku. Aku tak tau kenapa, kadang-kadang aku boleh rasa sedih secara tiba-tiba. Serius ni, tak tipu. Okay, aku tau aku pelik. Pelik sikit je. Dah diam!
Bila sedih, mulalah cari sesiapa yang berkenaan. Antara orang-orang yang berkhidmat time aku sedih ialah mama sendiri, nenek, chenta hati, adik-adik, kawan, pakcik, abang saudara dan ada lagi beberapa orang. Ni antara orang-orang yang berjasalah. 

Lepas sedih tu dah hilang, aku tak cari dah mereka-mereka ni <------ TIPU!!

Jujurnya, aku selalu perlukan mereka-mereka ni tak kiralah susah, senang, SELALU, faham tak? Tiba-tiba emo, haha. Banyak nasihat mereka-mereka ni bagi kat aku. Ada juga yang cuma mendengar, tak kurang juga yang membuat lawak mereka. Yela, bila sedih, kita cuma nak kongsi apa yang kita rasa dengan orang lain kan, boleh menangis sama-sama, sweet gitu. Haha. Kita rasa dihargaikan bila sentiasa ada orang bersama kita tak kira sedih dan gembira, takdelah rasa macam forever alone.Ye tak, ye tak? 

Nak kongsi cerita pasal nenek boleh? Hehe. I love her forever, and she is mine always. Please jangan nak berebut dengan aku. Haha, perasan cucu kesayanganlah ni. Padahal memang pun. lalala ~
Bila kongsi masalah dengan nenek, nenek akan beri nasihat secara non-stop okay. Mulanya kita cakap pasal masalah A, nenek akan nasihatkan untuk masalah A sampai Z, seriously. Dan aku cuma mendengar dan berkata " Ya nek".. Banyaaaakkkkk sangat nenek nasihat. Oh ya, sambil nasihat tu nenek akan selitkan sikit cerita dan pengalaman nenek. Best dengar nenek cerita, yela, nenek tinggal jauh, dunia teknologilah yang menghubungkan kami. Terima kasih kepada dunia teknologi, jasamu dikenang.
Nilah nenek :)

Nenek ni biasa je orangnya, paling best, nenek sangat peramah. Nasihat yang selalu nenek berikan adalah pasal solat, maruah diri, keluarga, pelajaran, pasal cinta pun boleh kongsi dengan nenek sebab nenek tersangatlah sporting. Nenek pun romantik orangnya sebab nenek selalu ucap "I love you" "I miss you" kat cucu kesayangan nenek ni. Haha.

P/s: Kalaulah adik-adik kakak baca ni, sila jangan jealous, kakak memang cucu kesayangan nenek. Hee. Peace!

Saturday, 15 September 2012

Semester baru sudah ~


Assalamualaikum, selamat sejahtera juga..

Hai hai awak yang comel.. harap sihat hendaknya.

Semakin hari, malas menerpa sang pencerita iaitu aku. Hee. Malas yang sukar untuk dibendung, untuk membuka laptop dan menaip untuk berkongsi cerita dengan awak-awak yang comel. Okay, bermulalah cerita sebagai student di perantauan orang, jauh dari family dan sanak saudara. Hampir seminggu di sini membuatkan aku ‘sakit rumah’ a.k.a homesick, hee. Perosak bahasa here!!

Ya, aku tinggal jauh dari family, paling kurang pun 6 jam baru sampai sini. Tugas aku di sini adalah menimba ilmu. Itu yang pasti! Yang tak pastinya adalah tidur, tidur dan tidur. Aku tak tau kenapa sejak sampai sini, mata mengantuk memanjang. Oh, yela, di penghujung cuti hari tu, mama sibuk ajak anak sulung mama ni keluar menimba pengalaman, hehe. Itu salah satu sebab tak cukup tidur, dan sepanjang hari-hariku di sini, aku telah membalas dendam dengan tidur tak kira masa. Haha.

Minggu pertama aku lalui dengan perasaan excited. Okay, jujurnya excited untuk first day je. Mungkin rindu pemandangan kampus, siapa tahu kan. Macam-macam hal yang datang sebenarnya. Yang paling tak best, aku ada masalah nak log in student portal because of my password. Sangat tidak best di situ. Walau se’excited’ mana pun aku, yang peliknya aku tidak snap satu picture pun untuk dijadikan kenangan. Pelik bukan?

Bermulanya semester baru ini, macam-macam telah aku janjikan. Janji kepada diri sendirilah, of course. Talking about my parents, mereka tidak mengharapkan apa-apa, cukuplah sekadar yang termampu, tapi sebagai anak, mestilah kita nak buktikan yang kita ni anak yang boleh mereka banggakan, ye tak? Apa pun, aku akan cuba lakukan yang terbaik. Cuma, harapan aku, usaha aku ni diiringi dengan doa awak semua. 

Wednesday, 5 September 2012

Berubah?


Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera juga..

Hai hai.. Diharapkan semua sihat hendaknya.

Apa yang berubah? Okay, yang berubah itu sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai sikap, aktiviti seharian dan juga cara. Berubah dari segi sikap, mungkin dari banyak bercakap kepada banyak berdiam. Aktiviti seharian pula daripada yang selalu dilakukan telah pun dikurangkan, mungkin. Perubahan dari segi cara ada pelbagai, mungkin dari segi cara berkomunikasi, cara makan, dan sebagainya. Mungkin awak-awak yang comel ni pun ada perubahan dari segi lain. TAPI, yang paling penting, perubahan itu mestilah ke arah kebaikan, itu merupakan perubahan termanis bagi seorang insan.

Cerita kali ini yang aku ingin kongsikan adalah mengenai perubahan yang sedikit pada diri aku. Ya, mungkin ada yang menganggap ini satu perkara yang remeh. Tapi persoalannya, perubahan itu akankah disokong oleh orang sekelilingku? 

Perubahan apakah itu? Hehe. Mestilah ke arah kebaikan. Banyak yang ingin aku ubah, tak kiralah dari segi sikap, aktiviti seharian mahupun cara. Tapi tu semua akan aku ubah secara perlahan-lahan. Paling penting, aku bermula dengan ibadah dan akhlakku. Okay, dah dah. Risau kalau-kalau disalahertikan. Awak yang comel semua doakan perubahan ini tidak hanya sementara, tapi selamanya. Aku cuma insan biasa yang mempunyai kelemahan.

Have a nice day :)

Wednesday, 29 August 2012

Kecewa

Assalamualaikum..

Hai hai :)

Pernah rasa kecewa tak? Semua orang mesti pernah rasa kecewa, takde yang boleh lepaslah dari rasa kecewa ni. Macam-macam boleh jadi penyebabnya, tapi itu sendiri-sendiri punya rahsia kan? Ye tak?

Aku ni bolehlah dikategorikan sebagai spesis yang mudah rasa kecewa, bukan tu saja, mudah sakit hati, sedih dan macam-macam lagilah. Mungkin tu salah satu kelemahan aku, mungkinlah. Aku mudah rasa kecewa dengan diri sendiri dan juga orang sekeliling. Bukan nak malukan diri sendiri ke apa, sekadar nak berkongsi perasaan yang sukar untuk ditafsir, diterjemahkan dan difahami ni. 

Sebenarnya dulu lagi teruk, cehh, mengakulah ni kan. Sekarang dah berubah sikit, mungkin disebabkan faktor usia, tu tak pasti. Tapi yang pasti adalah atas nasihat kawan-kawan yang sentiasa ingin melihat kita berubah. Sekarang aku lebih banyak berdiam diri dan melebihkan senyuman di bibir comelku ini. Cewahh.

Perkara yang aku lakukan ketika kecewa? First, aku akan pasang earphone dan dengar lagu dengan volume yang bertahap maksimum, masa ni aku kat dunia aku sendiri. Dengarlah sampai aku bosan. Second, aku menyanyi. Menyanyi sepuas hati, ala-ala karaoke macam tu, dalam bilik sendirilah, kadang-kadang biarlah kalau orang dengar pun, aku nak nyanyi, tak kisahlah mereka-mereka yang dengar tu sakit telinga ke apa. Kejam kan? Haha. Third, aku keluar. Tak kisahlah kat halaman rumah je, asalkan keluar. Tapi selalunya, keluar sampai ke shopping mall lah. Sebab suka suasana shopping mall. Kalau awak-awak yang comel pula macam mana? Mesti ada cara masing-masingkan? Tak kisahlah apa cara sekalipun, yang penting tak memudaratkan diri sendiri. 

Ada juga aku terfikir, mungkin semua ni ada hikmah. Yelah, bila dah rasa kecewa, mesti kita akan terus mencuba kan? Perasaan kecewa ni juga akan menjadikan aku lebih mengingati Allah swt. Hmm, bukan nak berlagak alim ke apa, sekadar ingin berkongsi cerita.

Akhir kata, do appreciate yourself. Senyum selagi mampu untuk tersenyum. Ingatlah, Allah swt tak pernah lupa kepada hamba-hambaNya. 

Tuesday, 28 August 2012

Sakit perempuan

Assalamualaikum..

Hello there!


Mungkin cerita kali ni agak sensitif sikit. Tengok tajuk pun dah tau kan.. apa yang aku nak ceritakan di sini adalah melalui pengalaman aku sendiri pada satu masa dahulu. Cewahh. Hee.

Okay, cerita dipendekkan, senggugut ataupun sakit perempuan ni cuma perempuan je yang rasa. Kalau ada lelaki yang mengalami sakit ni juga, no comment lahh.. Untuk pengetahuan awak juga, tak semua perempuan mengalami senggugut. Aku pun tak pasti senggugut ni sebenarnya normal atau tidak ketika datang bulan. Nanti aku try search info pasal ni. Sebenarnya banyak aku nak cerita ni, tapi Azmil (adik aku) tiba-tiba datang bawa gitar dan nyanyi lagu, langsung hilang idea ha. Apa motif dia pun aku tak tau. Haha. Okay, sambung balik.

Aku pernah ada pengalaman di mana pada hari tersebut aku mengalami senggugut yang teramat sakit. Lepas habis kelas, kawan-kawan bawa aku pergi klinik dalam kampus tempat aku belajar. Setahu aku masa tu masih dalam waktu pejabat, tapi doktor dah balik. Wah, nice. Aku rasa macam apa dah ni, dengan muka pucat, jalan pun tak larat, hampir nak mengamuk dalam tu, tapi masih ingat yang aku kat dalam kampus lagi. Okay, tak jadi nak mengamuk.

Setelah itu, mereka mencadangkan aku pergi hospital yang berdekatan dengan tempat tinggal kami. Pada mulanya aku tak nak pergi, tapi oleh kerana memikirkan bekalan ubat memang tak ada langsung, dan memikirkan larat atau tidak untuk pergi ke kelas malam, aku pun pergilah. Dahlah aku ni spesis manusia yang tak suka pergi hospital, apatah lagi berjumpa doktor. Masa tengah tunggu turn tu pun aku dah rasa macam berlagaknyalah pakcik-pakcik yang jaga kaunter tu. Tapi aku abaikan je. Yang ligat dalam otak aku ni, “nanti aku kat dalam tu dorang buat apa”, “kena injection ke tak”. Spesis penakutlah katakan.

Bila dah tiba turn aku, okey pembantu doktor ni pun boleh tahan berlagak. Yang paling sakit hati, boleh dia ajak kawan-kawan dia dalam tu gelakkan aku datang sana disebabkan oleh senggugut. Dalam hati aku ni dah mendidih dah, bukan menyirap lagi. Tapi aku sabar, aku faham spesis-spesis macam ni memang tau nak gelakkan orang je. Ingat sakit tu boleh main-main ke? Mungkin sebab dia tak rasa kan. Takpelah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Hmm, aku sempat report kat salah seorang staff dia, time hati tengah panas kan. lalalala ~

Cuma harapan aku, mereka-mereka yang bekerja dalam perubatan perlu diberi pengetahuan penting pasal ni. Memanglah tak ramai yang mengalaminya, tapi tolonglah, kalau tidak anda akan dimaki hamun. Sebagai contohnya, aku. Di sini aku mengaku yang aku telah memaki hamun pembantu tersebut, tapi harus diingatkan semua itu hanya kuluahkan kepada mama tersayang. Hehe. Memaki hamun atau mengadu dan menangis teresak-esak? Itu antara aku dan mama. Peace!

Sunday, 26 August 2012

Dua kerja dalam satu masa?


Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda sedang berjalan, tak kira di mana saja, mesti anda akan terlihat kejadian di mana manusia memegang sesuatu alat iaitu telefon bimbit atau bahasa mesranya handphone. Tapi bukan semua, kebanyakannya, takpun sesetengah manusia. Eh, ayat kali ni macam pelik sikit, sorry. Hee.

Hmm *berfikir sambil pegang handphone* <------ takde kaitan

Kali ni memang benda yang dah lama aku ingin suarakan, yang tak mampu kuluahkan, sebab aku takut nanti family, kawan-kawan, mahupun orang terdekat  aku cakap, “eleh, kau pun sama”, dan aku cuma mampu, *buat muka tak bersalah sambil main-main jari*.

Cuba perhatikan di tengah-tengah bandar ketika kereta yang anda naiki berhenti di traffic light untuk memberi laluan masyarakat melintas jalan, pasti ada yang berjalan sambil taip mesej. Aku pernah mengalami situasi ini, *berdehem* aku yang dalam kereta, bukan yang melintas jalan. Ketika tu aku cuma mampu berkata dalam hati “wow, amazing!” banyak jugalah yang aku bermonolog dalaman. Aku cukup kagum dengan manusia seperti ini, mereka mampu membuat banyak tugasan dalam satu masa. Yelah, hebatlah tu, berjalan sambil menaip mesej dengan lajunya. Lagi terpesona bila manusia seperti ini berjalan tanpa jatuh atau terlanggar manusia yang lain atau tersadung kat batu ke apa ke kan. Kalau aku, dah lama jatuh tergolek depan khalayak ramai. Sedangkan aku berjalan dengan penuh hati-hati pun boleh terjatuh, inikan sambil membuat beberapa tugasan yang lain. Bila berjalan, aku kena fokus berjalan je. Pelik bukan? Ke biasa je? Abaikan, hee. Lagi best bila manusia seperti ini berjalan sambil menaip mesej, manusia yang lainnya memberi laluan untuk dia berjalan, aku pernah ternampak situasi ni, bukan cerita kosong je, dia berjalan penuh gaya dan aku macam “wow” bila nampak kejadian tersebut. Benda ni jadi tahun bila tah, dah lama sangat.

Anda pernah atau tidak ternampak kejadian macam ni? Yang taip mesej time drive tu dah biasa dah. Sangat biasa sebenarnya. Tapi itu pun kira amazing juga kan, buat dua kerja dalam satu masa. Tak ramai yang boleh macam tu. Aku lagilah, sebab drive pun tak reti, nikan nak drive sambil taip mesej, jauh sekali. Ya, tapi diharapkan manusia yang suka buat dua pekerjaan dalam satu masa seperti ini lebih berhati-hati. Bak kata iklan kat TV, ingatlah orang yang tersayang.

Yang paling penting sekali, kalau dah memang anda sedang berjalan-jalan dengan teman, elakkan memegang handphone all the time. Tak sopan okay, kena jaga hati dan perasaan mereka juga. Jangan sampai mereka bermonolog dalaman seperti “eh, budak ni, dia nak jalan ke nak mesej”, takpun “baik aku jalan sorang-sorang tadi” atau “kalau aku tau, aku tak ajak budak ni” atau “lain kali aku takkan ajak dia ni keluar dah”. Lebih kurang macam tulah. Terus terang aku cakap, aku pun macam ni juga, tapi aku cuba untuk elak, kalau penting je baru ada handphone di tangan. So, kiranya kalau anda nampak ada handphone kat tangan aku tu, pentinglah tu maknanya. Lalalalala~

Tamat.
P/s : perkongsian cerita semata-mata. Tiada niat melukakan hati sesiapa. Peace!