Friday, 29 March 2013

Nekadku

Saat ini jari jemari teragak-agak untuk menaip. Kejap-kejap "backspace." Ya, memang tak pasti dengan semua ini. Tapi, hati tetap ingin menjawab segala pertanyaan. Pertanyaan dari orang yang menyayangi aku, mama dan juga orang-orang yang terdekat dengan aku.
 
Mungkin aku masih keliru dengan perjalanan yang aku sedang lalui, mungkin juga aku masih tidak bersedia dengan semua ini, mungkin juga aku tidak boleh menerima salah yang lalu, mungkin juga tanganku perlu dipimpin, mungkin juga aku cuma perlu rasa faham kalian, mungkin juga aku yang terlalu lemah, mungkin. Segalanya mungkin. 
 
Terkadang aku merasakan seperti aku berada di sebuah titian yang teramat kecil jalannya. Terkadang aku merasakan aku berada di sebuah simpang yang membahagikan dua jalan. Terkadang aku merasakan aku berada di dasar lautan hampir kelemasan. Terkadang aku merasakan aku berada di awan berterbangan. Perasaan yang sukar ditafsir. Amat sukar bagi aku.
 
Sememangnya aku keliru, terlalu keliru dengan jalan mana yang patut aku pilih. Sana sini aku mencari tempat pergantungan. Akhirnya jalan yang ternyata luas untuk aku tuju dan sentiasa menanti aku ialah jalan ALLAH, jalan yang sentiasa lurus. Aku penat dengan resah gelisah yang aku tanggung, sungguh aku penat. Di kala aku merasakan ketenangan ini, pergilah kau jauh dariku, pergilah kau resah, pergilah kau gelisah! Sudah sekian lama aku pendamkan.
 
Kekeliruan ini menyebabkan aku banyak berdiam, membuatkan ramai juga yang menjadi mangsaku. Andai ada yang terasa hati, maafkan aku. Maafkan aku atas kekeliruanku sendiri.
 
Cukuplah, jangan paksa aku lagi. Biar aku lalui hidup ini dengan caraku sendiri. Terima kasih, terima kasih atas segala-galanya. Aku nekad. Aku redha.
 
Buat mama, insan yang palingku sayang, terima kasih kerana setia menemani.
 

Thursday, 28 March 2013

Random Entry, Again

Assalamualaikum. Hai. Hello :D
Long time no seeeeeee. Hikhik :D
 
I tell you what! Ceh, nak speaking lah ni cerita dia sekarang? Haha. Okay, by the way, dah lama nak menaip ni. Wooo, dah lama jari jemari ini tidak menari-nari di keyboard dengan begitu ligat. Excited! Excited! Excitedddddddddd!!
 
Sebenarnya kan, sebenarnya.. Selalu je emo sengsorang aku ni. Tak tahu kenapa. Yelah, nak juga ajak ramai-ramai emo sekali dengan aku. Bosan kot asyik emo sengsorang. Jom awaks, kita emo ramai-ramai! Hikhik.
 
Macam ni sebenarnya, aku tak tahu kenapa kadang-kadang aku boleh tiba-tiba benci orang kat sekeliling aku, bukan benci tapi tak suka. Eh? Macam sama plak maksud. Tapi, bukan tu maksud aku sebenarnya. Macam mana ea nak 'cakap'? I mean 'taip'. Haa, dia macam ni, "bagi aku ruang untuk bernafas." Macam tulah lebih kurang. Ataupun, "ketepi! ketepi! Aku susah nak bernafas!" Haha, k merepek. Lalalala..
 
Kadang-kadang, ada satu masa tu, aku boleh benci kaum lelaki. Ada satu masa yg lain aku benci kaum perempuan. Dia macam "tiba-tiba." Ya, aku tahu bunyi pelik sikit. Apa ni benci kaum sendirikan? Kan kan kan? Semua ni berlaku sebab terlalu overthinking. Yes, overthinking. Memang parah kalau terlalu berfikir sesuatu benda dengan mendalam sekali. Mendalam. Mendalam, sampai lemas di dasar lautan fikiran sendiri, terkapai-kapai sendiri meminta-minta bantuan. Tapi, siapa yang nampak aku kelemasan? Ada sesiapa? Tidak, kerana aku sendiri membiarkan diri aku lemas dihanyutkan ombak yang aku cipta sendiri. Akhirnya aku hanyut dengan kotak pemikiran aku sendiri.
 
 Okey, parah sangat dah ni. Hee.. Bye. Terima kasih singgah :)
 
 
 
 

Thursday, 7 March 2013

Semester baru, azam baru ~

Assalamualaikum. Hai. Hello :D
 
Untuk pengetahuan awak semua si pembaca tegar, saya sedang menaip di Dungun. Ya, saya di Dungun. Cuti dah habis bro! Kuliah sudahpun bermula and yeah subjek agak berat untuk sem ini. Ada event itu ini. Duit pun banyaklah berterbangan di sana sini. Aku banyak juga memikirkan bagaimana boleh aku biakkan duit-duit di dalam bank dan juga dompetku. Adakah ianya secara bisnes ataupun meminta sedikit bantuan ibuku? Okey, duit selalu sangat buat aku stress dan berfikir bukan-bukan. I hate you duit, really hate, but at the same time I love you :*
 
 
Nothing much to share here. Cumanya ya bapak-bapak ibuk-ibuk semua, hati gue lagi kangen sama yang namanya di rumah itu. Adik-adik gue, ya semualah pokoknya. Eh, terbelit lidah cakap macam ni. Tak sampai seminggu di sini, dah rindu. Apa kes ni bro? Kan? Kan? Lama-lama nanti biasalah ni kan? Chill chill. Heehee. Okey, dah cukup!


Sebenarnya, sebenarnya, hmm hmm.. Ala, malulah nak cakap. Eh eh, mengada pula! Okey, sebenarnya aku ada azam untuk sem ni. Meh rapat sikit, nak bisik ni. Aku, sebenarnya nak ubah corak pembelajaran aku, tak nak main-main lagi. Sedih bila pointer jatuh mendadak. Sangat sedih. Degree bukan boleh dibuat main tau, beza sangat masa ambil Diploma dulu. Diploma boleh lagi duduk relaks. Degree ni tak, kau kena kayuh hari-hari, dengan penuh fokus dan waspada. Kalau jatuh, bangun sendiri dan cuba kayuh lagi. Jangan terlalu berharap orang akan bantu bila kita jatuh, mungkin kita tak tahu kita sedang ditertawakan, lebih baik kita cepat-cepat bangun dan cuba kayuh lagi. Boleh faham tak perumpamaan yang aku bagi ni? Simple je kan? :)


Jadi, tugas kalian di sini. Doakan aku boleh berubah okey! Love ya! :*


P/s: Sebarang pertanyaan berkaitan result sem lepas tidak akan dilayan. Hee..
Terima kasih singgah.


Thursday, 21 February 2013

Izinkan Aku

Assalamualaikum. Hai.. Hello :D
 
Since last night, I'm getting too emotional. Sebab apa? Haaa... Ni yang rasa nak angin balik ni.. Haha. Eh, dah janji hari tu entry aku tak melibatkan emosi terlampau. Tapi, sikit takpekan? Hee :)
 
 
Aku tak tahu kenapa aku yang sering dipersalahkan. Salahkah aku untuk meminta waktumu sedikit untuk diluangkan bersamaku? Salahkah aku? Kenapa hanya aku yang cuba untuk memahami dan mengalah dalam situasi ini? Pernah sesiapa cuba bertanya padaku apa yang membuatku marah? Pernah kalian cuba memahami aku seperti aku cuba memahami kalian? Pernah kalian cuba mengalah untuk aku walaupun sehari. Pernah?
 
 
Kalaulah benar aku yang salah, betulkan aku. Jangan biarkan aku terus-terusan membenci, aku juga tidak mahu membenci. Kalau aku yang tidak faham, fahamkan aku. Jangan biarkan aku terus-terusan membuat andaian satu persatu, hari demi hari. Tenangkan aku, tenangkan aku dengan kata penjelasan dari kalian. Cukup cuma kata penjelasan, tanpa maaf sekalipun aku terima. Mungkin memang ini kisahku. Sabarkan aku dengan kata caci maki orang. Sungguh aku tidak kuat untuk hadapinya seorang diri. Izinkan aku merasa bahagia di samping kalian semua dengan waktu yang sering mencemburui kita. Izinkan aku.
 
 
 
Terima kasih singgah.
 
 


Wednesday, 20 February 2013

Ciri Lelaki Yang Buat Kami "Cair"

Assalamualaikum.. Hai.. Hello :D

Lama tak jumpa, haha tiba-tiba je kan? Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya.. Okay, kali ni aku nak kongsi satu cerita mengenai ciri-ciri lelaki yang kaum Hawa dambakan. Haa, gitu kan. Kelas sangat tajuk dia. Yeke kelas? Tadi masa tengah masak memasak kat dapur, tengah pegang sudip ni haa, boleh fikiran aku menerawang jauh, lepas tu tersengih sorang sorang. Haihh, apa nak jadi dengan anak mama sorang ni. Kerja tak pernah nak fokus.

Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal lelaki ni kan? Hmm, tulah dia, macam tiba-tiba idea ni muncul dalam minda aku. Okay, mari kita mulakan..

Ciri lelaki yang buat kami "cair"?
1) Menjaga 5 waktunya. Selalunya si hawa senang "cair" bila si lelaki menjaga yang 5 nya. Apa yang 5 nya tu kan awaks? Sudah semestinya solatnya. Lebih-lebih lagi sekarang makin susah jumpa lelaki yang cukup solat sehari semalam, jarang-jarang. Let say, kalau tiba-tiba ada lelaki macam ni si hawa jumpa, mesti cair umpama air batu yang diletakkan di dalam oven. Perumpamaan apakah ini? Hehe. TAPI, harus diingatkan kepada kaum lelaki, janganlah anda solat semata-mata nak pikat pengarang jantung awak tu. Perempuan ni dia senang nak nilai, mana satu palsu, mana satu asli. Ibarat macam tulah. JADI, tolonglah jangan berlakon, buat kerana Allah SWT. Peringatan untuk si hawa dan diri sendiri juga :) 

2) Hormat orang tua. Bagi aku, ini penting. Awak-awak yang di luar tu rasa macam mana? Penting jugakan? Bila si lelaki ni tadi dia hormat orang tua, automatik dia akan hormat kita. Percaya cakap aku! Haha. Senang je nak uji mereka ni, haa, gitukan.. Nak tahu cara? First bila mereka ajak kita keluar, mereka berani tak nak minta izin dengan mak ayah kita? Kalau berani, haa, baru gentleman nama dia. Jumpa mak ayah kita, salam tangan semuakan? Mak ayah pun cakap dalam hati "boleh jadi menantu aku ni". Haha, gurau je, tak tahulah apa monolog dalaman mak ayah kita. TAPI, mesti sejuk hati mak ayah kita sebab mereka diutamakan. Bukan pencapaian je perlu diutamakan, mak ayah tu dulu perlu diutamakan. Haa, gitukan, terselit sikit politik. Confirm "cair" si hawa apabila si lelaki begitu menghormati ibu bapa, begitu juga orang sekelilingnya.
 
3) Pandai memujuk. Si hawa juga akan "cair" dengan lelaki yang pandai memujuk ni. Tapi, ramai lelaki tak pandai bab pujuk-pujuk ni kan? Maklumlah, lelaki ni jiwa mereka kasar sikit, tak macam perempuan yang mudah sangat tersentuh. Senang je nak pujuk sebenarnya. Rule pertama, masa si hawa sedang berdiam diri (maksudnya merajuklah tu), si lelaki janganlah marah ke, ikut berdiam ke, awak kena pretend macam biasa. Borak dengan dia, cakap baik-baik. Haa, itu antara tips yang aku tahulah. Selebihnya, pandai-pandailah. Hee..

4) Pandai masak. Haa, ni paling best! Haha :D Memang tidak dinafikan kebanyakan perempuan mengimpikan pasangan yang pandai memasak. Bukan sebab nak tunjuk kami ni "kurang rajin", cuma kalau kita je yang selalu masak pun, macam bosan jugakan? Nak juga sesekali rasa air tangan orang lelaki ni. Hmm, kalau selalu pun okey juga, kami sangat berbesar hati :) Okey, dah stop stop!

5) Protective. Tidak dinafikan juga, si hawa suka berada di samping lelaki yang boleh melindungi dia. Maklumlah hawa kaum yang lemah. Si hawa akan cepat "cair" dengan lelaki yang bersifat melindungi. Tapi, tolonglah jangan macam berpura-pura melindungi. Ianya menjengkelkan, tahu? (ayat skema) Lagi menjengkelkan apabila si lelaki terlebih-lebih protective, macam over protective kuasa dua. Eh, bukan bukan! Kuasa lapan. Pergi sini tak boleh, pergi sana tak boleh, pergi situ lagi tak boleh. Buat ini tak boleh, buat itu tak boleh. Ini bukan protect, tapi jealous. Faham maksud jealous? Ingin melindungi dengan cemburu lain tau! Sangat lain. Jangan disebabkan cemburu, langsung awak tak dapat nak lindungi dia lagi. Susah macam tu. Tiada siapa suka dikongkong. Betul tak?

6) Penyayang. Haa, ini lagi satu point yang boleh buat si hawa "cair". Lelaki penyayang di mana-mana akan menjadi perhatian gadis-gadis (hamboii ayat). Contoh macam, lelaki yang suka budak-budak, suka kucing. Hmm, lelaki yang suka tolong nenek/atuk/OKU melintas jalan kategori penyayang juga ke tak ea? Rasanya sama kategorikan?

7) Rajin. Dalam dunia ni, tiada siapa suka orang yang malaskan? Kalau ada tu, kira awak beruntunglah, hehe. Melalui apa yang aku selalu nampak, kebanyakan perempuan bersifat rajin, lelaki pula cuma beberapa orang sahaja. Sebab itulah, apabila si hawa ternampak si lelaki sedang mengemas rumah, menyapu lantai, dan yang seangkatan dengannya, automatik mata mereka akan terpaku melihat kejadian tersebut. Mulut mereka pun seraya berkata "comelnya". Haa, tak tipu! Selalu yang aku jumpa macam nilah. Haha..

Rasanya itu saja untuk kali ini. Sebenarnya semua ciri ini bergantung kepada masing-masing. Bagi aku, secara jujurnya selain semua yang di atas, lelaki yang selalu mengazankan waktu solat di surau atau masjid itu terkadang membuat aku terpaku sejenak. Selalu pakcik pakcik je yang azan, kita boleh cam suara pakcik pakcik macam mana. Betul tak? Bila orang muda yang azan rasa macam, "haihhh, mesti dia lelaki yang baik", kira macam tulah, hee. Lagi satu, lelaki yang mengaji Al-Quran. Lebih-lebih lagi yang mengaji berlagu. Sejuk hati dengar. Tidak semua perempuan pandang pada paras rupa, kerana hati lebih utama, bukan begitu?

Sekian saja dari pencerita tegar. Entry ini dibuat sekadar suka-suka, memandangkan sudah lama tidak update entry baru. So, have fun people! Terima kasih singgah :D
 

Tuesday, 5 February 2013

Lari Dari Masalah

Assalamualaikum. Hai. Hello :D

Aku tengah ada masalah ni. Ya, semua orang ada masalah. Kalau takde masalah, bukanlah kehidupan namanyakan? Aku sepatutnya bersyukur. Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku masalah, itu bermakna Allah mahu aku sentiasa mengingati Dia. Subhanallah..

Aku hampir nak lari dari masalah aku. Kadang-kadang kita kena menjauhkan diri kita sebentar dengan masalah yang membuat kita betul-betul tertekan. Ya, aku cuma HAMPIR melarikan diri. Tapi, itu bukan aku. Serius, itu bukan aku. 

Yang aku cuba buat sekarang, sabar dan cuba kuatkan hati. Awak tolong doakan eah. Terima kasih :)

Kalau Sayang, Kenapa Begini?

Assalamualaikum. Hai. Hello everyone :D

Aku cuma nak share pendapat aku tentang beberapa perkara yang kadang-kadang dianggap remeh oleh pasangan kekasih di luar sana. Sekadar perkongsian, tidak bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa. Sharing is caring kan? :)

Kalau sayang, kenapa begini?
1. Suruh tutup aurat, tapi awak masih minta gambar dia tak bertudung. Perkara ni jarang berlaku, tapi yang jarang-jarang nilah kita patut elak. Niat si lelaki pada mulanya baik untuk menyuruh si perempuan menutup auratnya dengan memakai tudung. Tapi, yang musykilnya di sini, si lelaki masih lagi meminta gambar girlfriend  nya tanpa tudung. Untuk apa? Oh, sebab awak ingat ini girlfriend awak, awak ada haklah untuk menatapi wajah si dia termasuk auratnya? Kenapa begini?

2. Suruh buktikan cinta. Ini lagi satu hal serius. Kita tak payah buktikan apa-apa pada si dia selagi kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar iaitu berkahwin. Tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Ini selalu terjadi pada gadis-gadis di luar sana yang terlalu menyayangi sang boyfriend sampai menggadai maruah diri untuk membuktikan cinta mereka yang terlalu besar untuk sang boyfriend. Kenapa begini? Kalau sememangnya lelaki itu ikhlas mencintaimu, biar dia yang membuktikan cintanya padamu wahai Hawa. Bukti yang macam mana yang aku maksudkan? Berjumpa dengan kedua ibu bapa kita untuk meminang kita. Jika dia agak liat untuk berbuat demikian, kita serah pada takdir. Mungkin Allah SWT ada perancangan yang lebih baik untuk kita di masa hadapan. Jangan buktikan apa-apa pada mereka. Kita masih punya maruah, harga diri yang tinggi. Pada si lelaki, kamu juga harus berhati-hati pada perempuan-perempuan yang hanya mengambil kesempatan, yang jenis pisau cukur ni lagi wajib dijauhi. Kamu tidak perlu mengorbankan masa depan kamu semata-mata ingin memenuhi kehendak sang girlfriend yang melampau, seperti meminta kamu membelikan barang-barang branded. Tidak perlu. Kalau dia ikhlas dengan kamu, dia akan terima kamu apa adanya. Kalau sayang, kenapa perlu begini kan?

3. Kongkong, ini tak boleh, itu tak boleh. Ini pun selalu terjadi pada pasangan kekasih di luar sana. Kalau bukan sang girlfriend yang mengongkong, sang boyfriend pula yang mengongkong. Haih susah pula nak taip 'mengongkong' banyak kali. Hee :) Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Cuba bagi ruang pada pasangan, kan lagi elok macam tu. Ini semua benda awak nak kawal, semua hal kena update kat awak. Kenapa begini?

4. Setiap masa nak bersama. Heyy! Awak belum ada ikatan sah pun kan? Kenapa asyik jadi belangkas je ni? Kawan-kawan tengok pun rimas tau. Kalau selalu nak bersama, macam "ketawa bersama, menangis bersama," hmm, lagu Black tu, awak berdua nikahlah cepat-cepat. Halal gitu lohh, awak nak kepit sana, kepit sini, tiada siapa ambil peduli pun. Serius ni! Sejuk lagi mata orang memandang. Yelah, suami isteri, perkara biasalah tu. Cewahh, cakap macam diri sendiri dah kahwin je. Hee :)

5. Tak hormat. Masing-masing kena hormat sesama sendiri, lebih-lebih lagi lelaki. Haha, asyik lelaki je yang kenakan. Sabar ye wahai lelaki, kenalah tahan kena kritik, nanti tanggungjawab lagi hebat dari kritikan tau. Hee :) Hormat? Macam mana nak hormat tu? Bukanlah tabik hormat yang aku maksudkan. Hormat di sini adalah dari segi batas-batas dengan si Hawa, tanpa menyentuhnya walau tangannya sekalipun. Memang "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi", tapi sebagai lelaki yang dikurniakan 9 akal, awak boleh membimbing si Hawa mana yang betul mana yang salah. Tak begitu? Pada si Hawa pula, janganlah biar maruah kamu begitu senang disentuh lelaki yang bukan mahram. Jangan!

Cukuplah sekadar 5 point yang aku kongsikan. Kalau ada lagi, insyaAllah aku update lagi. Ini sekadar renungan bersama. Aku juga pernah berbuat silap, manusia mana yang tidak pernah berbuat silap kan? Harap tiada yang terasa hati. Sekian dari aku, si pencerita tegar. Terima kasih singgah :)