Wednesday, 31 July 2013

Ketidaktenangan

Walau apapun yang aku ceritakan pada kau, cuma sekerat saja yang kau mungkin faham. Sebab ini kisah aku, aku yang rasa. Kisah kau mungkin lain. 

Jadi, aku berfikir, tiada gunanya aku bercerita pada kau jika cuma sekerat saja yang kau faham. Penat bercerita, yang diserap cuma sekerat? Oh, buang masa. 

Tambahan pula, kau jarang mendengar apa cerita yang ingin aku sampaikan. Bila dikaji, sukarnya kita berkomunikasi, selalu saja ada halangannya. Penat begini.

Mungkin di sebalik semua ini, ada hikmah yang lagi besar buat aku. Allah Maha Mengetahui.

Tapi, tahukah kau, ini semua kau juga puncanya? Tapi, tiada apa yang perlu dikesalkan, semua sudah terjadi. Sekarang cuma masanya untuk memperbaiki. 

Assalamualaikum.

Tuesday, 23 July 2013

"Bila nak kahwin?"

Assalamualaikum.. 

Nak update blog kejap sebab ada benda nak share, kejap je tau! Ngantuk ni..

Nak mula macam mana ea? Malulah.. Okey, mengada -.-

Tak tau kenapa kawan-kawan suka tanya bila nak kahwin, apa muka aku ni muka macam nak kahwin ke? Dah ada seri pengantin ke macam mana? Peliklah juga. Ke korang tanya sebab niat bergurau? Tolonglah jawab! Ke sebab cincin yang aku selalu pakai tu? Jawablah jawablah..

Kita seteres tau macam ni. Tak suka tau. Alaaaaa *nada mengada*

Okeylah, kita serius balik ea, hee :) 
Kalau sesiapa tanya aku bila aku nak kahwin, aku sendiri pun tak tau. Haa, kalau awak, awak tau tak nak jawab apa? Lainlah awak memang tengah siapkan kad jemputan, tunggu nak hantar je kat rumah kengkawan kan, bolehlah diterima pakai. Yang aku ni, hmm, rasa macam nak nyanyi lagu yg "harapan menjadi layu" tu pulak rasa.

Nak tau aku selalu jawab apa? "Mira, bila nak kahwin" "Tahun ni! *sambil bibir senyum lebar*" "Weyh, kau bila nak kahwin?" "Tahun ni weyh" "Eh, Ayu dah kahwin ke? Ke nak kahwin tak lama lagi?" "Hee, takdelah *sambil tepuk bahu ala mak jemah*" Aku selalu jawab tahun ni, almaklumlah aku ni jenis yang suka bergurau. Tapi pemalu orangnya. Hik :p

Tu je aku nak share pun sebenarnya. Saja je nak share. Hati berbunga-bunga bila cakap pasal kahwin kan? Siap ada rama-rama lagi. Tapi tulah, jodoh, ajal, rezeki semua di tangan Allah SWT. Kita usaha jelah, kalau Allah nak bagi awal, alhamdulillah. Tugas kita, usaha, doa dan tawakal. Selebihnya kerja Allah SWT. Tak gitu semua?

Buat masa ni, aku cuba sebaik mungkin untuk jaga hati mak ayah, baru jaga hati orang lain. Terutama mama lah yang banyak bersusah payah untuk aku. Mamalah yang selalu ada saat aku senang dan susah. Hati dia yang aku perlu jaga dulu sebelum jaga hati orang lain. Ada maksud tau ayat ni, fikir sendirilah, hee.. Dah lama baru terfikir benda penting macam ni, ambil iktibar dari kejadian baru-baru ni. Banyak kali dah jadi sebenarnya, tapi tah, buta lagi time tu. Sekarang baru celik sikit. Mungkin sebab dah 21 kot, kahkah. Tak logik langsung alasan. 

Hmm, tu jelah rasanya nak share pun. Haa, aku tak kisah korang nak tanya pasal "bila nak kahwin" ni, serius memang tak kisah langsung. Manalah tau, termakbul ke kan? Kata-kata tu kan doa :)


Monday, 22 July 2013

Nota Hati

Assalamualaikum.. Good morning..

Its been a while since I wrote here, kan? Too busy with final exams plus my Merah which is my laptop is not in a good condition. Dia sakit, sedihkan? Oh, tak? Hmm, okey. Hee..

Okey, sebenarnya tadi lagi nak menaip, lepas Subuh, tapi aku takut. Aku takut apa yang aku taip kat sini akan buat hati beberapa pihak terluka. 

Dua hari lepas, genaplah usiaku 21 tahun. Ia tidaklah seindah mana, macam hari biasa. Boleh bayang betapa luluh hati? Aku bukan mengharap hadiah semahal dan sebesar mana, aku jenis yang simple, sekadar luang masa sama-sama, keluar makan, keluar jalan-jalan, dah lebih dari cukup. Buat aku tersenyum di hari penting aku sekali setahun, bukan sebulan sekali, bukan hari-hari, cuma sehari aku minta. Maaflah kalau inipun sudah membebankan kalian semua. 

Mungkin aku pentingkan diri sendiri. Mungkin aku yang tak faham. Mungkin aku yang keterlaluan. Maaflah, diri tak sesempurna mana, terlalu sensitif. Untuk hari penting ini, aku mengharap pada dua orang penting dalam hidup aku. Aku rasa mereka tahu siapa mereka. Maaflah, ini tempat untuk aku meluahkan segala luka yang terbuku, bukan niat untuk mengaibkan. 

Saat diri terlalu kecewa, aku cari tempat untuk mengadu, ada memang ada, tapi tak cukup. Rupanya ada tempat yang lebih bermakna untuk aku luahkan segala rasa. Aku terlupa aku masih ada DIA. Kepada DIAlah aku bersujud, memohon ketenangan hati, memohon hati ini DIA pegang agar aku sentiasa redha dengan ketentuanNYA. 

Buat mama, maafkan ayang. Umur dah 21, tapi manja sangat. Sorry.. Terima kasih untuk gelangnya :D

Buat awak, maaf. 








Wednesday, 5 June 2013

Aku Hilang Tempat

Aku hilang tempat berkongsi rasa yang selama ini aku terbiasa,
Aku hilang tempat yang aku sering luangkan bersama,
Aku hilang tempat yang aku sering melawak,
Aku hilang tempat yang aku sering menangis,
Hilang.. Semuanya hilang..
 
Sakit, jangan ditanya bagaimana rasanya,
Pedih, jangan ditanya bagai dihiris apa,
Janggal, jangan ditanya sebanyak mana,
Menangis, jangan ditanya sekerap bila.
 
Tidak kusangka ini bayaran alam 20 an,
Berat, mungkin tak seberat mana,
Hakikat akan kekal menjadi hakikat,
Realiti di depan mata seakan melambai-lambai,
Mengeluh, sudah terlalu kerap rasanya.
 
Satu saja kehandalan yang aku tabik dengan diri sendiri,
Aku pandai berpura,
Kononnya suka dalam hati sebaliknya,
Di luarnya senyum di dalam menangis geram,
Berlakon tanpa lensa,
Aku cipta dunia lakonan sendiri,
Hebatnya pentas ciptaanku ini.

Terlalu banyak yang aku simpan,
Terlalu banyak yang aku pendam,
Ada masanya api kemarahanku pecah,
Maafkan aku, aku juga manusia biasa.





Friday, 31 May 2013

Aku Tewas

Aku dah cuba semampu aku untuk tersenyum,
Aku dah kerah semua anggotaku untuk turut tersenyum,
Tapi kali ini nyata aku tak kuat,
Air tetap keluar dari kelopak mata.

Hati terlalu sakit untuk hadapi semua ini,
Sakit yang aku sendiri cuba ubati,
Sekali hati tidak berdaya lagi,
Aku tewas kerana hatiku lemah selemahnya.

Aku menangis semahuku,
Habis semua basah dek air mata yang turun mencurah,
Sedihnya hati tidak tertahan lagi,
Penat menahan sebak yang terlalu lama di lubuk hati.

Aku gagal menahan sebak,
Sesudah menangis,
Rupanya lega yang datang,
Tidak mengapa,
Aku kuat, aku masih mampu tersenyum :)

Mungkin ini balasan dari perbuatanku yang lalu,
Mengenangkan dosa,
Aku layak diperlakukan sebegini.

Thursday, 16 May 2013

Kenangan

Kenangan,
Terkadang kau membunuh,
Terkadang kau membuatku bernyawa.

Kenangan,
Yang pahit bagaikan hempedu,
Yang manis bagaikan madu.

Kenangan,
Kau buatku semakin membenci,
Kau juga buatku semakin menyayangi.

Kenangan,
Aku minta kau pergi jauh,
Aku minta juga kau dekat denganku.

Kenangan,
Andai itu sudah tertulis,
Tiada yang patut kukesali.

Kenangan,
Ada yang penuh dengan tangisan,
Ada juga yang penuh dengan senyuman.

Kenangan,
Memberi seribu penyesalan,
Tapi penuh berisi pengalaman.

Kenangan,
Jadilah kau sebuah inspirasi,
Jangan kau jadi peristiwa yang menghantui

Kenangan,
Pahitmu tidak mahu kuingat,
Manismu tak mungkin berulang.

Selamat tinggal kenangan..







Thursday, 9 May 2013

Bedtime Story

Assalamualaikum.
 
Hello keekers.. Eh, salah-salah! Hello bloggers :D How are you today? Penatkan hari ni. Penat sangat-sangat sebenarnya. Macam susah nak digambarkanlah penatnya tu. Hihi. Antara sebab penat hari ni, sebab kekurangan waktu rehat. Haa, ayat skema sudah. Nak tahu kenapa?
 
Macam ni, lecturer ada assign our class untuk buat satu video tentang kewangan keluarga, background dan lain-lain. Nampak macam senang, sebab macam simple tau tugasan ni sebenarnya. Tapi oleh kerana kebutaan IT tu terlalu tinggi, aku telah kecundang tahap kaw-kaw. Aku ada cerita pasal cuti aku kan hari tu. Ala, cerita hari tu, ingat tak? Hehe. Bukan aku buat kerja last minute tau (mungkin adalah sikit), aku buat juga time cuti tu, tak caya tanya mak aku. Hikk :p
 
Bila nak burn CD, tiba-tiba ada masalah timbul yang menyebabkan aku kena buat lagi sekali video tu. Memang menangislah kan. Tapi dalam hati jelah. Tak macho pula bila kawan-kawan tengok. Hihi :p Dalam pukul 4.30 pagi macam tu baru siap. Bayangkan. Haihh.. Terima kasih kepada CN yang sentiasa cuba sedaya upaya membantu. Tepuk tangan :D
 
Rasa macam cuti time tu sia-sia bersengkang mata, sungguh-sungguh buat homework. Sekali end up macam ni. Baik duduk je kat rumah like a boss. Okey, tak baik cakap macam tu kan, benda nak jadi. Okey, okey :)
 
Lagi cerita esok, kelas kitorang ada program selama tiga hari. Mula esok sampailah hari Sabtu. Serious talk, tak suka program yang kena stay lama-lama. Tak kisahlah program apapun. Tapiii, apa-apa pun kena ikhlaskan hati. Betul tak? Bila dah ikhlas, insyaAllah everything will run smoothly :) So, doakan keselamatan dan semoga semua urusan dipermudahkan. Terima kasih singgah ;)