Sunday, 6 September 2015

Kahwin?

Hai. Lagi sekali.

Hm kahwin?

Entah. Bila topik kahwin ni keluar aku speechless. Tak rasa apa.

Aku ada negative thoughts pasal kahwin.
Mungkin sebab sekeliling aku kebanyakannya marriage life failed. Aku jadi takut. Banyak contoh tak baik depan mata, sejak kecil. So, what I supposed to think? Of course lah aku jadi takut.

Tapi takut juga, macam mana kalau yang kita tolak tu, sebenarnya jodoh dari Tuhan? Macam mana kalau sebenarnya tak baik asyik tolak jodoh? What I supposed to do now?

For me, kahwin ni sebuah tanggungjawab yang besar. Bukan setakat nak halalkan apa yang haram. Boleh tak kau ada komitmen untuk aku? Untuk mak ayah aku? Untuk adik-adik aku terutamanya. Adik-adik aku tanggungjawab aku. Memang, aku cuma kakak, tapi keluarga aku bukan keluarga senang. Sebab tu aku tak boleh selfish. Tanggungjawab aku berat. Boleh tak terima?

This is serious matter, you know. Kita kahwin nak kekal sampai bila-bila, kalau boleh sampai syurga. Bukan macam main pondok-pondok tu, kejap-kejap je.

Boleh tak layan emosi aku? Boleh tak faham aku? Jaga hati aku? Hormat aku? Bimbing aku? Terima kelemahan aku? Sayang aku? Boleh tolak ansur tak?
Bukan senang tau hidup berdua. Bukan senang apa-apa yang berkait dengan hati dan perasaan. Complicated. Kau boleh tak hadapi 'complicated' itu bersama aku?

*Dah lama simpan dlm draft*

Saturday, 5 September 2015

THANKS

Hai. Lagi sekali.

Beberapa minggu ni rasa down sangat sebenarnya.
Pasal macam-macam.

Mostly soal hati.

Aku tak tau siapa je yang baca blog ni.
Dan aku tak tau apa korang fikir pasal aku.
Mungkin ada antara korang, kawan-kawan aku, kan?
Aku ni jenis nak luah, tak tau nak luah macam mana.
Sebab tu bila ada masalah, aku diam je, aku simpan je, sorang-sorang.
Sorry okay kawan.

Aku jenis tak suka kacau orang sebab aku tak suka orang kacau aku.
Aku jenis buat hal sendiri sebab aku tak suka orang sibuk hal aku.
Aku jenis pendiam, bercakap hal yang perlu je.
Jadi, aku tak nampak apa relevannya ada juga yang suka kacau tepi kain aku.

Apa perasaan bila kawan-kawan boleh sangka buruk pasal kau?
Rasa teruk, kan?
Takpelah, aku ambil positif je.
Setiap orang ada bahagian masing-masing.
Selagi kau hidup, orang akan sentiasa menyibuk hal kau.
Padahal masa kau susah, bukan dorang tolong pun.
Makan ke tak ke, mana dorang kisah.
Dorang kisah hal tepi kain kau je.

Seriously, aku depressed pasal ni.
Sorry. Aku terasa. Tapi takpelah. Mungkin korang ambil berat, kan?
Thanks sebab ambil berat.





September 5, 2015

Hai. Sekian lama menyepi.
Buat apa tu? Sedang berduka atau bahagia?

Saya? Macam biasa. Tak berduka sangat, tapi taklah bahagia sangat. Sedang-sedang je.

Oh ya, semalam tengok Amazing Spiderman 2. Tau lambat tengok, fine. HAHA.
Bukan apa tau, sebab Amazing Spiderman yang first tu pernah tengok dengan boyfriend tak jadi, time birthday pulak tu. Haa, boyfriend tak jadi? Alaa..boyfriend tak jadi ni macam, hampir-hampir jadi boyfriend tapi mula-mula dah rasa tak serasi, so kitaorang give up on each other, so itulah dia definisi boyfriend tak jadi. HAHA. Okay tutup kisah pasal dia. TUTUP.

Tu pasal semalam, hari ni saya tengok Cinta Paling Agung (CPA). Tak pernah-pernah tengok cerita macam ni sebab tak suka sedih-sedih. Okaylah, banyak pengajaran. Tapi serius masih terkesan dengan cerita spiderman sebab Gwen Stacy mati. Haih kenapalah dia kena mati?

Se dua tiga empat lima menjak ni kan, entahlah. Nantilah sambung. Ada orang kacau mood saya. Bye.



Saturday, 22 August 2015

Untitle

I have a lot of reasons to leave.
But, I'm still here.
Waiting for the answer.
I'm still here, stick with only one reason to stay.

Our memories,
Our feelings,
Make me stronger,
Sometimes make me the weakest.
But still, here I am,
Waiting for you.

I may not a perfect match for you,
I have a lot of weaknesses,
I made a lot of mistakes,
I am not perfect.

*Draft 2 months ago*

Now everything's change. Like before. Thank you for giving me a lesson that not everybody deserve a second chance, especially a guy like you. Hope you find your happiness.

Saturday, 1 August 2015

What I've learnt about life?

Okay, so what I've learnt about life?

Jangan simply judge orang. Bersangka baik kan lagi elok.

Jangan suka bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kasut dia, kasut dialah, kasut kau, kasut kaulah. Ujian setiap orang tu tak sama, berbeza.

Jangan pandai cakap je, cuba buat. Orang barat cakap "actions speak louder than words."

Jangan jadi orang yang perlu difahami saja, cuba jadi orang yang memahami sekali sekala. Orang nak faham kau je, orang pun ada masalah sendiri.

Jangan penting diri sendiri. Memang susah nak jaga hati semua orang, tapi at least jangan selfish.

Jangan berlagak atau menunjuk. Tapi mungkin juga kau tak perasan kau ada sikap ni. Takpelah. Suka hatilah sana.

Monday, 29 June 2015

The Right One

Tadi ada terbaca article English yang isinya berkaitan dengan macam mana nak tahu partner kita adalah the "right one" untuk kita.

Article tu bagitau, kita tak perlu terlalu mencari kesempurnaan, sepatutnya kita saling melengkapkan apa yang kurang. Susah senang sama-sama. Saling melengkapilah senang cerita.

Jangan terlalu mencari "the right one" katanya. Sepatutnya terimalah seadanya siapapun yang kita cintai.

Tambah penulis tu lagi, perasaan "falling in love" tu perasaan paling indah. Tapi lama kelamaan, rasa cinta tu makin pudar, tak sama macam mula-mula bercinta dulu. Kebanyakan relationship pasti akan mengalami fasa pudar dan hambar ni. Article tu yang cakap, bukan saya. So masing-masing kena main perananlah. Lebih kurang macam tulah.

Apa yang dapat disimpulkan, kita cuba sehabis baik, kalau bukan nama dia tertulis untuk kita, siapalah kita untuk persoalkan semua tu. Doa jelah banyak-banyak, minta pada DIA.

Okaylah. Adios.

*Psst, selalu lepas solat mesti doa siap sebut nama lepas tu nangis sebab takut, risau, macam-macam lagilah.*
**Psst, ada baca pasal perkahwinan gay tu?**
***Perasan tak banyak penggunaan lah?***


Wednesday, 10 June 2015

Tapi Sebenarnya Tak

Acah kuat
Tapi sebenarnya tak

Konon bahagia
Tapi sebenarnya tak

Berlagak okey
Tapi sebenarnya tak

Semuanya lakonan
Perasaan pun disorok
Ikut telunjuk
Hati cakap ya
Otak semahunya kata tidak
Orang keliling kata jangan
Bagai berada di persimpangan
Keliru harus pilih kiri atau kanan

Sungguh aku tak kuat
Melihat sejarahnya saja sudah cukup buat aku cemburu

Entahlah.