Sunday 6 September 2015

Kahwin?

Hai. Lagi sekali.

Hm kahwin?

Entah. Bila topik kahwin ni keluar aku speechless. Tak rasa apa.

Aku ada negative thoughts pasal kahwin.
Mungkin sebab sekeliling aku kebanyakannya marriage life failed. Aku jadi takut. Banyak contoh tak baik depan mata, sejak kecil. So, what I supposed to think? Of course lah aku jadi takut.

Tapi takut juga, macam mana kalau yang kita tolak tu, sebenarnya jodoh dari Tuhan? Macam mana kalau sebenarnya tak baik asyik tolak jodoh? What I supposed to do now?

For me, kahwin ni sebuah tanggungjawab yang besar. Bukan setakat nak halalkan apa yang haram. Boleh tak kau ada komitmen untuk aku? Untuk mak ayah aku? Untuk adik-adik aku terutamanya. Adik-adik aku tanggungjawab aku. Memang, aku cuma kakak, tapi keluarga aku bukan keluarga senang. Sebab tu aku tak boleh selfish. Tanggungjawab aku berat. Boleh tak terima?

This is serious matter, you know. Kita kahwin nak kekal sampai bila-bila, kalau boleh sampai syurga. Bukan macam main pondok-pondok tu, kejap-kejap je.

Boleh tak layan emosi aku? Boleh tak faham aku? Jaga hati aku? Hormat aku? Bimbing aku? Terima kelemahan aku? Sayang aku? Boleh tolak ansur tak?
Bukan senang tau hidup berdua. Bukan senang apa-apa yang berkait dengan hati dan perasaan. Complicated. Kau boleh tak hadapi 'complicated' itu bersama aku?

*Dah lama simpan dlm draft*

No comments:

Post a Comment