Monday 31 December 2012

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum..

Hari ini hari terakhir dalam tahun 2012, so what's the plan pada siapa-siapa yang masih bercuti, macam aku? Kalau aku, aku tak ke mana-mana hari ini, penat hokeyh, seminggu berjalan. Melekat di rumah cuma 2 hari saja, okey tipu, 3 hari sebenarnya.

Esok bermulalah angka 2013. Tahun baru sering dikaitkan dengan azam baru. So, apa azam baru awak semua? Ke sama je macam tahun sebelumnya? Kalau aku, aku tak set apa-apa azam pun, tak tipu ni. Cuma, adalah juga checklist untuk tahun depan, kira macam impian dan harapanlah, bukan azam. Ke itupun dikira sebagai azam? Argh! Mana-mana jelah.

Selalu akhir-akhir tahun ramai yang pergi bercutikan? Betul tak? Tak nak cerita panjang lebar, tengok gambar jelah, boleh? Hee.

Taraa ~ eh, nak pergi mana ni? Cuba teka.

Dengan Cik Mimi ku sayang :)
Dapat teka tak? Ini khemah tempat aku tidur, of course dengan family :)

Antara peralatan yang kami bawa.


Muka happy tak sabar nak mandi. Baru bangun tidur ni. Hee.



Model tersohor Port Dickson. Ihik :)

Khemah jiran sebelah. Okay, ini sepupu sepupu dan pakcik. Teka mana satu pakcik muda aku?

Model khemah terkenal. Boleh call beliau untuk sebarang perkhidmatan.

Tengok, khemah kami berhadapan. Boleh bermesyuarat khemah. Haha.

This is my lovely little sister :)
Ini gambar selepas bermandi manda di waktu pagi :)


Milik siapakah selipar ini?



Pasir pantai dan istana tidak dapat dipisahkan.

Tengok! Betapa ramainya manusia.

Para remaja ni adalah pelawat pantai yang menarik perhatian aku. Sebab, mereka singgah kejap je.


Penghilang dahaga paling setia, mungkin.

Tandas awam kat belakang tu hah. Mandi seringgit, buang air limapuluhsen. Hee. 
 Trip kami 2 hari 1 malam, 24 dan 25 Disember yang lalu. Ini antara gambar yang aku sempat ambil hari tu. Selebihnya ada dalam Facebook :)
 
Sampai sini saja. Terima kasih singgah :D Eh, selamat tahun baru 2013 juga!

Bila Azmil Further Study ~

Assalamualaikum dan hai, hello :D

Sudah sekian lama rasanya blog ini ditinggalkan. Eh, yeke? Hmm, okay, so this time I'm gonna share something about my brother, Mohd Azmil or Mel, the name that I used to called him.
Inilah orangnya :)

Awal bulan Disember 2012 beliau telahpun melanjutkan pelajaran beliau di salah sebuah kolej yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Sebelum mengambil keputusan yang penting dalam hidup, beliau mempunyai sedikit konflik, dengan perasaan keliru sendiri. Okay, aku tak nak cerita panjang panjang, nanti aku lupa nak cerita apa then of course ianya akan menjadi bosan.

Memanglah rindu sebab kami makin jauh, jarak memisahkan kami adik beradik. Hey hey, airmata please jangan jatuh, tak macho nanti. Hmm, tapi bila difikirkan balik, inilah hidup dan inilah juga pengorbanan. Kenapa perlu bersedih? Dia pergi menimba ilmu, salah satu dari kewajipan seorang muslim, ye tak? Dia juga melakukan itu untuk masa depan yang lebih cerah kelak.

Memang rasa lain macam sikit bila berjauhan. Bukan sikit sebenarnya, tapi banyak. Hari tu aku ada main edit-edit gambar tau, nak tengok? Taraaaa ~
 
Okay, aku rendah, dia tinggi.


Ada paparazzi skodeng kami. Senyum jelah :)


Hai, nama saya Azmil, boleh panggil saya Preety Zinta di Twitter. Ihiks.


Gambar favourite.
Jadi, ini sajalah rasanya. Nak bebel banyak-banyak pun, nak buat apa kan? Bo bo bo san san san. Hee :)
 
Terima kasih singgah. With love :)

Sunday 9 December 2012

Random Entry


Assalamualaikum..
Hai hai..
Termenung jauh betul kan? Kengkonon je ni. Haha.

Tengah aku diam-diam, menungkan masa depan sendiri, tiba-tiba otak aku terfikirkan word ini:
 "Sepuluh kebaikan akan kalah dengan hanya satu kejahatan"

Macam pening sikitkan, apalah maksud cerita aku kali ni.. Melalui apa yang aku pernah alami sendiri, dan apa yang orang-orang selalu cakaplah, bukan orang-orang kat sawah padi tu tau, merujuk kepada orang-orang sekeliling. Hee. Orang-orang selalu cakap, bila kita buat jahat sekali itu saja pun, masyarakat sekeliling akan ingat sampai bila-bila, tak kiralah sesiapapun, berkemungkinan juga orang-orang yang pernah rapat dengan kita akan mula menjauhkan diri dengan kita. Walau macam mana insaf sekalipun kita lepas tu tetap akan ada mulut-mulut yang memperkatakan kisah kejahatan kita tu. Mulalah dialog-dialog membisikkan kata-kata yang akan merebak secara perlahan-lahan seperti, “Dia nilah yang __________ tu”, dan macam-macam lagilah.

Bagi akulah kan, semua tu kisah silam masing-masing, semua orang pernah buat silap. Janganlah judge orang tu sampai macam tu sekali, ada yang sampai seumur hidup pula tu, janganlah kejam sangat. Lainlah kalau memang dia still buat perkara tak elok tu. Ada caranya, mungkin kita boleh tegur dia, tegur secara baik, kalau memang jenis yang tak 'makan saman', carilah alternatif lain, kita boleh doakan dia, bukan doa supaya dia ditimpa bala ke apa, tak baik macam tu, minta Allah swt lembutkan hati dia untuk berubah.

Lepas tu, bila seseorang tu memang dah berniat untuk berubah, kita layanlah dia dengan baik, lupakan apa yang pernah dia buat, tu silap dia dulu, mungkin dia pun tak bermaksud langsung nak buat macam tu kan. Yelah, kadang-kadang, bila dia tengok orang sekeliling macam tak sokong dengan perubahan dia, mungkin dia akan berjinak-jinak semula dengan perkara yang tak elok tu. Jadi, sebagai masyarakat yang prihatin, kita kenalah sokong, apalagi kalau dia merupakan saudara terdekat kita sendiri, siapa lagi nak sokong dia kalau bukan kita! Tiba-tiba terasa macam karangan pula cerita aku kali ni. Argh! Peduli apa. Nak cerita juga.

Lain pula kisahnya bila orang yang kita sayang, tak kiralah family, kawan, orang terdekat, yang memang kita sayang sangat-sangat, rapat dengan orang-orang yang buat perkara tak elok ni. Mestilah kita risau takut orang-orang yang kita sayang terjebak sekali. Siapa yang tak risaukan? Haihh.. 

Lagi, apa aku nak bebel tadi. Dah lupa dah. Haha. Hmm, tu sajalah gamaknya. Terima kasih singgah. See yahh! :D 

P/s: Weyh, ni random post je, tiada kena mengena dengan yang tengah tidur mahupun tengah makan.. Lagi tiada kaitan dengan games Malaysia malam. Hidup Harimau Malaya! Hee.

Saturday 8 December 2012

Motivator to ourselves?

Assalamualaikum..

Hari ini merupakan bad day aku, bila sebut laju-laju dengan kadar berbisik, mungkin akan terdengar seakan-akan birthday. Cuba try test. Hee :D

Actually, it just something that I feel really upset with myself. You know how it feels? Rasa macam nak menangis time tu juga. Tapi, takkan nak menangis dalam kelas kan? Tak macho langsung. So, apa yang aku buat? Haa, aku tarik nafas dalam-dalam dan senyum. Okay, memang tak berkesan sangat. Buat banyak-banyak kali, baru berkesan.

Tapi cara tu berkesan sekejap saja. Cara lain, kita cakap dengan diri kita sendiri, maksud aku cakap dalam hati. Karang awak pergi cakap sorang-sorang, memang orang akan fikir lainlahkan jawabnya. Mohon jangan buat macam tu. Haishh.. Cuba naikkan semangat sendiri dengan memberi kata-kata semangat, kata-kata positif. Selalu aku cakap dalam hati " takpe ayu, bukan teruk sangat pun, lain kali boleh cuba lagi" kemudian senyum. Memang bila kita tak dapat buat something, kita akan rasa kecewa, sekaligus nak menangis macam baby. Okay, mungkin aku je yang rasa macam tu *tertunduk, diam*
Mungkin menangis ala-ala baby ni. Kesian dia. Tehee.

Rasa kecewa memang sakit. Sakit teramat. Tapi, siapa lagi yang dapat pulihkan perasaan sendiri selain diri sendiri. Kan? Ada juga cara lain, minta tolong parents, adik-beradik, kawan-kawan. Haaa, kawan-kawan ni penting, sebab merekalah yang selalu dengan kita di saat kita bersendirian di rantau orang ni. Kan kan? Nak nak yang tercampak jauh beribu batu dari family, yang berjam-jam duduk dalam bas baru sampai. Haha, itu aku.
Peneman suka duka.

Dah nama pun bad day kan, takkanlah nak bergelak ketawa. Mestilah jawabnya bersedih duka. Amboiii.. Lepas je sampai rumah tempat aku berteduh di rantau orang ni, aku terus membuka laptop berwarna merahku. Ingin kuluahkan segalanya pada dia, tapi mendengarkah ia? Haha, okay, merepek. Takdelah, purpose aku untuk online, nak tahu apa yang jadi kat Malaysia mahupun luar negara<--- ini tipu!, dan ditemani lagu-lagu tangkap leleh habis. Aku online twittah, diari bergerak kebanyakan orang. Hee. Kadang-kadang twittah ni pun boleh jadi pengganti komik, berita tv3, majalah gosip, buku ilmiah dan bermacam-macam lagi. Tergelak wooo bila terbaca ekspresi-ekspresi mereka-mereka yang dizahirkan dengan hasil taipan masing-masing. Eh, taipan? Macam lipan pun ada, haa, cipan pun ada juga. Haha.

Sebenarnya, cerita aku ni dah terpesong jauh, sebab dah lupa nak taip apa. So, aku just taip apa yang bermain di fikiran aku buat masa ni. Tapi, ingin aku tegaskan di sini! Semua orang boleh jadi motivator yang terbaik untuk diri sendiri. Percayalah! Dan kita boleh lakukan dengan lebih baik lagi dengan hanya pemikiran yang positif.

P/s: Be a positive person. That's how you should treat yourself in overcoming the negative one. See you in the next entry. Love :*

Tuesday 4 December 2012

Aku bangga !

Assalamualaikum..

Haiiiiii.. Okay, aku tahu tajuk di atas agak mengelirukan sedikit. But, it is true! I'm proud of myself. Jyeahh! Haha.

Okay, okay.. Nak tahu sebab apa? Hmm, tapi malulah, nanti awak semua buat muka pelik, dan mungkin bermonolog dalaman "laaaa, tu jeee? seriously lah, minah ni.." Tapikan awak semua, it is good to be proud of ourselves, veeeryyyy goood actually. Sebagai motivasi kepada diri sendiri sebenarnya. 

Nak tahu kan sebab apa? Okaylah, aku bagitahu. Pada 3 Disember dalam pukul 11.50 pm, aku dengan rasminya berjaya meletakkan advertisement dalam blog aku ni *muka bangga*.. Dah banyak kali aku cuba, asyik fail je, aku tak tahu apa masalah aku sebenarnya. Masalah pening mungkin. Okay, lambat pick up, betul ke eja macam tu? Arghh, lantaklah. Tapi bunyi dia, pikap, lambat pikap. Cubaan yang kelima mungkin, akhirnya aku berjaya. Yey! *clap clap*

Di sini ingin aku utarakan pengakuan berani mati, bahawasanya, berblog ni bukan perkara yang agak senang. Ia memerlukan kerajinan dan kesedaran yang tinggi untuk meluangkan sedikit masa explore the whole thing, untuk lebih faham. Mungkin pada layout, pada template, font and everything

Ada juga aku cuba selitkan gambar kat header, dah cuba 4 kali, tapi tak berhasil juga. Apa yang aku maksudkan, di sebalik tajuk blog, ada gambar. Hmm, lebih kurang macam tulah. Ya, next time maybe. Perlu masa jugakan? Betul tak? 

Lagi satu, sebenarnya aku tak fixed dengan satu template. Mesti kejap kejap nak tukar. Sangat tak bagus okay! Nanti kena adjust balik. Perlu masa lagi. Dah mengadap laptop dalam beberapa jam. Eh, study nya, assignment nya macam mana? Ye tak? 
Tapi, hati dah suka, nak buat macam mana kan T_T <--- macam lari tajuk..

Lagi apa? Haaaa, actually nama blog ni pun tak fixed lagi, sekarang musim ketandusan idea. I'll update once I've the title. Hee. Menurut Cerita M. I. A tu aku baru saja tukar kepada AyuMiraei. Alang-alang tukar template kan, tukar nama sekali. Nanti bila tukar template lagi, aku tukar lagi nama blog yang baru. Haha, biar awak semua pening pening lalat.. 

Sampai sini saja kali ni. Pasal template, layout semua tu pun nak ceritakan, apalah. See yah! :D