Sunday 28 December 2014

In love & Obsesi

"In love" adalah satu perasaan yg susah nak 'describe'
Tapi yang pasti kita akan tersenyum saat kita bangun dari tidur
Tidur yang kadang lena dan kadang tak
Dan sebelum melelapkan mata kita turut tersenyum disebabkan satu perasaan yang 'undescribeable'

Saat ini kegemaran kita adalah tersenyum sepanjang masa
Saat ini juga kita seperti berada di awangan 
Tanpa sedar kita tidak merasa kewujudan insan di sekeliling kita
Percakapan mereka bagaikan angin lalu
Perbuatan mereka bagaikan eh-aku-tak-nak-ambil-tahu

Kelibat dia selalu ada di fikiran
Nama dia selalu menjadi sebutan di mulut dan juga hati
Selalu terlihat insan yang seakan menyerupai dia
Padahal kau tahu itu bukan dia
Kau tahu dia jauh

Kau mula ada 'instinct' berkenaan dia
Dia 'okay' atau tak kau boleh rasa
Kadang keberadaan dia pun kau boleh tahu
Hebat penangan "in love"

Kau juga sudah pandai menjadi 'informer'
Setiap apa yang kau buat atau rasa
Bagaikan menjadi sebuah kewajipan untuk dikongsi bersama
Setiap hari

Dia sakit, kau pun sakit sama
Dia bermasalah, kau pun turut merasa
Ada masa dia hilang, kau terus hilang arah
Semua tempat kau 'moody'
Kau tutup perasaan, tapi 'still' terbuka
Yang rapat mulai curiga ada sesuatu yang tak kena
Mereka pun bertanya apa yang tak kena
Kau jawab dengan sekuntum senyuman pahit
Berat rasa di dada, kau seorang yang rasa

Mendengar nama yang sama dengan dia cukup meruntuhkan jiwa
Kau tidak tahu ingin berbuat apa
Perasaan ini sememangnya datang tanpa diduga
Puas kau menidakkan, tapi hati tetap mengiyakan
Sakit menahan, sakit lagi jika diluah

Dia menjadi suatu obsesi buat kau
Semakin lama kau menjadi semakin lemah
Dek kerana perasaan yang disembunyikan
Perasaan yang dinafikan
Puas kau pesan diri sendiri untuk berhenti
Tapi perasaan itu makin juga mendesak

Akhirnya kau nekad untuk menjauhkan diri
Agar perasaan ini hilang sendiri
Tapi masih kau tak boleh tipu hati
Hati yang terlanjur sukakan dia

Hasrat untuk menjauhkan diri telah sampai ke pengetahuan dia
Bermacam alasan kau bagi
Tapi dia semakin memaksa
Akhirnya kau mengambil keputusan berterus-terang

Perbincangan berakhir
Dan kau masih nekad menjauhkan diri
Kerana obses ini semakin memburuk
Kau takut kau lupa Tuhan sebab dia
Dan kau takut kau belum bersedia
Kau lari, semua jenis komunikasi kau henti
Tapi masih gagal menipu hati sendiri
 



5 o'clock

Hai. Post ini ditaip melalui handphone saya. Dan saya sangatlah excited. 

Blogger.com ni ada apps kan? So, uninstall whatsapp utk jangka masa yg lama dan install apps ini so kita boleh share cerita hari-hari. Hm, siapa je yg baca? Haha.

Takpe, ini tempat persembunyian saya :) 

Mata panda, berhari-hari tak cukup tidur. Siapkan thesis. Serius seram. Seram.

Okay, bye. Happy sunday :)

Friday 26 December 2014

Random Post Lah!

Hai babe! I read your blog. And it was awesome, I like all your posts.
Ada satu ayat ni "jangan percaya orang yg baru kita kenal."
Yes, I agree that. Mama pun pernah cakap, sedangkan seorang ibu pun belum tentu "kenal" anak dia sendiri.
Kan?

Sebenarnya, banyak kerja ni. Kena settle kan thesis.
And all the variables are not significant. Stress gila rasa.
Otak denyut-denyut, serius ni!
Sebab tu kadang rasa macam "nak ber-blog kejaplah"
Kat sini tempat menyorok paling best, orang tak nampak tapi sebenarnya nampak.
Eh macam mana tu?

Sementara tu, mari sama-sama doakan saudara-saudara kita yg sedang menghadapi banjir.
Semoga Allah kuatkan hati mereka, semoga mereka redha.
Semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah, jauh dari bahaya.
Aku percaya doa itu ajaib, magic.
Setiap manusia, dugaan dia lain-lain, kan?
Keep strong. 

Hari ni, minda asyik berkata "take me as I am, or watch me as I go."
Selalu sangat diuji, diberi harapan, dimacam-macam lagilah.
Ya, mungkin mereka-mereka ni tak sengaja, saya maafkan.
Manusia mana yg tak buat kesilapan.
Oh no, ini bukan kisah sedih.

Sebab tu, sekarang memang suka menjauh, suka mengelak.
Kita tak tau niat orang, mungkin baik, mungkin jahat.
Kalau bukan kita yg nak jaga diri kita sendiri, siapa lagi?
Hati kita ni siapa nak jaga? Kita juga.
So, jagalah baik-baik.
Jangan bagi hati sakit.
Bila hati sakit, effect kat otak.
Bila sampai otak ni bahaya.
Sebab tu selagi boleh elak, kita elak.
Terutama perempuan.

Penatlah. I need rest.
Remember! Love yourself first before you love others.
Oh ya! You can call me Ayu because it is a new edition of me.
K gurau je. *sambung buat thesis*


Wednesday 24 December 2014

Senang Je?

Cakap senang
Tapi nak buat susah
Mudah je nampak
Sebenarnya tak
Kau apa tau?
Aku yang pijak
Kau cuma tengok
Tak rasa.


Tuesday 23 December 2014

Tweet Versi Blog

Perempuan, hati dia lembut
Sebab tu senang terluka
Lelaki pula, dia senang buang jauh perasaan dia
Mudah dia singkir perasaan yg dia rasa tak perlu.

Perempuan ni banyak fikir
Benda kecil pun dia boleh fikir dalam-dalam
Lelaki, selagi benda tu belum besar
Jangan harap diorang nak pandang pun.
Kan? (Based on my view only. Sorry)

Perempuan ni suka over
Mungkin kadang merimaskan lelaki
Tapi percayalah
"Over" ini yg kau cari nanti

Perempuan ni ada kuasa
Kuasa sixth sense
Instinct perempuan kuat
Bukan acah-acah 'care'

Perempuan ni lemah
Mudah jatuh dalam perangkap
Mudah lalai dalam perkataan manis
Mudah leka dengan perasaan

Sebab twitter punya words tak cukup untuk semua ini.
Sebab nak lari dari thesis kejap.
Sebab saja nak merepek dalam ni.
Sebab perasaan aku koyak.
Sebab terlalu banyak sebab.
Sebab tengah dengar "The Heart Wants What It Wants"

Memori 2014

Yesterday, or should I call it tonight. 
Because it is twenty two, on the way to twenty three of December.
If you know what I mean. Eheh.

Where should I start it?
Okay..
I have feelings to this one guy.
Which I think I shouldn't have this kind of feeling.
And I made up my mind that I should stay away from him.

Before that, he asked me why this and that.
So, I have told him what I suppose to tell.
I chose for being honest about my feeling.
Then, he can accept with his open heart and mind.
Eh, alih bahasalah senang.

Dia serupa macam aku, ada perasaan suka.
Tapi, dia belum bersedia.
Sebab bagi dia, perasaan itu adalah sebuah tanggungjawab.
Tanggungjawab untuk bernikah.
Aku hormat pendirian dia.
Aku juga tidak berharap yg terlalu tinggi.
Niat aku memang ingin menjauhkan diri.
Sebab aku dapat rasa perasaan ini terlebih dari yg sepatutnya.
Aku semacam obses dengan dia.
Memang tidak patut.
Sebelum aku jauh tersasar dari landasan yg benar, lebih baik elak.
Aku pegang prinsip; selagi boleh elak, kita elak.

Dalam hal macam ni, kita perlu matang.
Aku tersenyum sendiri bila terasa diri sudah semakin matang.
Ya, belum matang sepenuhnya.
Tapi aku belajar yg redha itu perlu.
Aku redha Allah hantarkan perasaan ini pada aku.
Dan aku bersyukur, perasaan ini jatuh pada insan seperti dia.
Yang tanpa sedar sebenarnya dia menarik aku dari perkara yg sia-sia.

Aku hormat dia, aku hormat cara dia.
Mungkin sebab itu hati ini terlalu lemah hingga jatuh tanpa sedar.
Mujur, masih terlalu awal.
Sempat untuk berpatah balik.
Aku tidak minta untuk sesiapapun faham situasi ini.
Aku yg jalani, maka aku jualah yg lebih memahami.


#PieceOfWork