Monday 29 June 2015

The Right One

Tadi ada terbaca article English yang isinya berkaitan dengan macam mana nak tahu partner kita adalah the "right one" untuk kita.

Article tu bagitau, kita tak perlu terlalu mencari kesempurnaan, sepatutnya kita saling melengkapkan apa yang kurang. Susah senang sama-sama. Saling melengkapilah senang cerita.

Jangan terlalu mencari "the right one" katanya. Sepatutnya terimalah seadanya siapapun yang kita cintai.

Tambah penulis tu lagi, perasaan "falling in love" tu perasaan paling indah. Tapi lama kelamaan, rasa cinta tu makin pudar, tak sama macam mula-mula bercinta dulu. Kebanyakan relationship pasti akan mengalami fasa pudar dan hambar ni. Article tu yang cakap, bukan saya. So masing-masing kena main perananlah. Lebih kurang macam tulah.

Apa yang dapat disimpulkan, kita cuba sehabis baik, kalau bukan nama dia tertulis untuk kita, siapalah kita untuk persoalkan semua tu. Doa jelah banyak-banyak, minta pada DIA.

Okaylah. Adios.

*Psst, selalu lepas solat mesti doa siap sebut nama lepas tu nangis sebab takut, risau, macam-macam lagilah.*
**Psst, ada baca pasal perkahwinan gay tu?**
***Perasan tak banyak penggunaan lah?***


Wednesday 10 June 2015

Tapi Sebenarnya Tak

Acah kuat
Tapi sebenarnya tak

Konon bahagia
Tapi sebenarnya tak

Berlagak okey
Tapi sebenarnya tak

Semuanya lakonan
Perasaan pun disorok
Ikut telunjuk
Hati cakap ya
Otak semahunya kata tidak
Orang keliling kata jangan
Bagai berada di persimpangan
Keliru harus pilih kiri atau kanan

Sungguh aku tak kuat
Melihat sejarahnya saja sudah cukup buat aku cemburu

Entahlah.

Tuesday 9 June 2015

Jangan Baca!

Sometimes I can be so kebudak-budakan
Sometimes I can be so diam tak nak cakap langsung
Sometimes I can be so happy suka senyum sorang-sorang
Sometimes I can be so pelik tiba-tiba menangis
Semua aku boleh jadi dalam sekelip mata

Paling tak best, aku cepat bosan
Bukan bosan yang macam tu
Ni bosan lain
Alaaaa susah nak terang
Tapi bukan cepat bosan dengan manusia
Setakat ni tak pernah lagi bosan dengan manusia
Manusia je bosan dengan aku. Sobs.

Paling best sebab aku rasa aku power
Bukan power rangers
Tapi power rangers pun boleh
Ai suka power rangers
Banyak colour. Haha.

Power sebab walau banyak macam mana masalah sekalipun
Never blame others
Berserah je kat Tuhan
Doa minta macam-macam
Doa terjumpa ka-ching kat tepi jalan ke kan
Doa je apa apa
Aku percaya doa itu sesuatu yg ajaib

Power yang lagi satu ni
Aku senyum je
Walaupun rasa nak menangis semahunya
Tapi kat tempat kerja takkan nak menangis
Tak macho tu satu hal
Nanti orang tanya macam-macam
Tak suka
Sebab tak reti share problem
Sebab aku jenis bermonolog
Aku cakap dalam hati dan kau mendengarnya
Amboi
Heee

Makin merepek ni. Kita sudahi kemerepekan ini dengan makan.
Sebab ai lapar gilos. Musim lapar sepanjang masa tak kira tempat tapi kadang-kadang lupa nak makan.

Eh jap! Kawan-kawan ai pun power juga. Diorang nilah power rangers sebenar. Lagi-lagi Nani, ketua segala power rangers yang ada. Iloveyou Nani.

KAN DAH KATA JANGAN BACA!


Random ; Simple

Kali ni random post je since dah lama tak post random. Ehh

Mata dah berat sangat amat terlalu.
Tapi tak kira, nak taip juga.

Nak share perkara simple yang aku suka.
Terdetik pasal perkara simple ni sebab tadi time kerja, tak ingat tarikh.
Walaupun sebenarnya kalendar depan mata. Heh.

Aku suka kalau hari dengan tarikh tu senang nak ingat.
Contoh macam minggu lepas; isnin bersamaan 1 haribulan.
So aku tak perlu susah payah nak tengok kalendar.
Tapi mustahil setiap minggu 1 hingga 7 haribulan, kan?

Lagi?
Aku suka orang decide kan apapun untuk aku.
Sebab aku susah nak buat keputusan.
Contohnya; nak makan apa, nak pergi mana.

Lagi? Lagi?
Aku suka orang guide aku buat something one by one.
Aku suka orang cakap lembut lembut dengan aku. Haha :p
Aku suka..alaaa kita sambung nantilah.

Selamat malam Encik yg makin menjauh, yg makin awkward, yg selalu dlm ingatan, yg dulu pernah hilang muncul kembali, yg tersayang. Mimpi indah. 


Sunday 7 June 2015

Tersepit

"Kak, kau ni umpama anjing yg tersepit," terpacul keluar dari mulut seorang adik.

Aku pun perasan, selalu sangat tersepit, jadi orang tengah
Yang ni suruh bagitau yang tu macam ni, yang tu suruh bagitau yang ni macam tu pula
Yang ni suruh buat macam ni, yang tu suruh buat macam tu
Jangan buat ni, jangan buat tu
Seronok ke macam ni?

Aku juga yang kena mengalah, ikutkan je rentak.
Sekarang ni jarang sangat ikut rentak 'yang ni' dengan 'yang tu'
Sebab aku rasa aku tak mampu nak layan semua
Dengan kerja lagi, perangai manusia lagi, masalah sendiri lagi
Aku tak nak stress, aku tak nak sakit

Tak, ni bukan marah ke nak aibkan sesiapa
Cuma tak tau dah nak luah pada siapa
Sikit je lagi boleh gila macam ni
Ni serius punya hal
Tolonglah weh
Tolong

Tolong faham sikit pun dah cukup
Tak best tersepit
Sakit

Stress sikit, demam
Sembuh
Stress lagi, demam
Sembuh
Ulang..

Doa yang baik-baik je. Bye.






Kalau Kau Mampu

Entah.
Jawapan paling ringkas, paling senang.
Tak perlu explaination panjang lebar.
Cukup kau sendiri yg punya jawapan.
Tersimpan rapi dalam lubuk hati yg paling dalam.

Jaga hati.
Kiri, kanan, depan, belakang.
Jaga semua.
Hati sendiri punah, hancur, luka.
Bising apa.
Berdiam sudah.
Mampu tak mampu belakang cerita.

Kalau kau mampu baca hati ini....

**bersambung dlm mimpi**

Selamat malam pemilik hati.

Friday 5 June 2015

Tau tak?

Tau tak sebenarnya penat?
Penat berfikir
Penat bermonolog sendiri
Penat semuanya penat
Sampai sakit kepala.

Tau tak sebenarnya keliru?
Keliru dengan keadaan sekeliling
Sampai satu tahap, ikutlah mana-mana
Tak mampu dah

Tau tak sebenarnya semua orang complicated?
Susah nak faham
Sampaikan rasa macam tersepit
Mangsa keadaan
Ikut sukalah koranglah nak buat macam mana
Selagi sabar aku tinggi
Aku cuba faham

Tau tak sebenarnya semua orang ego?
Tak mengaku perasaan sendiri
Menyorok
Konon kuat

Tau tak sebenarnya semua orang selfish
Fikir diri sendiri
Menyakitkan hati

Tak tau kan?
Konon-konon je

*Inipun dah lama simpan dalam draft*

Tuesday 2 June 2015

Nahi Mood

Berada dalam keadaan emosi paling tak stabil. Cakap omputeh dia, very emotional state, entah betul entah tak. Sebab? Janganlah tanya sebab. Sebabnya kebanyakan sebab yang orang tanya, aku tak reti nak jawab. Buat-buat faham sudahlah. Bolehkan?

Hari-hari pergi kirija (kerja) tiada mood. Rasa nak telan diri sendiri. Entah apa masalah entah. Nak kata pelik, diri sendiri ni memang dah semulajadi pelik. Nak kata aneh, aneh tu adik beradik dengan pelik. Susah betul.

Kan mudah hidup kalau setiap masalah tu kita boleh lupa kejap. Contoh macam kita tinggalkan masalah kita kejap kat rumput-rumput di setiap jalan yang kita lalu setiap pagi nak ke tempat kerja. Berat rumput dengan masalah manusia. Tak logiklah aku ni. Tapi cuba bayangkan kejap.

Kalau boleh kongsi apa yg minda tengah fikir, mesti korang geleng kepala. Terlalu banyak. Nak kongsi, tak tau nak mula dari mana, tak tau nak cakap macam mana. Okay, aku share mana yang simple jelah.

Handphone rosak
Jam pun sama, time ni jugalah dia nak habis bateri
Lepas ni apalagi oi?

I have trust issues
Since semua orang nak mengambil kesempatan, nak mempermainkan perasaan
So aku ada masalah nak percaya orang

Biarpun luar nampak redha, tapi bila terlalu lama pendam, tau jadi apa?
Dendam.
YE, tau dendam tu tak elok. Entahlah.
Bukan senang.

Tanggungjawab aku makin berat
Dan aku tak tau aku boleh tahan ke tak
Sesak kepala fikir nak bayar tu nak bayar ni

Masalah wanita
Kawan baik lambat datang
Risau gila
Nak ke doktor, tapi jenis penakut jumpa doktor
Jadi aku harus bagaimana?
(Seriously, bagi aku masa, nak jumpa doktor ni macam jumpa sesuatu yang mendebarkan, bau klinik je dah takut, ni nak jumpa doktor, tolonglah faham)

Akhir sekali
Aku rasa aku ada masalah dengan diri aku sendiri
Sekian

**menangis tak berlagu**
**selalu lapar**

P/s: Sebenarnya saya dah grad! Nanti kita share. Kalau bukan kat sini, instagram beserta facebook since instagram boleh link dengan facebook dan yang sewaktu dengannya. Hiks. Sekarang malas nak post, lagipun lupa ke handphone rosak. Bai.