Thursday 21 February 2013

Izinkan Aku

Assalamualaikum. Hai.. Hello :D
 
Since last night, I'm getting too emotional. Sebab apa? Haaa... Ni yang rasa nak angin balik ni.. Haha. Eh, dah janji hari tu entry aku tak melibatkan emosi terlampau. Tapi, sikit takpekan? Hee :)
 
 
Aku tak tahu kenapa aku yang sering dipersalahkan. Salahkah aku untuk meminta waktumu sedikit untuk diluangkan bersamaku? Salahkah aku? Kenapa hanya aku yang cuba untuk memahami dan mengalah dalam situasi ini? Pernah sesiapa cuba bertanya padaku apa yang membuatku marah? Pernah kalian cuba memahami aku seperti aku cuba memahami kalian? Pernah kalian cuba mengalah untuk aku walaupun sehari. Pernah?
 
 
Kalaulah benar aku yang salah, betulkan aku. Jangan biarkan aku terus-terusan membenci, aku juga tidak mahu membenci. Kalau aku yang tidak faham, fahamkan aku. Jangan biarkan aku terus-terusan membuat andaian satu persatu, hari demi hari. Tenangkan aku, tenangkan aku dengan kata penjelasan dari kalian. Cukup cuma kata penjelasan, tanpa maaf sekalipun aku terima. Mungkin memang ini kisahku. Sabarkan aku dengan kata caci maki orang. Sungguh aku tidak kuat untuk hadapinya seorang diri. Izinkan aku merasa bahagia di samping kalian semua dengan waktu yang sering mencemburui kita. Izinkan aku.
 
 
 
Terima kasih singgah.
 
 


Wednesday 20 February 2013

Ciri Lelaki Yang Buat Kami "Cair"

Assalamualaikum.. Hai.. Hello :D

Lama tak jumpa, haha tiba-tiba je kan? Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya.. Okay, kali ni aku nak kongsi satu cerita mengenai ciri-ciri lelaki yang kaum Hawa dambakan. Haa, gitu kan. Kelas sangat tajuk dia. Yeke kelas? Tadi masa tengah masak memasak kat dapur, tengah pegang sudip ni haa, boleh fikiran aku menerawang jauh, lepas tu tersengih sorang sorang. Haihh, apa nak jadi dengan anak mama sorang ni. Kerja tak pernah nak fokus.

Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal lelaki ni kan? Hmm, tulah dia, macam tiba-tiba idea ni muncul dalam minda aku. Okay, mari kita mulakan..

Ciri lelaki yang buat kami "cair"?
1) Menjaga 5 waktunya. Selalunya si hawa senang "cair" bila si lelaki menjaga yang 5 nya. Apa yang 5 nya tu kan awaks? Sudah semestinya solatnya. Lebih-lebih lagi sekarang makin susah jumpa lelaki yang cukup solat sehari semalam, jarang-jarang. Let say, kalau tiba-tiba ada lelaki macam ni si hawa jumpa, mesti cair umpama air batu yang diletakkan di dalam oven. Perumpamaan apakah ini? Hehe. TAPI, harus diingatkan kepada kaum lelaki, janganlah anda solat semata-mata nak pikat pengarang jantung awak tu. Perempuan ni dia senang nak nilai, mana satu palsu, mana satu asli. Ibarat macam tulah. JADI, tolonglah jangan berlakon, buat kerana Allah SWT. Peringatan untuk si hawa dan diri sendiri juga :) 

2) Hormat orang tua. Bagi aku, ini penting. Awak-awak yang di luar tu rasa macam mana? Penting jugakan? Bila si lelaki ni tadi dia hormat orang tua, automatik dia akan hormat kita. Percaya cakap aku! Haha. Senang je nak uji mereka ni, haa, gitukan.. Nak tahu cara? First bila mereka ajak kita keluar, mereka berani tak nak minta izin dengan mak ayah kita? Kalau berani, haa, baru gentleman nama dia. Jumpa mak ayah kita, salam tangan semuakan? Mak ayah pun cakap dalam hati "boleh jadi menantu aku ni". Haha, gurau je, tak tahulah apa monolog dalaman mak ayah kita. TAPI, mesti sejuk hati mak ayah kita sebab mereka diutamakan. Bukan pencapaian je perlu diutamakan, mak ayah tu dulu perlu diutamakan. Haa, gitukan, terselit sikit politik. Confirm "cair" si hawa apabila si lelaki begitu menghormati ibu bapa, begitu juga orang sekelilingnya.
 
3) Pandai memujuk. Si hawa juga akan "cair" dengan lelaki yang pandai memujuk ni. Tapi, ramai lelaki tak pandai bab pujuk-pujuk ni kan? Maklumlah, lelaki ni jiwa mereka kasar sikit, tak macam perempuan yang mudah sangat tersentuh. Senang je nak pujuk sebenarnya. Rule pertama, masa si hawa sedang berdiam diri (maksudnya merajuklah tu), si lelaki janganlah marah ke, ikut berdiam ke, awak kena pretend macam biasa. Borak dengan dia, cakap baik-baik. Haa, itu antara tips yang aku tahulah. Selebihnya, pandai-pandailah. Hee..

4) Pandai masak. Haa, ni paling best! Haha :D Memang tidak dinafikan kebanyakan perempuan mengimpikan pasangan yang pandai memasak. Bukan sebab nak tunjuk kami ni "kurang rajin", cuma kalau kita je yang selalu masak pun, macam bosan jugakan? Nak juga sesekali rasa air tangan orang lelaki ni. Hmm, kalau selalu pun okey juga, kami sangat berbesar hati :) Okey, dah stop stop!

5) Protective. Tidak dinafikan juga, si hawa suka berada di samping lelaki yang boleh melindungi dia. Maklumlah hawa kaum yang lemah. Si hawa akan cepat "cair" dengan lelaki yang bersifat melindungi. Tapi, tolonglah jangan macam berpura-pura melindungi. Ianya menjengkelkan, tahu? (ayat skema) Lagi menjengkelkan apabila si lelaki terlebih-lebih protective, macam over protective kuasa dua. Eh, bukan bukan! Kuasa lapan. Pergi sini tak boleh, pergi sana tak boleh, pergi situ lagi tak boleh. Buat ini tak boleh, buat itu tak boleh. Ini bukan protect, tapi jealous. Faham maksud jealous? Ingin melindungi dengan cemburu lain tau! Sangat lain. Jangan disebabkan cemburu, langsung awak tak dapat nak lindungi dia lagi. Susah macam tu. Tiada siapa suka dikongkong. Betul tak?

6) Penyayang. Haa, ini lagi satu point yang boleh buat si hawa "cair". Lelaki penyayang di mana-mana akan menjadi perhatian gadis-gadis (hamboii ayat). Contoh macam, lelaki yang suka budak-budak, suka kucing. Hmm, lelaki yang suka tolong nenek/atuk/OKU melintas jalan kategori penyayang juga ke tak ea? Rasanya sama kategorikan?

7) Rajin. Dalam dunia ni, tiada siapa suka orang yang malaskan? Kalau ada tu, kira awak beruntunglah, hehe. Melalui apa yang aku selalu nampak, kebanyakan perempuan bersifat rajin, lelaki pula cuma beberapa orang sahaja. Sebab itulah, apabila si hawa ternampak si lelaki sedang mengemas rumah, menyapu lantai, dan yang seangkatan dengannya, automatik mata mereka akan terpaku melihat kejadian tersebut. Mulut mereka pun seraya berkata "comelnya". Haa, tak tipu! Selalu yang aku jumpa macam nilah. Haha..

Rasanya itu saja untuk kali ini. Sebenarnya semua ciri ini bergantung kepada masing-masing. Bagi aku, secara jujurnya selain semua yang di atas, lelaki yang selalu mengazankan waktu solat di surau atau masjid itu terkadang membuat aku terpaku sejenak. Selalu pakcik pakcik je yang azan, kita boleh cam suara pakcik pakcik macam mana. Betul tak? Bila orang muda yang azan rasa macam, "haihhh, mesti dia lelaki yang baik", kira macam tulah, hee. Lagi satu, lelaki yang mengaji Al-Quran. Lebih-lebih lagi yang mengaji berlagu. Sejuk hati dengar. Tidak semua perempuan pandang pada paras rupa, kerana hati lebih utama, bukan begitu?

Sekian saja dari pencerita tegar. Entry ini dibuat sekadar suka-suka, memandangkan sudah lama tidak update entry baru. So, have fun people! Terima kasih singgah :D
 

Tuesday 5 February 2013

Lari Dari Masalah

Assalamualaikum. Hai. Hello :D

Aku tengah ada masalah ni. Ya, semua orang ada masalah. Kalau takde masalah, bukanlah kehidupan namanyakan? Aku sepatutnya bersyukur. Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku masalah, itu bermakna Allah mahu aku sentiasa mengingati Dia. Subhanallah..

Aku hampir nak lari dari masalah aku. Kadang-kadang kita kena menjauhkan diri kita sebentar dengan masalah yang membuat kita betul-betul tertekan. Ya, aku cuma HAMPIR melarikan diri. Tapi, itu bukan aku. Serius, itu bukan aku. 

Yang aku cuba buat sekarang, sabar dan cuba kuatkan hati. Awak tolong doakan eah. Terima kasih :)

Kalau Sayang, Kenapa Begini?

Assalamualaikum. Hai. Hello everyone :D

Aku cuma nak share pendapat aku tentang beberapa perkara yang kadang-kadang dianggap remeh oleh pasangan kekasih di luar sana. Sekadar perkongsian, tidak bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa. Sharing is caring kan? :)

Kalau sayang, kenapa begini?
1. Suruh tutup aurat, tapi awak masih minta gambar dia tak bertudung. Perkara ni jarang berlaku, tapi yang jarang-jarang nilah kita patut elak. Niat si lelaki pada mulanya baik untuk menyuruh si perempuan menutup auratnya dengan memakai tudung. Tapi, yang musykilnya di sini, si lelaki masih lagi meminta gambar girlfriend  nya tanpa tudung. Untuk apa? Oh, sebab awak ingat ini girlfriend awak, awak ada haklah untuk menatapi wajah si dia termasuk auratnya? Kenapa begini?

2. Suruh buktikan cinta. Ini lagi satu hal serius. Kita tak payah buktikan apa-apa pada si dia selagi kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar iaitu berkahwin. Tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Ini selalu terjadi pada gadis-gadis di luar sana yang terlalu menyayangi sang boyfriend sampai menggadai maruah diri untuk membuktikan cinta mereka yang terlalu besar untuk sang boyfriend. Kenapa begini? Kalau sememangnya lelaki itu ikhlas mencintaimu, biar dia yang membuktikan cintanya padamu wahai Hawa. Bukti yang macam mana yang aku maksudkan? Berjumpa dengan kedua ibu bapa kita untuk meminang kita. Jika dia agak liat untuk berbuat demikian, kita serah pada takdir. Mungkin Allah SWT ada perancangan yang lebih baik untuk kita di masa hadapan. Jangan buktikan apa-apa pada mereka. Kita masih punya maruah, harga diri yang tinggi. Pada si lelaki, kamu juga harus berhati-hati pada perempuan-perempuan yang hanya mengambil kesempatan, yang jenis pisau cukur ni lagi wajib dijauhi. Kamu tidak perlu mengorbankan masa depan kamu semata-mata ingin memenuhi kehendak sang girlfriend yang melampau, seperti meminta kamu membelikan barang-barang branded. Tidak perlu. Kalau dia ikhlas dengan kamu, dia akan terima kamu apa adanya. Kalau sayang, kenapa perlu begini kan?

3. Kongkong, ini tak boleh, itu tak boleh. Ini pun selalu terjadi pada pasangan kekasih di luar sana. Kalau bukan sang girlfriend yang mengongkong, sang boyfriend pula yang mengongkong. Haih susah pula nak taip 'mengongkong' banyak kali. Hee :) Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Cuba bagi ruang pada pasangan, kan lagi elok macam tu. Ini semua benda awak nak kawal, semua hal kena update kat awak. Kenapa begini?

4. Setiap masa nak bersama. Heyy! Awak belum ada ikatan sah pun kan? Kenapa asyik jadi belangkas je ni? Kawan-kawan tengok pun rimas tau. Kalau selalu nak bersama, macam "ketawa bersama, menangis bersama," hmm, lagu Black tu, awak berdua nikahlah cepat-cepat. Halal gitu lohh, awak nak kepit sana, kepit sini, tiada siapa ambil peduli pun. Serius ni! Sejuk lagi mata orang memandang. Yelah, suami isteri, perkara biasalah tu. Cewahh, cakap macam diri sendiri dah kahwin je. Hee :)

5. Tak hormat. Masing-masing kena hormat sesama sendiri, lebih-lebih lagi lelaki. Haha, asyik lelaki je yang kenakan. Sabar ye wahai lelaki, kenalah tahan kena kritik, nanti tanggungjawab lagi hebat dari kritikan tau. Hee :) Hormat? Macam mana nak hormat tu? Bukanlah tabik hormat yang aku maksudkan. Hormat di sini adalah dari segi batas-batas dengan si Hawa, tanpa menyentuhnya walau tangannya sekalipun. Memang "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi", tapi sebagai lelaki yang dikurniakan 9 akal, awak boleh membimbing si Hawa mana yang betul mana yang salah. Tak begitu? Pada si Hawa pula, janganlah biar maruah kamu begitu senang disentuh lelaki yang bukan mahram. Jangan!

Cukuplah sekadar 5 point yang aku kongsikan. Kalau ada lagi, insyaAllah aku update lagi. Ini sekadar renungan bersama. Aku juga pernah berbuat silap, manusia mana yang tidak pernah berbuat silap kan? Harap tiada yang terasa hati. Sekian dari aku, si pencerita tegar. Terima kasih singgah :)

Monday 4 February 2013

Melepaskan Geram

Assalamualaikum. Hai. Hello :D

Aku baru balik dari melepaskan geram ni. Habis semua orang aku bantai. Percaya tak? Haha, okey aku tipu je. Aku baru balik dari melepaskan geram tak dapat karok dari tahun lepas, sekali dapat, perghh, rasa macam nak jilat-jilat microphone tu. Kah kah, itu melampau sangatkan? Serius ni, rasa puas semacam tau tak. Yummy~ 

2 jam dalam bilik gelap yang disulami dengan bunyi-bunyian yang agak kuat beserta objek berbentuk kotak yang memaparkan satu persatu lirik-lirik lagu. Suasana bilik yang berhawa dingin yang di dalamnya terdapat 3 orang makhluk Allah SWT, menyampaikan lagu-lagu yang telah dipilih oleh mereka sendiri. Aduhh, ayat novelkah ini? Hee.. Layan jelah eah awak :)

Begini cerita dia, aku minta pakcik Wan aku hantar aku pergi 'karok'. Tempat tu takdelah jauh sangat, takdelah dekat sangat. Mula-mula aku ajak Sara je teman aku, merangkap jadi pendengar setia kepada lagu-lagu yang akanku sumbangkan gitu. Takkan nak minta hantar jekan? Jadi ajaklah pakcik Wan join sekali. Lagi seru gitu lohh.. Eheh :)

Rasa 2 jam tu pun macam tak cukup. 3 jam baru cukup agaknya, haihh.. Apa nak jadi ni? Tapi, alhamdulillah, dapatlah juga lepas gian. 

Ini sebelum keluar tadi. Meet Sara, my younger sister.

Aku Tak Layan Malas

Assalamualaikum. Hai. Hello :D

Emosi masih tidak stabil. Tapi jangan risau, entry blog ini tidak terlalu terikut-ikut dengan emosi. Don't worry okay baby :) 

Sebenarnya hari ini teramatlah malasnya. Nak masak malas, nak mandi malas, semualah malas. Tapi, alhamdulillah, aku sudahpun selesai masak untuk lunch hari ini. Kalau layan sangat malas ni, sampai esok pun tak makan, betul tak? Sebab itu aku malas nak layan perasaan malas ni. Ehh, haha :)

Lebih baik aku cepat-cepat siapkan kerja, lepas dah siap, baru boleh sambung bermalas-malasan lagikan? Yey! Aku pandai :)

Belum mandi lagi ni. Haihh, nampak tak malas dia tahap macam mana? Hee. Nak mandi. Bye. Terima kasih singgah :)

Sekadar Perkongsian

Assalamualaikum. Hai. Hello :D

Apa perkhabaran di sana? Adehh, ayat macam apa je. Harap sihat hendaknya. Okay, ayat surat tidak rasmi. Hee.

Banyak perkara yang terbuku dalam hati ni, tapi tak semua kita boleh kongsi dengan orang. Betul tak? Inilah yang aku rasa sekarang. Terlalu banyak sangat pendam, kadang-kadang rasa macam nak gila pun ada. Macam je, tak naklah jadi betul-betul. Minta dijauhkan. 

Apa yang mampu aku lakukan? Aku cuma mampu diam. Apa kengkawan? Diam eah, diam! Hee. Emosi tak memasal. Hmm, tulah dia, aku diam je. Diam, diam dan diam. Mengadu pun cuma pada Allah SWT, sebab Dia yang maha memahami para hambaNya kan. Kalau kita kongsi dengan orang yang rapat dengan kita pun, mereka cuma boleh mendengar keluh-kesah kita saja, peratusan untuk memahami kita sangat sedikit. Sebab itulah aku lebih memilih untuk berdiam diri. Pilihan yang tepat atau tidak? Depends kan :)

Motivate myself. Yes, ini aku buat. Macam mana nak buat tu kan? Macam ni haa *ala-ala Mak Bedah* Mula-mula kena pastikan takde orang sekeliling kita, then sedia cermin, cakap depan cermin "aku boleh, aku kuat, aku comel" ehh, tiba-tiba ada comel pula situ. Hehe, cakap yang positif tentang diri kita. Last sekali, senyum. Senyuman tu wajib manis, termanis dunia okey. 

Release kesedihan dengan mendengar ayat-ayat suci, lagu yang 'huha-huha', atau apa saja yang boleh menghilangkan sedih. Elak dengar lagu sedih ye, dikhuatiri awak akan menangis teresak-esak, parah tu. Kalau aku, aku cari orang yang boleh buat aku gelak. Contoh? Maaf, tiada contoh disediakan, hee. 

Lagi yang selalu aku buat ialah makan. Time sedih, mesti mencari aiskrim, coklat, macam-macam lagilah. Tapi, tak selalu jugalah, yang selalunya selera makan tu berkurang, tunggu sampai perut dah betul-betul sakit, barulah cari nasi. Kesian perut, terseksa. Sabar eah perut.

Rasanya tu jelah. Penat. Nak tidur. Bye. Terima kasih singgah :)