Saturday 4 May 2013

Cuti Lagi Uolls

Assalamualaikum. Hai. Hello :D

Cuti lagi. Yeyy! Hm, dah masuk 4 hari pun sebenarnya cuti, hehe. Cuti sempena Hari Buruh hari tu, sambung dengan cuti PRU13. Banyakkan cuti? Hujung bulan nanti pun ada cuti lagi. Cuti je memanjang. Kerja pun bertambah-tambah haa. Mohon dipermudahkan semuanya :)
 
Cuti seminggu kali ni, tak pergi mana-manapun (agaknya), duduk rumah dan siapkan segala assignments yang ada. Yey!! Cuti dengan assignments.
 
Untuk PRU tahun ni, aku belum lagi layak mengundi. Kalau dia buat dalam masa lagi 2 bulan atau lebih, mungkin aku layaklah mengundi. Jadinya, aku cuma melihat dan mengkaji apa yang berlaku sepanjang musim mengundi ni.
 
Lagi apa nak cerita? Hmm, rasanya tu jelah kot. Memang ada banyak cerita nak kongsikan sebenarnya. Tapi, timing tak sesuai. Almost 3 am you know. Siapkan homework tadi sambil tengok tv, memang lambatlah siap homework cerita dia. Haihh. Teruk perangai. Jangan ikut macam saya! Hee :)
 
Okey. Till we meet again. Terima kasih singgah. Happy holiday. Selamat mengundi. Selamat tidur.

No comments:

Post a Comment