Tuesday 23 April 2013

Cerita Cuti #2

Assalamualaikum..
 
Kita sambung cerita cuti yang kedua. Hihi. Sepanjang cuti yang dah 5 hari ni, baru hari ni aku "melekat" kat rumah. Jadinya, nak cerita pasal aktiviti semalam which is Sunday. My sunday is spent very well, cehh.. Hihi. Bangun je dari tidur, Mimi cakap "nak pergi Jusco, kalau nak ikut, siap cepat." Aku ni dahlah jenis malas nak bangunkan, godaan tilam yang empuk tu kuat sangat, susah nak lawan. Cehh, ayat tak boleh blah. Okey, dipendekkan cerita, we went to Jusco, actually nama dia dah tukar jadi AEON. Tapi, lagi selesa panggil Jusco or JJ. Malas nak belitkan lidah sebut AEON tu. Kihkih :p
 
Sampai je, terus menuju ke Popular. Tempat yang akan membuatkan aku tersenyum lebar. Tak tahu kenapa, bila masuk kedai buku, rasa dia semacam. Tersengih sorang-sorang, ambil buku itu, ambil buku ini, tapi, satu jelah fail, tak suka novel. Macam tak boleh terimalah novel ni, tak tahu kenapa. Misi semalam nak menghabiskan baucar buku. Mula-mula seronoklah sebab nak beli buku, tapi bila fikir balik, I'm about to finish my voucher, then macam mana nak shopping buku lagi? Tskk :'( Sedih yang amat, tahu! Pastukan, tahun depanlah last dapat baucar buku lagi(kalau ada lagilah). Okey, sedih lagi. Sobs :'(
 
Dalam seronok, ada juga penat, sebab nak kena cukupkan yang 20% 80% tu. Dah prosedur macam tukan, terpaksalah ikut je. Kan best kalau boleh pilih sama ada nak guna 20% 80% tu. Okey, nampak situ tak bersyukur. Maaf maaf. Hee :) Lama juga kat dalam Popular tu, kesian mama penat tunggu. Dalam 3 jam lebih kot. Nak tahu mama buat apa? Mama duduk kat foodcourt sambil layan games dia. Haihh, mama mama. Hihi. Sorry mama :)
 
Dipendekkan cerita lagi, lepas shopping buku, ada lagi satu tugasan, iaitu carikan hadiah birthday girl. Peninglah juga nak fikir hadiah apa nak beli, then I saw something that a girl at 12 years old might loves very much. Taraaaa! Sekejap je cari hadiah tu, tak sampai sejam pun. Selepas itu, kami pun bergegas balik ke rumah. Sebab lepas Isyak kami sekeluarga dijemput untuk pergi birthday party. Dan kenapa ayat macam skema sangat ni? Ketandusan idea kali. Hikhik.
 
Dalam pukul 9 lebih macam tu kami sampai di rumah birthday girl which is mama dia adalah kawan mama. Hmm, tu jelah rasanya nak cerita pun, mata dah mengantuk ni, idea pun mana entah menghilang, semangat nak update blog pun tak tahu ke mana pergi. Hish hush hash (mengeluh). Ending cerita ni, dalam 11 lebih baru "melekat" kat rumah balik. Penat tak penatlah hoi! Hihi..
 
Sampai ketemu lagi. Selamat malam. Terima kasih singgah :)
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment