Sunday 28 December 2014

In love & Obsesi

"In love" adalah satu perasaan yg susah nak 'describe'
Tapi yang pasti kita akan tersenyum saat kita bangun dari tidur
Tidur yang kadang lena dan kadang tak
Dan sebelum melelapkan mata kita turut tersenyum disebabkan satu perasaan yang 'undescribeable'

Saat ini kegemaran kita adalah tersenyum sepanjang masa
Saat ini juga kita seperti berada di awangan 
Tanpa sedar kita tidak merasa kewujudan insan di sekeliling kita
Percakapan mereka bagaikan angin lalu
Perbuatan mereka bagaikan eh-aku-tak-nak-ambil-tahu

Kelibat dia selalu ada di fikiran
Nama dia selalu menjadi sebutan di mulut dan juga hati
Selalu terlihat insan yang seakan menyerupai dia
Padahal kau tahu itu bukan dia
Kau tahu dia jauh

Kau mula ada 'instinct' berkenaan dia
Dia 'okay' atau tak kau boleh rasa
Kadang keberadaan dia pun kau boleh tahu
Hebat penangan "in love"

Kau juga sudah pandai menjadi 'informer'
Setiap apa yang kau buat atau rasa
Bagaikan menjadi sebuah kewajipan untuk dikongsi bersama
Setiap hari

Dia sakit, kau pun sakit sama
Dia bermasalah, kau pun turut merasa
Ada masa dia hilang, kau terus hilang arah
Semua tempat kau 'moody'
Kau tutup perasaan, tapi 'still' terbuka
Yang rapat mulai curiga ada sesuatu yang tak kena
Mereka pun bertanya apa yang tak kena
Kau jawab dengan sekuntum senyuman pahit
Berat rasa di dada, kau seorang yang rasa

Mendengar nama yang sama dengan dia cukup meruntuhkan jiwa
Kau tidak tahu ingin berbuat apa
Perasaan ini sememangnya datang tanpa diduga
Puas kau menidakkan, tapi hati tetap mengiyakan
Sakit menahan, sakit lagi jika diluah

Dia menjadi suatu obsesi buat kau
Semakin lama kau menjadi semakin lemah
Dek kerana perasaan yang disembunyikan
Perasaan yang dinafikan
Puas kau pesan diri sendiri untuk berhenti
Tapi perasaan itu makin juga mendesak

Akhirnya kau nekad untuk menjauhkan diri
Agar perasaan ini hilang sendiri
Tapi masih kau tak boleh tipu hati
Hati yang terlanjur sukakan dia

Hasrat untuk menjauhkan diri telah sampai ke pengetahuan dia
Bermacam alasan kau bagi
Tapi dia semakin memaksa
Akhirnya kau mengambil keputusan berterus-terang

Perbincangan berakhir
Dan kau masih nekad menjauhkan diri
Kerana obses ini semakin memburuk
Kau takut kau lupa Tuhan sebab dia
Dan kau takut kau belum bersedia
Kau lari, semua jenis komunikasi kau henti
Tapi masih gagal menipu hati sendiri
 



No comments:

Post a Comment