Monday 10 February 2014

Sudahlah.

Assalamualaikum. Selamat pagi :)
Lama dah tak conteng-conteng kat sini. Rindu, ghindu, windu :D

Kali ni nak share story, bukan niat nak aibkan sesiapa, takde. Jangan buruk sangka. Cuma nak share pengalaman. Pengalaman apa tu? Haaa..

Semua ada kisah masing-masing, kan? Aku tak tau aku nak mula macam mana sebenarnya. Malam tadi aku dah lepas semua kat mama, dan mama bagi pendapat yang berbunyi, "kalau dengan dia buat Ayang rasa tenang, bahagia, teruskanlah. Kalau bila dengan dia, makan hati, mengalah je yang banyak, baik berundur. Tapi, dalam hubungan, jangan dengar cakap siapa-siapa, Ayang lebih kenal dia." My tears burst out. 

Satu kelegaan bila berkongsi apa yang terpendam di hati dengan insan yang sememangnya di dunia ini, dialah satu-satunya yang menyayangi dan mengasihi kita lebih dari nyawanya sendiri. Aku tau jauh di lubuk hatinya tersimpan risau untuk aku. Maafkanlah anakmu ini yang sedang meniti zaman kedewasaan. 

I know my heart can't bear it anymore, when my friend asked me about him. Automatically, my tears drop. Argh tunggang langgang english aku (ada muet ni minggu depan). Tak guna aku berpura-pura happy bila orang tanya pasal dia, aku rebah. Aku menangis semahunya, tapi bila difikir balik, apa guna bazir airmata. Baik aku curah airmata dengan bersujud pada yang Esa. Rugi dah situ, kan?

YA, hidup memang ada pasang surut, kadang gembira, kadang sedih, kejap kat atas, kejap kat bawah. Tinggal kita je lagi nak usaha macam mana. Cumanya, pendapat akulahkan, kalau sesuatu perkara itu membuatkan hati kau sakit, kenapa tunggu? Baik pergi. Kenapa nak sakiti hati sendiri? Kita punya hati satu je, kalau hati tu selalu sakit, tak boleh ganti dengan hati lain, mana-mana kedai pun memang takde jual hati. Takde. Okey, dah merepek -.-

Buat masa sekarang, aku okeylah, dah boleh senyum balik. Menangis tu buat aku kuat, buat aku boleh berfikir rasional. Semua ada hikmah, kan? Kenapa nak bersedih, banyak lagi sebab untuk buat kita tersenyum bahagia. Jangan bertahan, kalau tak boleh. Jangan paksa, kalau tak sanggup. It's your life, babe. Live your life happily. I have my family, I have my friends, I have you (the readers). What else? Hmm.. I have everything, you know. Semua berharga, lagi-lagi diri sendiri. Cewahh

Hey, I'm 22 this year. I can't believe it. Lepas tu, 23, 24... Oh emgee.. Patut makin meningkat dugaan. Semakin meningkat usia, semakin banyak dugaan hidup. Hypothesis accepted or not? Haha, gurau je. Ujian itu tanda Allah SWT sayang, kan? Jadi senyumlah, Allah SWT masih sayang. Syukur alhamdulillah :) Ada lagi yang berat ujiannya, aku yang ujian cuma cenonet macam ni, dah sedih tahap apa. Sila malu, diri sendiri!

Rasanya sampai sini dulu. Buang yang keruh ambil yang jernih :)

Terima kasih kepada yang sentiasa support saya, I love you all to the moon and back :)


 


2 comments:

  1. Allah swt sayang kau.. dia berikan kau ujian ni untuk jadikan kau lebih baik dari yang sebelum ni.. bersyukurlah. La Tahzan my dear friend.. im always with you thru thick and thin. love u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih CN. Love you more! :')

      Delete