Tuesday 5 February 2013

Kalau Sayang, Kenapa Begini?

Assalamualaikum. Hai. Hello everyone :D

Aku cuma nak share pendapat aku tentang beberapa perkara yang kadang-kadang dianggap remeh oleh pasangan kekasih di luar sana. Sekadar perkongsian, tidak bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa. Sharing is caring kan? :)

Kalau sayang, kenapa begini?
1. Suruh tutup aurat, tapi awak masih minta gambar dia tak bertudung. Perkara ni jarang berlaku, tapi yang jarang-jarang nilah kita patut elak. Niat si lelaki pada mulanya baik untuk menyuruh si perempuan menutup auratnya dengan memakai tudung. Tapi, yang musykilnya di sini, si lelaki masih lagi meminta gambar girlfriend  nya tanpa tudung. Untuk apa? Oh, sebab awak ingat ini girlfriend awak, awak ada haklah untuk menatapi wajah si dia termasuk auratnya? Kenapa begini?

2. Suruh buktikan cinta. Ini lagi satu hal serius. Kita tak payah buktikan apa-apa pada si dia selagi kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar iaitu berkahwin. Tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Ini selalu terjadi pada gadis-gadis di luar sana yang terlalu menyayangi sang boyfriend sampai menggadai maruah diri untuk membuktikan cinta mereka yang terlalu besar untuk sang boyfriend. Kenapa begini? Kalau sememangnya lelaki itu ikhlas mencintaimu, biar dia yang membuktikan cintanya padamu wahai Hawa. Bukti yang macam mana yang aku maksudkan? Berjumpa dengan kedua ibu bapa kita untuk meminang kita. Jika dia agak liat untuk berbuat demikian, kita serah pada takdir. Mungkin Allah SWT ada perancangan yang lebih baik untuk kita di masa hadapan. Jangan buktikan apa-apa pada mereka. Kita masih punya maruah, harga diri yang tinggi. Pada si lelaki, kamu juga harus berhati-hati pada perempuan-perempuan yang hanya mengambil kesempatan, yang jenis pisau cukur ni lagi wajib dijauhi. Kamu tidak perlu mengorbankan masa depan kamu semata-mata ingin memenuhi kehendak sang girlfriend yang melampau, seperti meminta kamu membelikan barang-barang branded. Tidak perlu. Kalau dia ikhlas dengan kamu, dia akan terima kamu apa adanya. Kalau sayang, kenapa perlu begini kan?

3. Kongkong, ini tak boleh, itu tak boleh. Ini pun selalu terjadi pada pasangan kekasih di luar sana. Kalau bukan sang girlfriend yang mengongkong, sang boyfriend pula yang mengongkong. Haih susah pula nak taip 'mengongkong' banyak kali. Hee :) Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Cuba bagi ruang pada pasangan, kan lagi elok macam tu. Ini semua benda awak nak kawal, semua hal kena update kat awak. Kenapa begini?

4. Setiap masa nak bersama. Heyy! Awak belum ada ikatan sah pun kan? Kenapa asyik jadi belangkas je ni? Kawan-kawan tengok pun rimas tau. Kalau selalu nak bersama, macam "ketawa bersama, menangis bersama," hmm, lagu Black tu, awak berdua nikahlah cepat-cepat. Halal gitu lohh, awak nak kepit sana, kepit sini, tiada siapa ambil peduli pun. Serius ni! Sejuk lagi mata orang memandang. Yelah, suami isteri, perkara biasalah tu. Cewahh, cakap macam diri sendiri dah kahwin je. Hee :)

5. Tak hormat. Masing-masing kena hormat sesama sendiri, lebih-lebih lagi lelaki. Haha, asyik lelaki je yang kenakan. Sabar ye wahai lelaki, kenalah tahan kena kritik, nanti tanggungjawab lagi hebat dari kritikan tau. Hee :) Hormat? Macam mana nak hormat tu? Bukanlah tabik hormat yang aku maksudkan. Hormat di sini adalah dari segi batas-batas dengan si Hawa, tanpa menyentuhnya walau tangannya sekalipun. Memang "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi", tapi sebagai lelaki yang dikurniakan 9 akal, awak boleh membimbing si Hawa mana yang betul mana yang salah. Tak begitu? Pada si Hawa pula, janganlah biar maruah kamu begitu senang disentuh lelaki yang bukan mahram. Jangan!

Cukuplah sekadar 5 point yang aku kongsikan. Kalau ada lagi, insyaAllah aku update lagi. Ini sekadar renungan bersama. Aku juga pernah berbuat silap, manusia mana yang tidak pernah berbuat silap kan? Harap tiada yang terasa hati. Sekian dari aku, si pencerita tegar. Terima kasih singgah :)

2 comments:

  1. Iha pernah kena yang nombor 1 tu.. dah la bukan pakwe, lepas tu terhegeh2 mintak gambar.. pastu lagi, kita kata takde gambar tutup aurat dia boleh cakap takpe, saya tak kisah wak .. haih..

    ReplyDelete