Wednesday 20 February 2013

Ciri Lelaki Yang Buat Kami "Cair"

Assalamualaikum.. Hai.. Hello :D

Lama tak jumpa, haha tiba-tiba je kan? Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya.. Okay, kali ni aku nak kongsi satu cerita mengenai ciri-ciri lelaki yang kaum Hawa dambakan. Haa, gitu kan. Kelas sangat tajuk dia. Yeke kelas? Tadi masa tengah masak memasak kat dapur, tengah pegang sudip ni haa, boleh fikiran aku menerawang jauh, lepas tu tersengih sorang sorang. Haihh, apa nak jadi dengan anak mama sorang ni. Kerja tak pernah nak fokus.

Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal lelaki ni kan? Hmm, tulah dia, macam tiba-tiba idea ni muncul dalam minda aku. Okay, mari kita mulakan..

Ciri lelaki yang buat kami "cair"?
1) Menjaga 5 waktunya. Selalunya si hawa senang "cair" bila si lelaki menjaga yang 5 nya. Apa yang 5 nya tu kan awaks? Sudah semestinya solatnya. Lebih-lebih lagi sekarang makin susah jumpa lelaki yang cukup solat sehari semalam, jarang-jarang. Let say, kalau tiba-tiba ada lelaki macam ni si hawa jumpa, mesti cair umpama air batu yang diletakkan di dalam oven. Perumpamaan apakah ini? Hehe. TAPI, harus diingatkan kepada kaum lelaki, janganlah anda solat semata-mata nak pikat pengarang jantung awak tu. Perempuan ni dia senang nak nilai, mana satu palsu, mana satu asli. Ibarat macam tulah. JADI, tolonglah jangan berlakon, buat kerana Allah SWT. Peringatan untuk si hawa dan diri sendiri juga :) 

2) Hormat orang tua. Bagi aku, ini penting. Awak-awak yang di luar tu rasa macam mana? Penting jugakan? Bila si lelaki ni tadi dia hormat orang tua, automatik dia akan hormat kita. Percaya cakap aku! Haha. Senang je nak uji mereka ni, haa, gitukan.. Nak tahu cara? First bila mereka ajak kita keluar, mereka berani tak nak minta izin dengan mak ayah kita? Kalau berani, haa, baru gentleman nama dia. Jumpa mak ayah kita, salam tangan semuakan? Mak ayah pun cakap dalam hati "boleh jadi menantu aku ni". Haha, gurau je, tak tahulah apa monolog dalaman mak ayah kita. TAPI, mesti sejuk hati mak ayah kita sebab mereka diutamakan. Bukan pencapaian je perlu diutamakan, mak ayah tu dulu perlu diutamakan. Haa, gitukan, terselit sikit politik. Confirm "cair" si hawa apabila si lelaki begitu menghormati ibu bapa, begitu juga orang sekelilingnya.
 
3) Pandai memujuk. Si hawa juga akan "cair" dengan lelaki yang pandai memujuk ni. Tapi, ramai lelaki tak pandai bab pujuk-pujuk ni kan? Maklumlah, lelaki ni jiwa mereka kasar sikit, tak macam perempuan yang mudah sangat tersentuh. Senang je nak pujuk sebenarnya. Rule pertama, masa si hawa sedang berdiam diri (maksudnya merajuklah tu), si lelaki janganlah marah ke, ikut berdiam ke, awak kena pretend macam biasa. Borak dengan dia, cakap baik-baik. Haa, itu antara tips yang aku tahulah. Selebihnya, pandai-pandailah. Hee..

4) Pandai masak. Haa, ni paling best! Haha :D Memang tidak dinafikan kebanyakan perempuan mengimpikan pasangan yang pandai memasak. Bukan sebab nak tunjuk kami ni "kurang rajin", cuma kalau kita je yang selalu masak pun, macam bosan jugakan? Nak juga sesekali rasa air tangan orang lelaki ni. Hmm, kalau selalu pun okey juga, kami sangat berbesar hati :) Okey, dah stop stop!

5) Protective. Tidak dinafikan juga, si hawa suka berada di samping lelaki yang boleh melindungi dia. Maklumlah hawa kaum yang lemah. Si hawa akan cepat "cair" dengan lelaki yang bersifat melindungi. Tapi, tolonglah jangan macam berpura-pura melindungi. Ianya menjengkelkan, tahu? (ayat skema) Lagi menjengkelkan apabila si lelaki terlebih-lebih protective, macam over protective kuasa dua. Eh, bukan bukan! Kuasa lapan. Pergi sini tak boleh, pergi sana tak boleh, pergi situ lagi tak boleh. Buat ini tak boleh, buat itu tak boleh. Ini bukan protect, tapi jealous. Faham maksud jealous? Ingin melindungi dengan cemburu lain tau! Sangat lain. Jangan disebabkan cemburu, langsung awak tak dapat nak lindungi dia lagi. Susah macam tu. Tiada siapa suka dikongkong. Betul tak?

6) Penyayang. Haa, ini lagi satu point yang boleh buat si hawa "cair". Lelaki penyayang di mana-mana akan menjadi perhatian gadis-gadis (hamboii ayat). Contoh macam, lelaki yang suka budak-budak, suka kucing. Hmm, lelaki yang suka tolong nenek/atuk/OKU melintas jalan kategori penyayang juga ke tak ea? Rasanya sama kategorikan?

7) Rajin. Dalam dunia ni, tiada siapa suka orang yang malaskan? Kalau ada tu, kira awak beruntunglah, hehe. Melalui apa yang aku selalu nampak, kebanyakan perempuan bersifat rajin, lelaki pula cuma beberapa orang sahaja. Sebab itulah, apabila si hawa ternampak si lelaki sedang mengemas rumah, menyapu lantai, dan yang seangkatan dengannya, automatik mata mereka akan terpaku melihat kejadian tersebut. Mulut mereka pun seraya berkata "comelnya". Haa, tak tipu! Selalu yang aku jumpa macam nilah. Haha..

Rasanya itu saja untuk kali ini. Sebenarnya semua ciri ini bergantung kepada masing-masing. Bagi aku, secara jujurnya selain semua yang di atas, lelaki yang selalu mengazankan waktu solat di surau atau masjid itu terkadang membuat aku terpaku sejenak. Selalu pakcik pakcik je yang azan, kita boleh cam suara pakcik pakcik macam mana. Betul tak? Bila orang muda yang azan rasa macam, "haihhh, mesti dia lelaki yang baik", kira macam tulah, hee. Lagi satu, lelaki yang mengaji Al-Quran. Lebih-lebih lagi yang mengaji berlagu. Sejuk hati dengar. Tidak semua perempuan pandang pada paras rupa, kerana hati lebih utama, bukan begitu?

Sekian saja dari pencerita tegar. Entry ini dibuat sekadar suka-suka, memandangkan sudah lama tidak update entry baru. So, have fun people! Terima kasih singgah :D
 

2 comments:

  1. Wah, sebagai seorang gegurl, iha setuju sejuta peratus dengan entri diatas! :D

    ReplyDelete
  2. setiap wanita mesti ada penilaian yg berbeza, begitu juga lelaki, susah nak jumpa lelaki yg sempurna dan begitu juga wanita yg sempurna, terbaik adalah lalaki dan wanita itu sentiasa mahu berubah, setiap yg mahu berubah pasti ada melakukan kesalahan, jadi faham satu sama lain,

    ReplyDelete