Sunday 21 April 2013

Cerita cuti #1

Assalamualaikum. Hai. Hello :D
 
Okey, nenek baru je call, and tiba-tiba mood sedih. Banyak sangat masalah yang singgah dalam keluarga kami baru-baru ini. Eh, but, wait! Bukan masalah, lagi manis kalau panggil ujian, kan? Dah, stop cerita pasal sedih-sedih ni, takkk nakkkk ceghita :p
 
Semalam Adik ajak keluar esok, which is hari nilah kan. Nak dijadikan cerita, hari ni aku pun keluarlah dengan dia. Bukan main susah lagi nak bangunkan dia dari tidur, aku punyalah plan nak keluar pukul 10, dia bantai tidur lagi. Macam-macam cara aku buat, bisik kat telinga, peluk kuat-kuat. Semua tak jadi juga. Bila dah fed up, aku cakap kat Adik yang tengah nyenyak tidur ni "Adik ni bangunlah. Semalam adik juga yang ajak kakak keluarkan, ni Adik juga yang tak bangun-bangun lagi." *ZUPPP* Dia terus bangun, duduk, berdiri dan terus pergi mandi. Ohh, macam ni rupanya nak bagi dia bangun. Baru tahu -.-
 
Sampai je tadi terjumpa ex-classmate, amboi, muka macam abang sepupu aku pun ada. Tadi macam teramah sikit dengan dia, padahal time sekelas dulu takdelah aku ni peramah sangat. Okey, dah habis! Hee :)
 
Aktiviti tadi, jeng jeng jeng.. Karok!! Mula-mula tak plan pun nak karok, cuma nak bawa budak kecik tu jalan-jalan. Tapi, tak tahu macam mana, terdengar lagu favorite time karok, kaki pun terus drive pergi Kotak Hijau (translate please :p). Cakap dengan Adik, nak tanya harga dulu, sebab duit dalam purse ghaib. Kenalah jimat cermat. Serius, tak tipu. Duit dalam purse ghaib. Aku pun pelik. Memang aku ingat lagi, sepatutnya ada kepingan duit tu dalam purse aku, sekali ghaib daaaa. Tapi, takpelah, bukan rezeki namanya. Hm, tapi macam mana boleh ghaib? -.-
 
Karok tadi 3 jam je, cehh, lama jugalah tu kan? Itupun still tak puas lagi tu. Aneh je perangai. Hm, memang susah nak buang minat karaoke ni, nanti dah bersuami boleh kot buang minat ni. Hihi. Okey, over lagi -.- 
 
Lepas dah habis 3 jam tu, kami berdua pun pergilah berjalan-jalan, pusing satu mall, nak ukur berapa panjang dan lebar mall tu, memang kerja akulah tu. Aku, si pengukur shopping mall. Haiyaaa..
 
Penat kerja mengukur ni. Tiba-tiba faham perasaan tukang ukur (takde kena-mengena). Aku pun duduklah kejap dengan si Sara ni haa. Taklah kejap pun. Sempatlah juga pucuk muda mengorat tadi. Haihh, kenapalah tak tanya umur dulu sebelum mengorat dik? Akak tengok muka pun tahu awak tu sekolah lagi. Tapi, akak hargailah juga niat adik tu sanggup naik eskalator tu banyak-banyak kali semata nak senyum kat akak. Thanks dik, sweet sangat. Haha, kengkonon comellah ni, ish perasannya diri sendiri. Sorry, in case ada yang termuntah baca perenggan ni. Hihi :p
 
Tak lama lepas scene usha-senyum adik tadi tu, ada seorang abang ni datang. Terkejutlah, tiba-tiba je muncul depan mata. Dari mana dia datangkan? Nasiblah tak kena heart attack. Abang ni jual cd tau, bukan cd movie Karipap-karipap Cinta, Avengers ke apa, abang ni jual cd mp3 ayat-ayat suci. Murah dari harga asal. Harga asal abang tu cakap RM25, untuk jualan amal dia jual RM10 je. Haa, sempat lagi aku promote.
 
Aku tak tahu kenapa aku jadi ramah semacam bila dengan orang yang tak pernah jumpa, mungkin sebab nervous. Hasil nervous tu bertukar jadi peramah. Eh, macam tu pun ada? Punyalah sembang dengan abang tu macam dah kenal lama, macam kengkawan. Agak-agak bahaya tak, ada perangai yang macam ni? Risau juga. Tak bahaya kot, kan?
Bukti berjalan hari ni. Gelang Green Box, cd mp3 30 juzuk dan gambar kami berdua. Haa, dengan spek mata baru dan favorite shawl ever :p
 
Okeylah, sekian sahaja bed time story malam ni. Hihi. Selamat malam. Terima kasih singgah :)
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment