Friday 19 April 2013

Sayang Itu Gurauan

Assalamualaikum..

Sayang itu gurauan?
Sayang itu ungkapan?
Sayang itu perbuatan?
Sayang itu apa sebenarnya?

Jangan singgah jika ianya cuma sementara,
Aku bukan tempat persinggahanmu,
Aku bukan tempat cubaanmu,
Aku juga bukan tempat meluahkan kata manismu,
Bukan.

Aku juga punya hati, seperti kau,
Kenapa kau tidak merasakan akan kepahitan ini?
Apa semua yang kau rasa manis?
Maniskah permainkan hati insan selemah ini?
Maniskah?

Aku ingin tempat tertinggi di hatimu,
Aku ingin dihormati, disanjungi,
Yang aku pasti, semua hawa menginginkannya,
Sukarkah untuk kau fahami semua itu?
Sukarkah duhai adam?

Jangan diremehkan hati si hawa,
Kelak dia diam membisu seribu bahasa,
Kau juga yang merana,
Minda kau juga yang tertanya-tanya.

Ini bukan cuma kisahku,
Aku punya kisah yang lain,
Jangan ditanyakan apa yang terjadi,
Tanyalah apa yang menguatkan aku.

Terlalu banyak yang terpendam di lubuk hati,
Cuma aku yang rasa,
Manisnya sayang bertukar menjadi pahitnya benci,
Ini bukan rekaan semata, ini pengalaman yang mendewasakan.

Sayang itu kurniaan Ilahi,
Yang pastinya bila-bila masa,
Tanpa mahu atau izin si pencinta,
Nikmat sayang itu akan perlahan-lahan ditarik,
Sedarkah kita semua itu?
Yang punya iman, menyelesaikan dengan berhemah,
Pada yang kurang iman di dada, bagaimana?

Aku bukan penceramah,
Aku cuma insan yang terkesima,
Terkesima dengan pengalaman hidup yang baru,
Demi untuk zaman kedewasaan.

Terkadang aku terfikir,
Apa ini bayaran untuk zaman kedewasaan,
Atau cuma secebis kesedaran,
Bahawa cinta Allah saja yang kekal abadi.

Aku tidak minta semua ini terjadi,
Cukuplah setakat ini,
Jangan lagi disesali,
Mana yang kurang akanku perbaiki.

P/s: Nukilan cuma. Part of it may have sentimental value, but.. Hey! This is me. And this is my place! Terima kasih singgah :D






No comments:

Post a Comment